X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik - Kini Ibunya Memberi Amaran!

31 Jul, 2017
Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik - Kini Ibunya Memberi Amaran!

Parti hari jadi berakhir apabila anak perempuan kepada seorang ibu ini meninggal dunia selepas tercekik. Sekarang, ibu bapanya ingin meningkatkan kesedaran tentang bahayanya insiden tercekik yang boleh dihadapi anak-anak kecil setiap hari.

Mirranda Grace Lawson hanya berusia tiga tahun ketika dia meninggal dunia pada bulan November.

Pada bulan Mac sebelum itu, gadis kecil itu telah merayakan ulang tahun ibunya. Malang sekali, ketika parti itu, dia telah tercekik dan terus koma.

Mirranda dimasukkan ke hospital dan diberikan bantuan sokongan hidup dan ibu bapanya berjuang untuk hidupnya sehingga saat yang terakhir.

Dan sekarang Mirranda sudah tiada, ibu bapanya ingin meningkatkan kesedaran tentang bahayanya insiden tercekik yang boleh dihadapi anak-anak kecil setiap hari.

Mati tercekik sebiji bertih jagung

Mirranda Grace Lawson meninggal dunia pada bulan November, tetapi perjuangannya bermula enam bulan lebih awal, pada Mei 2016.

Alison Lawson, ibu Mirranda, merayakan hari jadinya di rumah bersama suaminya, Patrick, dan anak-anak mereka, apabila perkara yang tidak dapat dijangka ini berlaku.

Menurut halaman GoFundMe Mirranda:

“Pada penghujung majlis sambutan hari jadi Alison, Mirranda berlari ke ruang tamu, matanya besar, tanpa suara. Ia adalah saat-saat terakhir sebelum Mirranda jatuh pengsan. Mereka terus mengelap mulutnya, namun tiada apa-apa yang berlaku. Patrick memulakan CPR. Ambulans tiba di sana. Jantung Mirranda telah berhenti berdenyut!”

Tidak ada apa-apa dalam mulut Mirranda, tetapi kemudian, mereka terjumpa satu biji bertih jagung yang kecil.

Ia telah tersekat pada tekaknya dan menyukarkan dirinya untuk bernafas.

Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik - Kini Ibunya Memberi Amaran!

Gambar: GoFundMe Mirranda

Semasa dalam perjalanan ke hospital, para paramedik berjaya mengembalikan denyutan jantung Mirranda.

Otak mati, hanya kerana tercekik

Tetapi, keluarga gadis kecil itu tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang menimpa si kecil itu.

Apabila Mirranda tiba di bilik kecemasan, dia segera dipakaikan dengan alat pernafasan.

Keluarganya sentiasa berharap bahawa Mirranda akan sembuh, tetapi tragis sekali, doktor Mirranda segera menyedari bahawa anak perempuan berusia 3 tahun itu telah mati otak.

Hospital itu mencadangkan supaya keluarganya mencabut sokongan hidup Mirranda, tetapi mereka tidak mahu berputus asa terhadap gadis kecil yang mereka cintai.

Bantuan sokongan hidup menjadi kes mahkamah

Keluarga Lawson berjuang dengan pihak hospital untuk membiarkan anak perempuan mereka hidup menggunakan alat sokongan hidupnya dan kes itu akhirnya telah sampai ke mahkamah.

Ibu bapa ini telah hampir hilang harapan, tetapi keluarga Lawson memutuskan untuk mencuba kes itu di Mahkamah Agung Virginia.

Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik - Kini Ibunya Memberi Amaran!

Gambar: GoFundMe Mirranda

Sementara ibu dan ayah Mirranda terus bekerja keras untuk menjaga anak kecil mereka, mahkamah pula mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan.

Kesihatan Mirranda tiba-tiba merosot dan dia meninggal dunia pada bulan November lalu, dikelilingi oleh ahli keluarganya yang amat bersedih.

Kini demi memori Mirranda, ibu bapa ini telah cuba meningkatkan kesedaran mengenai bahaya tercekik supaya anak-anak lain tidak akan melalui nasib yang sama!

Bagaimana untuk mengurangkan risiko tercekik:

* Jauhkan objek kecil daripada jangkauan kanak-kanak.

* Pastikan anak anda duduk ketika makan – bergerak sambil mempunyai sesuatu di dalam mulut mereka adalah kombinasi yang tidak baik buat anak kecil.

* Jangan biarkan kanak-kanak makan di dalam kereta atau apabila menggunakan basikal – mungkin terlanggar bonggol secara tiba-tiba.

* Ambil perhatian tambahan jika anak anda mengalami selesema. Objek lebih cenderung untuk tersekat di dalam kerongkong mereka pada waktu itu.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Sekiranya kanak-kanak tersedak, gunakan pendekatan “lima dan lima” ini :

Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik - Kini Ibunya Memberi Amaran!

Lima kali pukulan di belakang:

  1. Baringkan anak di atas perutnya di pangkuan anda.
  2. Pegang perut anak dengan lengan bawah dan tahan kepala dengan menyokong dagu mereka. Kepala anak harus lebih rendah daripada posisi tubuh mereka.
  3. Berikan lima pukulan di belakang badannya, di antara bilah bahu kanak-kanak dengan tapak tangan anda.

Lima teras dada

  1. Pusingkan kanak-kanak itu di atas pangkuan anda dan tahankan dengan lengannya. Sokong kepalanya dengan tangan anda. Kepala anak harus lebih rendah daripada tubuh mereka.
  2. Letakkan dua jari di tengah dada mereka di bawah puting dada.
  3. Tekan ke bawah sebanyak lima kali.

Ganti antara lima pukulan dan lima teras sehingga kanak-kanak itu tidak tercekik lagi.

Selepas mendengar kisah tragis anak kecil ini, mari kita saling berkongsi maklumat penting ini dengan semua orang yang kita kenali. Like dan share artikel ini!

Mari kita menghormati memori Mirranda dan pastikan tiada lagi anak kecil yang melalui kejadian tercekik seperti ini lagi!

Rencana diterjemah daripada Newsner. 

Sumber lain: Mayo Clinic

Gambar dari: GoFundMe Mirranda.

Baca juga:

Anggur Merbahaya: Kanak-kanak Maut Tercekik Anggur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik - Kini Ibunya Memberi Amaran!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham