Sabtu yang lepas, terjadinya satu peristiwa yang hampir meluruhkan jantung serta yang paling ditakuti oleh semua ibu,termasuk saya..anak saya Maryam, tercekik tombol laci..
Ia berlaku sewaktu saya ke tandas, saya terpaksa tinggalkannya di dalam bilik bersama kakaknya..usai urusan,saya dengar Maryam dah errkk..erkkk..erkkk..Maryam cuba menangis,tapi tak lepas..saya terus berlari kearahnya,dan melakukan ‘first aid’ terhadapnya..Alhamdulillah,tombol laci berjaya dikeluarkan..pemeriksaan susulan juga telah dibuat,alhamdulillah tiada sebarang luka atau objek tertinggal didalam..dibawah serba sedikit tips yang boleh saya kongsikan bagi ibu bapa semua jika berhadapan kes begini..
Apa perlu buat jika anak tercekik?
1.JANGAN PANIK-ini paling penting..sebab kalau panik,kita tak boleh bertindak dengan waras..
2.Jangan goncang bayi atau cuba memasukkan tangan ke dalam mulut untuk mencapai objek atau cuba mengeluarkan objek..
3.Lakukan ‘First Aid’ terhadap anak anda..Jika tidak tahu,segera hubungi 999 untuk mendapatkan bantuan..
Saranan saya, jika anda punya kemampuan, anda boleh membeli buku First Aid, menonton video bagaimana First Aid dilakukan, dan saya sangat sarankan anda untuk mengikuti Kursus ‘First Aid’.. dibawah adalah dua video cara membantu mangsa tercekik, Ihsan dari British Red Cross..
-bagi bayi
https://m.facebook.com/story.php…
-kanak-kanak,setahun ke atas,dan dewasa
https://m.facebook.com/story.php…
(Harap Tuan/Puan menimbal saranan dan nasihat saya dan berbincanglah dengan Penasihat Kesihatan anda yang terlatih dan berdaftar..Post adalah bertujuan untuk menyedarkan pentingnya pengetahuan ‘FIRST AID’ serta bagi berkongsi pengalaman peribadi)
Petikan di atas merupakan perkongsian pengalaman Puan Azura di media sosial milik beliau. Beliau telah berkongsi beberapa tips menghadapi situasi anak tercekik. Tindakan pantas Puan Azura wajar dicontohi para ibu bapa dan penjaga yang lain.
Seterusnya, kami akan kongsikan secara ringkas apakah tindakan yang boleh anda ambil ketika berhadapan dengan situasi seperti ini.
1. Jangan panik!
Perkara paling penting ialah untuk tidak panik dan tenang supaya anda boleh berfikir apa tindakan selanjutnya.
2. Periksa mulut anak anda
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka menyarankan kita agar JANGAN mendongakan kepala anak anda. JANGAN cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.
3. Lakukan tindakan “first aid” (langkah kecemasan) jika tahu
Teknik ini dikenali sebagai Manuver Heimlich ia berbeza untuk kanak-kanak lebih 1 tahun dan bayi bawah 1 tahun.
Untuk bayi bawah 1 tahun (sumber: astro awani):
- Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan paha.
- Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala
(Sumber imej, shutterstock.com)
- Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.
- d. Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.
- e. Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.
Ulang teknik, iaitu tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.
Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jadi di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.
Untuk kanak-kanak lebih 1 tahun (sumber: Diari Ibu Zarith):
- Berdiri atau berlutut ke belakang anak anda dengan tangan anda di keliling pinggangnya. (Jika dia pengsan, baringkannya secara menelentang dan berlutut pada kakinya)
- Pegangnya dengan tangan anda pada abdomennya, di atas pusat dan di bawah pehanya. (Jika anak anda berbaring, letakkan tapak tangan anda pada pertengahan perutnya iaitu di bawah pusat dan peha). Tekan abdomennya dengan lembut, berikan tekanan dengan menggunakan tangan sehingga objek tersebut keluar.
- Jika objek tersebut tidak jelas dan anak anda tidak sedar, baringkannya secara menelentang dan buka mulutnya. Jika anda melihat halangan, berhati-hati masukkan jari telunjuk sehingga ke kerongkong bagi mengalihkan objek tersebut.
- Lakukan pernafasan keselamatan: Buka laluan udara dengan menyengetkan kepala ke belakang dan mendongakkan dagu.
- Kekalkan pembukaan laluan udara, picit hidung anak anda dengan jari, tutup mulut anda pada mulutnya dan berikan pernafasan perlahan untuk setiap satu ke satu setengah saat. Teruskan pernafasan mulut ke mulut sehingga pernafasan normal dan bantuan tiba.
Nota: Jika dada anak anda tidak menunjukan kenaikan, objek tersebut masih menghalang laluan udaranya. Ulangi langkah 1-5 sehingga objek tersebut dikeluarkan atau bantuan tiba.
4. Segera hubungi talian kecemasan/pergi ke hospital berdekatan
Walaupun anak anda kelihatan sihat selepas tercekik, bawanya berjumpa dengan doctor bagi memastikan halangan telah dialihkan serta tiada kecedaran lain.
(Sumber imej: shutterstock.com)
Sebagai ibu bapa, kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu kecemasan seperti ini bagi mengurangkan risiko keadaan menjadi lebih teruk. Gunakan artikel ini sebagai langkah pertama anda mencari ilmu kecemasan.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!