TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

5 min bacaan
Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

Cara ajar anak menulis dengan berkesan, ibu bapa boleh menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan seronok agar si manja minat belajar.

Anak prasekolah pasti pandai menyanyi lagu ABC tapi apabila tiba masa cara ajar anak menulis abjad, tahukah ibu bapa terdapat pelbagai tips yang kreatif anda boleh cuba? Selain membeli buku kerja tulisan abjad supaya anak boleh menjalani latihan, ada banyak lagi cara yang lebih interaktif dan seronok.

Oleh itu, di sini kita kongsikan cara mengajar anak menulis abjad yang mudah lagi berkesan yang diilhamkan oleh ibu blogger, Anna Geiger dari  The Measured Mom!

Isi Kandungan

  • Cara Ajar Anak Menulis Yang Berkesan Dan Menyeronokkan
  • Tips Lain Cara Mengajar Anak Menulis Abjad

Cara Ajar Anak Menulis Yang Berkesan Dan Menyeronokkan

Menurut Anna, apabila baru mengajar anak menulis abjad, ibu bapa patut mula dulu dengan aktiviti yang menyeronokkan, kemudian tingkatkan cabaran secara beransur-ansur.

Tidak semua kanak-kanak suka melakukan latihan hingga berpuluh-puluh muka surat. Jadi ikutlah langkah-langkah dibawah dan cuba cara ajar anak menulis abjad yang kreatif ini!

1. Kenalkan Aktiviti Pratulis

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

  • Pilih abjad yang ingin diajar kemudian lukiskan huruf besar abjad tersebut dengan pen penanda. Untuk ibu bapa yang ada printer di rumah, anda boleh juga cari template-template free di internet kemudian printkan. 

  • Minta anak isikan abjad itu dengan objek yang bermula dengan abjad yang sama. Contohnya: A: stiker ayam, B: butang, C: coklat dan sebagainya.

2. Jangan Guna Buku

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Satu lagi cara ajar anak menulis abjad yang kreatif ialah untuk menyuruh anak membentukkan abjad itu dengan menggunakan objek-objek harian.

Mula dulu dengan abjad dengan garis lurus seperti ‘A’, ‘L’ ataupun H kemudian tukar ke huruf-huruf yang lebih susah seperti ‘S’ ataupun ‘C’.

Terpulanglah kepada ibu bapa objek-objek yang anda ingin gunakan. Di bawah adalah beberapa contoh barang-barang yang sudah sedia ada di rumah:

  • penyepit
  • mi spageti yang belum dimasak
  • penyedut minuman

Untuk abjad yang bentuknya bengkang bengkok pula:

  • mi spageti yang masak
  • playdoh
  • reben
  • tali ataupun tali kasut

3. Bermain Dengan Huruf Dan Bentuk

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Galakkan anak anda membentuk huruf dengan objek-objek kecil seperti butang, batu, buah saga atau bijirin.

Pantau kegiatan anak dan jangan tinggalkan mereka bersendirian tanpa pengawasan untuk mengurangkan risiko tercekik.

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Walaupun latihan menulis dengan tangan mungkin cara mengajar anak menulis abjad yang agak boring, ini tidak bermakna ia tidak boleh dijadikan aktiviti yang seronok! 

Terdapat banyak cara lain apabila ingin menggalakkan anak untuk menulis. Selain buku latihan ibu bapa boleh menggunakan cat jari, garam, tepung ataupun pasir berwarna dalam sebuah bekas leper ataupun dulang. 

Kalau ibu bapa jenis yang chilax dan berani gunalah coklat cair Hershey’s ataupun krim yang telah dipukul. Pasti anak menjilat jari.

4. Buat Aktiviti Sambungkan Garisan

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Walaupun kebanyakkan langkah-langkah ini seronok dan berkesan, ini tidak bermakna ibu bapa patut abaikan cara mengajar anak menulis abjad yang tradisional ya? Anak masih perlu melatih cara betul untuk memegang pensil dan menulis di atas kertas. 

Mulakan dengan melukis garis lurus, lengkung dan bentuk mudah sebelum memperkenalkan huruf dan nombor. Beri anak peluang untuk menulis mengikut kemampuan mereka.

  • Ajarkan anak meniru garis lurus dan zigzag.

  • Perkenalkan huruf besar dahulu sebelum huruf kecil.

  • Gunakan buku latihan yang sesuai untuk peringkat umur mereka.

Klik di sini jika ingin memuat turun huruf-huruf dalam pelbagai saiz untuk membantu anak belajar menulis abjad.

5. Jadikan Menulis Sebagai Aktiviti Harian

Cipta peluang untuk anak menulis dalam aktiviti harian mereka. Contohnya, minta mereka menulis senarai barang belian, kad ucapan atau melukis peta harta karun.

  • Biarkan anak “bermain sekolah” dan menulis di papan putih kecil.

  • Gunakan permainan peranan seperti bermain kedai dan minta mereka menulis resit.

6. Berikan Galakan dan Pujian

Pastikan anda sentiasa memberikan galakan dan pujian setiap kali anak berusaha menulis, walaupun hasilnya belum sempurna. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk belajar.

 Jangan bandingkan kemahiran menulis anak anda dengan kanak-kanak lain. Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza.

7. Mulakan Dengan Aktiviti Motor Halus

Sebelum anak boleh menulis, mereka perlu mengembangkan kemahiran motor halus. Aktiviti seperti bermain dengan plastisin, memegang pensel warna atau menggunakan gunting keselamatan boleh membantu memperkuatkan otot tangan mereka.

Antara aktiviti yang boleh cuba: 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
  • Bermain dengan blok atau lego.

  • Melukis menggunakan krayon atau berus cat.

  • Mengikat tali kasut untuk melatih koordinasi tangan.

Tips Lain Cara Mengajar Anak Menulis Abjad

  • Ibu bapa tidak perlu mengikuti susunan abjad sebenar. Mulailah dari huruf-huruf yang senang contohnya seperti ini :  E, F, H, I, L, T, V, W, X, K, M, N, Y, A, Z, C, O, G, Q, B, D, J, P, U, R, S 

  • Apabila ingin otot tangan anak menjadi lebih kuat, kurangkan tablet dan galakkan mereka untuk melakukan aktiviti lain seperti menconteng, melukis ataupun mewarna. Ini supaya mereka boleh belajar untuk memegang pensil dengan cara yang betul lebih cepat.

  • Sediakan meja dan kerusi khusus untuk semua aktiviti penulisannya.

  • Blok abjad, mainan susun suai gambar abjad dan buku abjad, semuanya boleh membantu juga.

Hands On Home Schooler, Parents, The Measured Mom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Nak Main Lama-Lama, Pergi Taman Tak Nak Balik, Ibu Kena Ajar Anak Move On!

Baca juga: Bukan Semua Kena Kongsi, Sesekali Ajar Anak ‘Kedekut’ Untuk Hak Mereka Tak Salah Pun!

Baca juga: Jangan Paksa Anak Kecil Jawab Apa Yang Anda Mahu, Jika Dia Kata TAK TAHU, Dia Tak Menipu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham