Sebagai parents, pastinya kita mahu yang terbaik buat anak dan sentiasa meletakkan kesihatan anak melebihi segala-galanya. Salah satu perkara awal yang parents perlu lakukan adalah memilih pakar kanak-kanak keluarga, yang bukan sahaja merawat anak ketika sakit malahan menguruskan setiap lawatan ke klinik sedari lahir hingga bersekolah.
Memilih Pakar Kanak-Kanak Yang Bagus
Berikut merupakan beberapa tips bagi ibu ayah memilih doktor pediatrik terbaik untuk anak:
- Kelayakan dan pengalaman: Pilih doktor dengan kelayakan yang bagus dalam penjagaan pesakit, profesionalisme, kemahiran komunikasi dan pengetahuan perubatan yang betul khusus untuk kanak-kanak.
- Lokasi : Anak akan dijadualkan berjumpa pakar pediatrik mereka beberapa kali pada tahun pertama kehidupan – biasanya, setiap 2 hingga 3 bulan. Memilih doktor yang berdekatan dengan rumah, tempat kerja, atau jagaan harian anda pastinya lebih mudah dan menjimatkan masa.
- Waktu operasi: Tanyakan waktu operasi dan pertimbangkan sama ada doktor boleh dihubungi pada bila-bila masa sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.
- Disyorkan oleh rakan dan keluarga: Dapatkan cadangan pakar pediatrik dari keluarga dan rakan rapat. Tetapi, sekiranya ibu ayah tidak merasa selesa selepas lawatan, ini bukan pakar pediatrik yang tepat untuk anda.
- Tanggapan awal: Pilih doktor yang anda selesa, kerana ini mendorong komunikasi terbuka. Perhatikan bagaimana pakar pediatrik berinteraksi dengan anak anda. Adakah mereka menunjukkan minat yang tulen terhadap anak anda? Sekiranya bayi anda mempunyai masalah yang unik, adakah doktor mengetahui masalah ini?
10 Pakar Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia
Bagi membantu ibu ayah, kami senaraikan beberapa doktor pediatrik yang mempunyai reputasi dikenali dan bagus di Malaysia. Jika ibu ayah berminat dan memenuhi kesesuaian lokasi dan keluarga anda, bolehlah cuba melakukan lawatan awal dengan mereka ya.
Pakar Kanak-Kanak Terbaik
| Dr Norharlina Bahar Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Bidang Psikiatri | | View Details | Hubungi di sini |
| Dr Cham Weng Tarng Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Rheumatologi | | View Details | Hubungi di sini |
| Dr Eni Juraida Binti Abdul Rahman Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Hematologi dan Onkologi | | View Details | Hubungi di sini |
| Dr Zarin Ikmal Zan Bin Mohd Zain Pakar Kanak-kanak Terbaik Dengan Variasi Pengkhususan | | View Details | Hubungi di sini |
| Dr Ng Sui Yin Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Neurologi | | View Details | Hubungi di sini |
| Dr Chew Bee Bee Pakar Kanak-kanak Terbaik Pediatrik Umum | | View Details | Hubungi di sini |
| Dr Iftikhar Ahmad Mohamed Akup Pakar Kanak-kanak Terbaik Perunding Pediatrik | | View Details | Hubungi di sini |
| Dato' Dr Musa Mohd Nordin Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Neonatologi | | View Details | Hubungi di sini |
| Datin Dr Mardziah Alias Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Dermatologi dan Pediatrik Umum | | View Details | Hubungi di sini |
| Dr Mohd Redza Zainol Abidin Pakar Kanak-kanak Terbaik Popular Di Media Sosial | | View Details | Hubungi di sini |
Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Bidang Psikiatri
Dr Norharlina Bahar membuat penilaian dan rawatan kepada pesakit-pesakit dewasa, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah tingkahlaku, masalah emosi atau kecelaruan fikiran.
Beliau juga terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan penulisan di bidang yang berkenaan malah sering dijemput untuk memberikan ceramah dan konsultasi .
Pengkhususan:
- Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, Psikiatri Umum
Kelayakan dan pengalaman:
- MD (UKM)
- M.Med (Psik) (UKM),
- Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja (VIC)
- Felo dalam Psikiatri Kanak-kanak & Remaja (Mal)
Bahasa:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Lokasi :
- 2D, Level 2, Pusat Perubatan Prince Court, 39 Jalan Kia Peng Kuala Lumpur 50450 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
Waktu operasi:
- Isnin 8.00 pagi-1.00 petang / 2.00 petang-5.00 petang
- Rabu 0800 – 1300 1400 – 1700
- Jumaat 0800 – 1300 1400 – 1700
- Sabtu 0800 – 1300
Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Rheumatologi
Cham Weng Tarng adalah pakar Pediatrik yang menamatkan pendidikan perubatan dari Universiti Malaya di Malaysia dan lulus dengan ijazah MBBS (Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan).
Pengkhususan:
Rheumatologi Pediatrik, Pediatrik
Kelayakan dan pengalaman:
- MBBS (Malaya), MRCPCH (UK)
- Fellowship Pediatric Rheumatology (Australia)
- CCFT (Malaysia)
Bahasa:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Lokasi :
- B-2-3, 2nd Floor, Tower B, Sunway Medical Centre, No. 5 Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia.
Talian untuk dihubungi:
- +603-7491 9191 (Ext. 16421/11472)
Waktu operasi:
- Isnin 9:00 pagi – 5:00 petang
- Selasa 9:00 pagi – 5:00 petang
- Rabu 9:00 pagi – 5:00 petang
- Khamis 9:00 pagi – 5:00 petang
- Jumaat 9:00 pagi – 5:00 petang
- Sabtu 9:00 pagi – 1:00 petang
Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Hematologi dan Onkologi
Dr Eni Juraida Binti Abdul Rahman mempunyai pengalaman di dalam bidang pediatrik selama 40 tahun. Kini dia bertugas di Sunway Medical Centre, Bandar Sunway.
Dia menawarkan Perkhidmatan rawatan dan rundingan untuk penyakit di kalangan kanak-kanak seperti Epilepsi, Cerebral palsy, kecacatan kelahiran, autisme dan banyak lagi kondisi lain.
Pengkhususan:
- Pediatrik Hematologi & Onkologi, Pediatrik
Kelayakan dan pengalaman:
- MBBCH (Alexandria)
- M.MED dalam Pediatrik (UKM)
Bahasa:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Lokasi :
- C-1-3, 1st Floor, Tower C, Sunway Medical Centre, No. 5 Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia.
Talian untuk dihubungi:
- +603-7491 9191 (Ext. 21629/21020)
Waktu operasi:
- Isnin 9:00 pagi – 1:00 petang
- Sabtu 9:00 pagi – 1:00 petang
Pakar Kanak-kanak Terbaik Dengan Variasi Pengkhususan
Zarin Ikmal adalah pakar dalam Perubatan Pediatrik yang berlatih di KPJ Tawakkal Specialist Hospitals dan merupakan pakar dalam perundingan untuk masalah perubatan bayi dan anak selama lebih dari 25 tahun. Dr Zarin sering dijemput oleh program TV dan media yang membincangkan topik sederhana hingga kompleks dan menjawab soalan ibu bapa.
Dia telah menerbitkan pelbagai artikel mengenai masalah bayi di majalah tempatan dan mengadakan banyak forum awam dan ceramah mengenai penyakit bayi dan penyakit kanak-kanak.
Pengkhususan:
- Ambulatori pediatrik am dan rawatan pesakit dalam, imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan, penjagaan kardiologi pediatrik dan echocardiogram.
Kelayakan dan pengalaman:
- MBBS (UM), MMed Paeds (UM),
- AM (Mal)
- Fellowship Paed. Cardiology (RCH, Melbourne)
Bahasa:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Lokasi :
- Suite No. 19, Level 5, KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital
Talian untuk dihubungi:
Waktu operasi:
- Isnin (Melalui temujanji sahaja)
- Selasa (Melalui temujanji sahaja)
- Rabu (Melalui temujanji sahaja)
- Khamis (Melalui temujanji sahaja)
- Jumaat (Melalui temujanji sahaja)
Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Neurologi
Ng Sui Yin adalah pakar dalam Perubatan Pediatrik. Dia kini bertugas di di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Perkhidmatan perubatan yang disediakan olehnya meliputi: Epilepsi Anak, Masalah Neurologi Kanak-kanak, dan masalah kanak-kanak lain.
Pengkhususan:
Kelayakan dan pengalaman:
- MBBS – University of Bristol
- MRCP – Royal College of Physicians of the UK
- MRCPCH – Royal College od Paediatrics and Child Health
Bahasa:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Mandarin
- Kantonis
Lokasi :
- Suite 116, 1st Floor, Medical Consultation Suites Block, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Talian untuk dihubungi:
- 03-4141 3238
- 03-4257 6998
Waktu operasi:
- Isnin 9.00 pagi – 1.00 petang
- Selasa 9.00 pagi – 1.00 petang
- Rabu 9.00 pagi – 1.00 petang
- Khamis 9.00 pagi – 1.00 petang
- Jumaat 9.00 pagi – 1.00 petang
- Sabtu 9.00 pagi – 1.00 petang
Pakar Kanak-kanak Terbaik Pediatrik Umum
Chew Bee Bee mempunyai kepakaran di dalam perubatan pediatrik. Dia terkenal sebagai seorang doktor yang sangat teliti dan mengartikulasi. Kini Dr. Chew Bee Bee bertempat di Sunway Medical Centre Velocity Kuala Lumpur.
Dia menawarkan servis perkhidmatan rawatan untuk kondisi termasuklah masalah asthma kanak-kanak, cerebral palsy, gangguan spektrum autisme, diabetes di dalam kanak-kanak dan banyak lagi.
Pengkhususan:
Kelayakan dan pengalaman:
- MBBS (India), MRCPCH (UK)
Bahasa:
- Bahasa Malaysia
- English
- Mandarin
- Cantonese
Lokasi:
- 7B – 03, Level 7, Sunway Medical Centre Velocity Kuala Lumpur
Talian untuk dihubungi:
Waktu operasi:
- Isnin 9.00 pagi – 4.30 petang
- Selasa 9.00 pagi – 4.30 petang
- Rabu 9.00 pagi – 1.00 petang
- Khamis 9.00 pagi – 4.30 petang
- Jumaat 9.00 pagi – 1.00 petang
- Sabtu 9.00 pagi – 1.00 petang
Pakar Kanak-kanak Terbaik Perunding Pediatrik
Dia merupakan seorang ahli Malaysian Paediatric Association dan Royal College of Paediatrics and Child Health yang aktif. Mempunyai pengalaman yang cukup luas selama 14 tahun di dalam perubatan pediatrik.
Mengungguli karier sebagai Paediatric Medical Officer di Hospital Teluk Intan selama 7 tahun, Senior Medical Officer di Hospital Ipoh selama 5 tahun dan Paediatrician dan Head of Department of Paediatricis di Hospital Slim River selama 2 tahun. Kini dia bertugas di AVISENA sejak tahun 2010.
Pengkhususan:
- Pakar perunding pediatrik
Kelayakan dan pengalaman:
- MBBS (Pakistan), MRCPCH (UK)
Bahasa:
Lokasi:
- AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital, No.3, Jalan Perdagangan 14/4, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor
Talian untuk dihubungi:
Waktu operasi:
- Isnin 9.30 pagi – 12.30 tengah hari | 2.00 petang – 4.30 petang
- Selasa 9.30 pagi – 12.30 tengah hari | 2.00 petang – 4.30 petang
- Rabu 9.30 pagi – 12.30 tengah hari | 2.00 petang – 4.30 petang
- Khamis 9.30 pagi – 12.30 tengah hari | 2.00 petang – 4.30 petang
- Jumaat 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
- Sabtu 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Neonatologi
Dato Dr Musa Mohd Nordin merupakan salah seorang pakar kanak-kanak yang terkenal dalam menjalankan amalan pembedahan di Hospital Pakar KPJ Damansara dan kepakaran beliau terletak dalam bidang Neonatologi.
Mempunyai pengalaman selama 40 tahun, Dato Dr Musa Mohd Nordin telah mencapai beberapa pengiktirafan seperti Outstanding Asian Paediatrician Award (2012) dari Asia Pacific Pediatric Associations, Ar-Razi Lifetime Achievement Award dari Islamic Medical Association of Malaysia, FIMA Lifetime Achievement Award (2017), disampaikan oleh President Turki di Istanbul.
Pengkhususan:
Kelayakan dan pengalaman:
- MBBCh (Wales), MRCP (UK), FRCP (Edin), FAMM (Mal), FRCPCH (UK)
Bahasa:
Lokasi:
-
G-12A, KPJ Damansara Specialist Hospital, 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Talian untuk dihubungi:
Waktu operasi:
- Berdasarkan temu janji di laman web
Pakar Kanak-kanak Terbaik Dalam Dermatologi dan Pediatrik Umum
Dr Mardziah Alias ialah pakar dermatologi kanak-kanak yang diiktiraf oleh Daftar Pakar Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan serta merupakan ahli Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM).
Berpengalaman lebih 38 tahun, beliau sering dirujuk dengan pelbagai penyakit kanak-kanak seperti kekurangan G6PD, autism, scoliosis, Infantile Seborrhoeic Dermatitis, kutu kepala, jangkitan ringworm, dan Epidermolysis Bullosa.
Pengkhususan:
Kelayakan dan pengalaman:
- MD(UKM) , M.MED(PAED) UKM , Fellowship in Derm (S’pore), Paed Derm (Lond)
Bahasa:
Lokasi:
-
Weight Management Centre, KPJ Damansara Specialist Hospital, 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Talian untuk dihubungi:
Waktu operasi:
- Berdasarkan temu janji di laman web
Pakar Kanak-kanak Terbaik Popular Di Media Sosial
Merupakan pakar kanak-kanak di sebuah hospital kerajaan di Muar, Johor, Dr Redza Zainol sering berkongsi ilmu parenting dan kesihatan kanak-kanak di akaun Facebook, Twitter, Telegram, Instagram dan TikTok miliknya bagi membantu ibu bapa yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan anak-anak.
Pengkhususan:
Kelayakan dan pengalaman:
- M.D. Russian State Medical University (RSMU)
Bahasa:
Lokasi:
Talian untuk dihubungi:
Waktu operasi:
Perbandingan Kelulusan Doktor
|
Doktor |
Kelulusan |
Hospital bertugas |
Dr Norharlina Bahar
|
MD (UKM)
M.Med (Psik) (UKM),
Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja (VIC)
Felo dalam Psikiatri Kanak-kanak & Remaja (Mal)
|
Pusat Perubatan Prince Court
|
Dr Cham Weng Tarng
|
MBBS (Malaya), MRCPCH (UK)
Fellowship Pediatric Rheumatology (Australia)
CCFT (Malaysia)
|
Sunway Medical Centre |
Dr Eni Juraida Binti Abdul Rahman
|
MBBCH (Alexandria)
M.MED dalam Pediatrik (UKM)
|
Sunway Medical Centre
|
Dr Zarin Ikmal Zan Bin Mohd Zain
|
MBBS (UM), MMed Paeds (UM),
AM (Mal)
Fellowship Paed. Cardiology (RCH, Melbourne)
|
KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital
|
Dr Ng Sui Yin
|
MBBS – University of Bristol
MRCP – Royal College of Physicians of the UK
MRCPCH – Royal College od Paediatrics and Child Health
|
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
|
Dr Chew Bee Bee
|
MBBS (India), MRCPCH (UK)
|
Sunway Medical Centre Velocity Kuala Lumpur
|
Dr Iftikhar Ahmad Mohamed Akup
|
MBBS (Pakistan), MRCPCH (UK)
|
AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital
|
Dato’ Dr Musa Mohd Nordin
|
MBBCh (Wales), MRCP (UK), FRCP (Edin), FAMM (Mal), FRCPCH (UK)
|
KPJ Damansara Specialist Hospital
|
Datin Dr Mardziah Alias
|
MD(UKM) , M.MED(PAED) UKM , Fellowship in Derm (S’pore), Paed Derm (Lond)
|
KPJ Damansara Specialist Hospital
|
Dr Mohd Redza Zainol Abidin
|
M.D. Russian State Medical University (RSMU)
|
Hospital Muar, Johor
|
Bidang Pediatrik Adalah Berkaitan Dengan Kanak-Kanak
Seorang pakar kanak-kanak atau doktor pediatrik adalah doktor perubatan yang menguruskan fizikal, tingkah laku, dan mental untuk anak-anak sejak lahir hingga usia 18 tahun.
Seorang pakar pediatrik dilatih untuk mendiagnosis dan merawat pelbagai penyakit kanak-kanak, daripada masalah kesihatan kecil hingga penyakit serius.
Sebab Memilih Pediatrik Untuk Kesihatan Anak
Pakar kanak-kanak yang dipilih akan mengenali keluarga anda dengan baik dan ibu ayah harus selesa dengan pilihan yang terbaik buat anak. Selain itu, mereka lebih sesuai menguruskan masalah berkaitan kanak-kanak kerana:
- Mempunyai latihan khusus dalam keperluan fizikal, emosi, dan tingkah laku kanak-kanak.
- Mempunyai pengalaman yang lebih luas untuk mengenali dan merawat penyakit kanak-kanak.
- Menawarkan rawatan yang lebih khusus.
Apakah Tugas Pakar Pediatrik?
Pakar pediatrik akan bertemu dengan bayi anda banyak kali sejak dari lahir sehingga usianya 2 tahun dan secara tahunan dari usia 2 tahun ke 5 tahun untuk “lawatan kesihatan-kanak-kanak." Selepas 5 tahun, pakar pediatrik anda akan selalunya berjumpa dengan anak ibu ayah setiap tahun untuk pemeriksaan tahunan.
Pediatrik anda juga adalah individu pertama untuk anda hubungi bila-bila masa sahaja ketika anak anda sakit. Dalam menjaga si kecil, pakar pediatrik akan:
- Melakukan ujian fizikal
- Memberi saranan untuk imunisasi
- Memastikan yang anak anda mencapai tonggak pencapaian perkembangannya di dalam tumbesaran, sifat dan skil
- Mendiagnos dan merawat penyakit, jangkitan, kecederaan, dan masalah penyakit yang lain pada anak anda
- Memberikan anda informasi tentang kesihatan, keselamatan, nutrisi dan fitness yang diperlukan anak anda
- Menjawab pertanyaan ibu ayah tentang tumbesaran dan perkembangan anak
- Merujuk dan bekerjasama dengan pakar lain jika anak anda jatuh sakit dan memerlukan penjagaan lebih daripada pakar pediatrik
Jenis Pakar Pediatrik
Ramai pakar pediatrik bekerja sebagai doktor penjagaan primer. Jenis pediatrik ini melakukan tugas pemeriksaan kesihatan dan kesejahteraan secara kerap. Mereka juga mendiagnos dan merawat rangkaian besar akan kondisi kesihatan am, memberikan vaksinasi, dan menawarkan nasihat kesihatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak dan ibu ayah mereka atau penjaga.
Pediatrik lain mempunyai kepakaran kudus di dalam merawat kondisi medikal yang spesifik atau lingkungan umur. Contoh pediatrik subspesialiti termasuklah seperti berikut:
1. Pakar kesihatan remaja
Fokus ke atas penjagaan sewaktu lingkungan usia remaja, sekitar usia 11 ke 21 tahun.
2. Pediatrik penjagaan kritikal
Memudahkan kumpulan pakar profesional kesihatan yang merawat kanak-kanak yang tidak stabil atau berada di dalam situasi kesihatan yang kritikal. Pediatrik ini selalunya bekerja di dalam unit penjagaan intensif bertempat di hospital.
3. Pediatrik perkembangan perilaku
Menilai perkembang perilaku di dalam kanak-kanak dan remaja. Pakar di dalam bidang ini mendiagnos dan merawat masalah perkembangan, pembelajaran, dan perilaku di dalam golongan remaja.
4. Pediatrik kanak-kanak mangsa dera
Mempunyai kelebihan dalam latihan, pengalaman, dan skil yang penting untuk menilai jika seorang kanak-kanak mungkin mengalami penderaan atau pengabaian.
5. Pediatrik onkologi
Pakar di dalam mendiagnos dan merawat jenis kanser yang berbeza-beza di dalam kalangan kanak-kanak.
6. Pediatrik kardiologi
Mendiagnos dan merawat pelbagai masalah kondisi hati di dalam kanak-kanak. Ramai pediatrik kardiologi bekerja rapat dengan pakar bedah jantung pediatrik ketika membuat keputusan untuk strategi rawatan terbaik.
7. Ahli pulmunologi pediatrik
Mendiagnos, merawat, dan menguruskan kanak-kanak yang mempunyai masalah pernafasan dan penyakit jantung.
8. Pakar rheumatologi
Merawat kanak-kanak dan remaja yang mempunyai gangguan muskulosketal, seperti artritis reumatoid remaja dan penyakit kronik.
9. Ahli nefrologi pediatrik
Pakar di dalam merawat kondisi yang memberi kesan kepada sistem urin, termasuklah jangkitan pundi kencing dan penyakit buah pinggang.
10. Ahli neurologi pediatrik
Merawat dan mengurus gangguan neurologikal di dalam kanak-kanak. Kondisi neurologikal yang hadir ketika zaman kanak-kanak mungkin berlanjutan sehingga fasa dewasa. Ahli neurologi pediatrik memantau penjagaan pesakitnya daripada diagnosis sehingga ke fasa remaja.
11. Pediatrik neonatal-perinatal
Menyediakan penjagaan kepada bayi sebelum, semasa, dan selepas dilahirkan. Mereka juga merawat bayi pramatang dan mempunyai penyakit kritikal.
12. Ahli gastroenterologi pediatrik
Memantau kesihatan sistem pencernaan golongan remaja.
13. Ahli endokrinologi pediatrik
Pakar di dalam sistem endokrin dan hormon yang dihasilkan. Seorang endokrinologi mungkin merawat pelbagai kondisi di dalam kalangan kanak-kanak termasuklah diabetes.
Perkara Yang Pakar Pediatrik Mahu Ibu Ayah Hentikan
Kredit: Shutterstock
Barisan doktor sememangnya mempunyai kelayakan dan hebat dalam menyarankan apa yang patut anda lakukan, tetapi sebenarnya ada perkara yang para doktor tidak mahu anda lakukan:
1. Berhenti pergi ke ER untuk segalanya
Sememangnya apabila bergelar ibu ayah, apatah lagi yang baru sahaja bergelar status tersebut, apa sahaja yang berlaku pada anak, pastinya tidak senang duduk dibuatnya.
Sehinggakan ada ibu ayah yang terus menerus menghantar anak ke bilik kecemasan disebabkan hidung berdarah selepas berlari dan berlanggar dengan peti sejuk.
Tidak dinafikan yang majoriti ibu ayah sangat panik apabila perkara sebegini berlaku, tetapi menurut doktor pakar pediatrik, mereka mahukan anda untuk bertenang dan tidak tergesa-gesa ke bilik kecemasan kerana percayalah yang ia akan menelan wang yang sangat tinggi.
Sebaliknya ibu ayah perlu kekal tenang dan cuba menenangkan anak anda sekaligus hubungi doktor pediatrik anda untuk tindakan lanjut.
2. Berhenti mendapatkan nasihat kesihatan menerusi Internet
Perkara ini bukan hanya berlaku pada anak, bahkan ramai juga golongan dewasa yang suka mendapatkan khidmat nasihat kesihatan dari Dr. Google.
Sememangnya ada laman web yang boleh dipercayai untuk merujuk tentang kesihatan dengan informasi medikal, tetapi ia masih mustahil untuk mendiagnos anak anda menerusi Internet.
Sebaliknya, rujuk kepada doktor anda. Ia adalah tindakan yang sebaiknya.
3. Berhenti menolak vaksinasi dan meminta penjadualan alternatif vaksin
Ironinya, sama seperti sesetengah ibu ayah yang tergesa-gesa mendapatkan ubatan, sementara yang lain pula takut dengan vaksin.
Biarpun jika ibu ayah bersetuju untuk vaksin adalah perkara yang baik, mereka masih bimbang tentang memberikan terlalu banyak pada satu masa.
Masalah dengan melambatkan proses vaksin, terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak adalah kemudiannya mereka tidak akan dilindungi dalam jangka masa yang agak lama. Anda hanya akan meletakkan anak anda dalam risiko yang tinggi apabila mereka tidak divaksin dan kemudian bergaul dengan kanak-kanak lain.
4. Berhenti ponteng lawatan kesihatan kanak-kanak
Cukup faham yang mana kita semua sibuk dengan kerja dan kehidupan harian dan apabila menyentuh bab akan apa yang kita rasa sebagai temu janji “tidak penting", ia adalah mudah untuk mengabaikannya.
Namun, menurut pakar pediatrik, jika kita menukar dari menyediakan rawatan penjagaan kepada penjagaan kesihatan, ibu ayah akan dapat melakukan tugas dengan lebih baik dalam mencegah atau mengawal sesetengah penyakit.
Ini termasuklah masalah pendengaran dan penglihatan, peningkatan tekanan darah, kanak-kanak yang gagal membesar dan tulang belakang yang boleh jadi menghasilkan skoliosis.
Tambah lagi, lawatan tersebut akan memberikan anda dan anak anda satu peluang untuk merasa lebih selesa dengan doktor, jadi anda akan merasakan lebih gemar untuk berbincang akan sebarang kebimbangan anda di masa hadapan.
Semoga artikel ini dapat membantu ibu ayah dalam mencari doktor pediatrik terbaik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Penting Untuk Pilih Pakar Pediatrik Untuk Anak! Anda Dah Jumpa Yang Serasi? Ini Panduannya
Baca juga: 3 Pakar Pediatrik Dan Klinik Pakar Kanak-Kanak Yang Terkenal Di Malaysia
Baca juga: Aromaterapi Berkesan Dalam Membantu Kesihatan Bayi; Pakar Pediatrik