TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?

3 min bacaan
Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?

Makanan ini lebih berbahaya untuk kanak-kanak kerana ia tak boleh dirawat dengan cara Heimlich Maneuver, ringan dan ia boleh tertelan hingga anak tercekik.

Makanan yang boleh buat anak tercekik

Fasa anak memasukkan semua benda ke dalam mulut memanglah satu fasa yang mendebarkan buat semua ibu bapa.

Dan itulah yang dirasai oleh Niamh Reid terhadap anaknya yang berusia 17 bulan, Doireann. Beliau berhati-hati dalam memastikan makanan yang dibawa masuk ke dalam mulut anak tidak membahayakan Doireann dan membuatkan anak tercekik.

Tapi apabila anaknya ingin memakan ‘marshmallows‘ dia tidak terlalu kisah. Namun semuanya berubah apabila anaknya mula tercekik!

Dia telah mengongsikan pengalaman marshmallows membuatkan anaknya nyaris tercekik itu di akaun Facebook miliknya untuk memberi amaran buat ibu bapa yang lain.

Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?

“Minggu lalu kami telah mengalami pengalaman yang mengerikan apabila melihat anak perempuan kami tidak sedar akibat tercekik ‘marshmallow’.

Kami sangat bernasib baik ada orang yang dapat membantu dan bertindak pantas menyelamatkan nyawa Doireann.

Saya selalu fikir saya tahu semuanya, tapi saya tidak tahu hal ini!”

“Tolonglah buang marshmallow yang ada di rumah dan sebarkan hal ini supaya lebih ramai tahu.”

Selepas melihat anaknya melalui sesuatu yang sungguh traumatik, Niamh Reid menggesa ibu bapa untuk menjauhkan ‘marshmallow‘ dari anak kecil.

Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?

Foto ehsan: Cool Mom Eats – Cool Mom Picks

Yang menakutkan ialah kejadian tercekik ini tidak boleh diselamatkan dengan cara Heimlich Maneuver (menekan abdomen hingga terluah benda yang tercekik)!

Ini kerana marshmallow akan mencair lalu tersangkut ditekak menyekat saluran pernafasan menjadikan ia hampir mustahil untuk dikeluarkan.

Walaupun tidak mudah cair sebelum dimakan, marshmalllow sangat ringan hingga boleh tertelan ketika anak ketawa atau bercakap.

Risiko anak tercekik

Menurut pakar perubatan kecemasan kanak-kanak, Profesor Richard Lichenstein, kes tercekik makanan di kalangan kanak-kanak bukanlah perkara asing tapi ia sering diabaikan oleh ibu bapa.

Image result for kid eating marshmallows

Foto ehsan: CBC.ca

Walaupun kadang-kala ia tidak membahayakan nyawa, tetapi ada yang boleh tercekik hingga meragut nyawa!

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil harus mengambil tahu bagaimana mengurangkan risiko tercekik.

Makanan yang dirasakan tidak berbahaya sebenarnya boleh menyebabkan bahaya juga.

Contohnya kekacang boleh tersekat di paru-paru dan menyebabkan jangkitan bronkial kronik.

Antara langkah mudah yang boleh diambil oleh para ibu bapa ialah:

  • memotong makanan (sosej) dalam bentuk panjang (bukan bulat)
  • memotong buah anggur kepada 4 bahagian memanjang
  • sagat lobak merah 
Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?

Cara memotong anggur. Foto ehsan: Netmums.

Selain memastikan makanan di dalam bentuk yang sukar untuk tertelan tanpa sengaja, ibu bapa juga harus memerhatikan kelakuan anak-anak ketika makan.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya

Contohnya berjalan, berlari, bercakap, ketawa, makan tanpa mengunyah dan makan terlalu cepat boleh meningkatkan risiko tercekik.

Langkah kecemasan jika anak tercekik

Ibu bapa juga harus tahu apa yang perlu mereka lakukan ketika terjadinya keadaan cemas.

Mereka tidak harus panik dan mesti bertindak pantas untuk menyelamatkan si kecil.

Adalah amat baik sekiranya ibu bapa tahu pertolongan cemas yang perlu dilakukan sekiranya terjadinya kejadian tercekik.

Tapi jika tidak, sekurang-kurangnya tahulah benda-benda ini:

  • segera mendapatkan bantuan. Telefon talian kecemasan.
  • segera ke hospital
  • beri maklumat tentang bahan yang telah dimasukkan ke dalam mulut (jenis makanan atau benda lain)

Sumber: Popsugar, Facebook Niamh Reid, Webmd

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak tercekik? Apa perlu saya buat?

Anggur Merbahaya: Kanak-kanak Maut Tercekik Anggur

Gadis 3 Tahun Disahkan Mati, Ayah Didakwa Menyuap Anaknya Secara Paksa

Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik – Kini Ibunya Memberi Amaran!

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham