X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selalu Nak Main Lama-Lama, Pergi Taman Tak Nak Balik, Ibu Kena Ajar Anak Move On!

4 min bacaan
Selalu Nak Main Lama-Lama, Pergi Taman Tak Nak Balik, Ibu Kena Ajar Anak Move On!

Cara untuk move on perlu diajar kepada anak-anak sejak mereka masih kecil supaya mudah menerima takdir dan tidak terlalu mengikut perasaan ketika kecewa

Membesarkan anak-anak merupakan perjalanan yang indah dan penuh cabaran bagi sesiapa bergelar ibu ayah. Pernah tak anda berdepan masalah apabila si manja over excited dan akan menangis sekiranya tidak dapat perkara yang diinginkan? Mungkin perlu ajar mereka cara untuk move on ini!

Ia adalah penting bagi membentuk akhlak dan sikap yang baik dalam diri anak-anak. Pepatah juga ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika tidak diajar ketika kecil, kemungkinan akan sukar dikawal apabila mereka besar nanti.

Ibu ayah perlu ajar anak cara untuk move on 

belajar untuk move on

credit to sources

Menurut Ahli Terapi Carakerja, Maryam Jamadi, adalah suatu kebiasaan apabila anak berdepan sukar untuk move on. Misalnya apabila mandi, dia nak mandi lama-lama. Pergi playground pun sampai tak nak balik, pergi pasaraya mula berlari ke sana-sini.

Sememangnya agak sukar untuk berdepan situasi ini kerana anak yang susah nak move on bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana, semua dia nak buat macam hartanya sendiri dan rumah sendiri.

Puncanya adalah kerana si manja mungkin tidak tahu bahawa semua barang yang dia jumpa atau main adalah bukan hak milik sendiri. Anak ingat bila pegang dan main mainan, automatik itu adalah yang dia punya.

Saya pasti ramai juga ibu ayah mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan dan ke atas. Sekiranya si manja belum menunjukkan ciri-ciri ini, ibu ayah dinasihatkan untuk melakukan persediaan fizikal dan mental.

Anda juga perlulah sentiasa positif dan bertenang kerana fitrah budak-budak amat suka bermain sehingga tidak kenal erti penat. Tapi jika ibu ayah perasan, masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tidak mahu pulang, anda hanya ikut dan berikan apa sahaja mereka inginkan.

Bagi mengelakkan anak terbiasa mengamuk untuk mendapatkan sesuatu, anda perlulah ajar mereka konsep move on kerana ia adalah salah satu hal penting dalam perkembangan anak. Mulakan seawal mungkin dengan menggunakan tips ini:

#1. Konsep kepunyaan

Bila anak masuk umur 1 tahun, ajar mereka dengan konsep ini kerana si manja terdedah dengan perkembangan emosi dan mula sedar diri sendiri berbeza dengan ibu ayah. Apabila keluar ke mana-mana tempat banyak mainan, beritahu anak bahawa ia bukanlah kepunyaannya.

Contohnya:

”Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau ”Mummy punya, Eva punya.”

Jika anak pegang atau bermain barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang tersebut orang lain punya.

#2. Time out

tips untuk move on

credit to sources

Tetapkan tempoh masa untuk anak bermain. Kalau bawah umur 2 tahun, mungkin kena ada ‘gangguan’ untuk tinggalkan tempat yang mereka tidak mahu balik.

Jika dah lebih 2 tahun, beritahu sebab kena anak kena balik contohnya:

”Jom, jalan-jalan” atau ”Jom balik, kita pergi makan”

Sekiranya anak sudah tahu masa, boleh beritahu anak dibenarkan main setakat tempoh itu sahaja agar mentalnya bersedia dan memanfaatkan waktu ini sebaiknya. Ia adalah penting untuk mengurangkan episod anak menangis.

#3. Kaedah melalui penceritaan

Beritahu anak tempat mana yang ibu ayah akan tuju supaya dia mula ”lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Jika anda dah tahu atau biasa dengan tempat itu, ceritakan apakah tujuan ke sana, pergi berapa lama dan apa yang ada.

Libatkan anak dalam setiap perkara yang dilakukan agar mereka rasa dihargai dan dihormati.

#4. Belajar untuk melepaskan barang

Anak umur bawah 2 tahun adalah sangat naif. Apabila dia dah sayang sesuatu benda, mesti rasa nak bawa benda tu kemana-mana sahaja tetapi bila sudah bosan, mereka akan campak mainan ke merata tempat.

Bagi mengelakkan satu rumah bersepah, anda boleh terapkan konsep main mainan pada satu tempat dan kalau nak pergi tempat lain, tinggalkannya dahulu.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
ajar anak untuk move on

credit to sources

Contohnya, mainan masak-masak di ruang tamu, kalau anak nak masuk ke dalam bilik, tinggalkannya di situ dan minta mereka katakan ‘bye’ semua barang sebelum pergi.

#5. Bertolak ansur dan hormati anak

Apabila anak sudah terbiasa dengan cara untuk move on, Insyaallah akan kurang episod bawa mainan ke mana-mana dan masalah rumah bersepah dengan mainan.

Konsep saya mudah, jika  mahu dihormati oleh anak, ibu ayah perlu hormat mereka dahulu.

Kalau nak anak bertolak ansur, anda perlu belajar bertolak ansur

Kalau kita nak anak ikut cakap kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia pergi.

Jangan anggap anak seperti bayi tidak tahu tentang apa-apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.

Sumber: Maryam Jamadi

Kredit foto: google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commungkir-janji

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Selalu Nak Main Lama-Lama, Pergi Taman Tak Nak Balik, Ibu Kena Ajar Anak Move On!
Kongsikan:
  • Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

    Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

  • Wahai Isteri Anda Layak Happy Selepas Cerai, Inilah Cara Yang Tepat Untuk Move On!

    Wahai Isteri Anda Layak Happy Selepas Cerai, Inilah Cara Yang Tepat Untuk Move On!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

    Cubalah 6 Cara Mengatasi Isu Susah Tidur Tanpa Ubat

  • Wahai Isteri Anda Layak Happy Selepas Cerai, Inilah Cara Yang Tepat Untuk Move On!

    Wahai Isteri Anda Layak Happy Selepas Cerai, Inilah Cara Yang Tepat Untuk Move On!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.