X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Risau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan Mudah

4 min bacaan
Risau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan MudahRisau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan Mudah

Bayi sudah 7 bulan namun belum menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk duduk sendiri? Jangan khuatir, anda boleh melatih bayi duduk sendiri dengan 6 cara ini!

Apabila bayi mula mencapai umur tertentu, pastinya ibu bapa sudah mula berfikir mengenai perkembangan mereka. Berapa umur yang tepat untuk bayi mula duduk dengan sempurna? Perlukah ibu bapa melakukan sesuatu bagi melatih bayi duduk?

Jom kita semak tips melatih bayi duduk yang anda boleh praktikkan di rumah bersama si kecil ini jika anda risau anak masih belum boleh duduk sendiri atau merangkak!

6 Cara Melatih Bayi Duduk Dan Merangkak

Tidak salah jika anda ingin mendorong bayi belajar duduk. Bayi juga perlukan senaman untuk menguatkan ototnya. Apabila anda lihat bayi sudah pandai berguling, dan lehernya semakin kuat, langkah seterusnya adalah melatih bayi duduk.

Melatih Bayi Duduk #1: Duduk Di Pangkuan Riba Anda

Risau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan Mudah

Kredit: iStock

Semasa anda duduk, letak bayi di riba anda dalam keadaan duduk. Pastikan tangan anda memegang bayi sepanjang masa, ini untuk membuatkan bayi anda membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

Melatih Bayi Duduk Dan Merangkak #2 Duduk Di Riba Dalam Keadaan Bersila

melatih bayi duduk

Bayi yang mempunyai leher yang sudah tegak (kuat) lebih mudah untuk dilatih duduk sendiri. Tetapi, jangan lupa untuk memangku punggungnya yang masih lemah.

Pangku bayi di riba dalam keadaan anda sedang duduk kerana cara ini bayi lebih stabil, malah anda berada berdekatan untuk mengawal bayi sepanjang masa.

Melatih Bayi Duduk #3 Duduk Di Sofa

Risau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan Mudah

Kredit: Spectrum

Apabila bayi sudah biasa, dudukkan di sofa pula. Tapi, untuk seketika sahaja dan mereka harus sentiasa dalam pengawasan anda, kerana bayi masih tidak dapat menyeimbangkan dirinya.

Permukaan sofa yang lembut dapat menampung bayi untuk duduk sendiri sementara waktu sebelum bayi mulai hilang keseimbangan. Namun sekiranya bayi anda tidak selesa, jangan dipaksa pula ya!

#4 Kaki Bentuk V

melatih bayi duduk

Semasa dudukkan bayi, letakkan posisi kaki bayi dalam bentuk V dan letakkan mainan di hadapannya. Alaskan bantal dikeliling bayi supaya bayi dapat duduk tegak, dan mempunyai batas yang lembut sekiranya bayi tergolek.

#5 Kurangkan Bantal Di Sekeliling Bayi

melatih bayi duduk

Sumber: Freepik

Apabila sudah terbiasa, cuba kurangkan bantal di keliling bayi. Jika bayi kelihatan tidak selesa dengan keadaan itu, ubah posisi bayi dan tukar aktiviti agar bayi tidak stress.

Harus diingatkan apabila mendudukkan bayi, jangan biarkan bayi terlalu lama dalam posisi duduk. Ini kerana perkara ini boleh menyebabkan bayi susah untuk membuang air besar.

#6 Gunakan Tangan Bayi Untuk Melatih Bayi Duduk

Latih bayi untuk memangku tubuhnya dengan tangan. Mulakan dengan satu tangan dan perlahan-lahan latih dengan kedua-dua tangan apabila bayi  sudah bersedia. Kerapkan sehingga dia sudah boleh duduk sendiri tanpa menahan menggunakan tangannya.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Bila Bayi Boleh Mula Duduk Sendiri

#1 Cara Ibu Bapa Membesarkan Bayi

Ada di kalangan ibu bapa yang kerap mendukung bayi, atau kerap meletakkan bayi dalam keadaan berbaring. Apabila pergerakkan bayi terbatas, bayi tidak dapat mengekplorasi posisi baru dan ini mempengaruhi tumbesaran bayi.

#2 Gizi Yang Cukup

Risau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan Mudah

Kredit: Unsplash

Bayi hendaklah mempunyai khasiat yang cukup supaya beratnya seimbang dengan umur. Bayi mudah berkembang mengikut umur apabila mendapat gizi yang seimbang.

#3 Faktor Kematangan Dan Perkembangan Bayi

Setiap orang mempunyai tahap kematangan yang berbeza. Ini bermaksud bayi juga mempunyai potensi untuk melakukan sesuatu lebih awal atau lambat berbanding bayi lain.

Faktor ini membuktikan walaupun anda melatih anak, tapi sekiranya anak tidak bersedia, dia tidak dapat melakukannya. Ibu bapa perlulah bersabar dan ikut fasa yang ditetapkan bayi itu sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ibu bapa harus juga ingat yang bayi mungkin tidak dapat belajar dengan cepat. Bayi mungkin akan kerap tergolek jadi anda harus sentiasa pantau bayi anda. Selamat berjaya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

Baca juga: Bolehkah Bayi 3 Bulan Dilatih Duduk? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia Untuk Duduk

Baca juga: Rupanya Banyak Manfaat Merangkak Pada Bayi! Ini 5 Cara Rangsang Bayi Cepat Merangkak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Risau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan Mudah
Kongsikan:
  • Bolehkah Bayi 3 Bulan Dilatih Duduk? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia Untuk Duduk

    Bolehkah Bayi 3 Bulan Dilatih Duduk? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia Untuk Duduk

  • Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

    Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Bolehkah Bayi 3 Bulan Dilatih Duduk? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia Untuk Duduk

    Bolehkah Bayi 3 Bulan Dilatih Duduk? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia Untuk Duduk

  • Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

    Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.