Bukan setiap hari anda boleh mengatakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam adalah disebabkan oleh masalah tantrum. Bagi anak yang suka makan, pastinya mereka akan menangis sekiranya berasa lapar.
Disebabkan seluruh dunia dilanda kebimbangan akibat ancaman Covid-19 dan kerajaan terpaksa mengumumkan perintah kawalan pergerakan, kebanyakan pengusaha makanan atau peniaga juga diarahkan tutup sementara operasi jual beli.
Anak suka makan di restoran
credit to sources
Namun, siapa sangka di sebalik perintah kawalan pergerakan ini terdapat seorang kanak-kanak berusia empat tahun menangis hanya kerana restoran kegemarannya ditutup.
Di dalam sebuah video yang kongsi oleh ibunya, kelihatan budak perempuan bernama Layla-Rae Charlton menjatuhkan airmata sebaik sahaja mengetahui dua rangkaian premis makan segera, McDonald’s dan Nando’s tidak menjalankan operasi kerana wabak Coronavirus.
Sebagai pencinta makanan segera, Charlton yang tinggal di Chelmsford, Essex, terpaksa menahan diri dan menikmati makanan yang dimasak oleh ibunya di rumah.
Ibunya, Layla-Rae Joanna berasa geli hati melihat gelagat anak perempuannya ini dan sempat merakam video keresahan yang dihadapi oleh seorang drama queen.
Di dalam video berkenaan, Joanna telah memaklumkan senarai restoran makanan segera yang diarahkan tutup termasuklah KFC, Nando dan McDonald’s.
Oleh kerana berasa tertekan dan sebak, Charlton terus menangis seperti kanak-kanak yang dalam kesakitan. Dia cuba memujuk diri sendiri dengan menanyakan kepada ibunya sama ada restoran makanan Cina masih beroperasi.
Setelah menerima jawapan jujur bahawa Charlton hanya akan menikmati air tangan ibunya bermula hari ini sehingga akan datang, dia terus tidak dapat menahan perasaan dan terus menangis.
Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh tabiatnya yang sudah terbiasa makan di restoran dan berasa janggal untuk makan di rumah.
Walau bagaimanapun video lucu ini telah dikongsikan ke halaman Facebook milik Joanna berjaya meraih lebih 135 000 tanda suka, komen dan kongsi.
Difahamkan, perbualan sedih ini bermula ketika puteri kecilnya berasa bosan berada dalam rumah kerana tidak boleh keluar ekoran wabak Covid-19 yang masih mengganas.
“Saya mengatakan sepanjang hari bahawa kami akan menikmati McDonald’s terakhir tanpa memberitahunya situasi yang sedang dihadapi seluruh dunia,”
Mendedahkan situasi semasa
Memahami dia yang masih kecil, Joanna mengambil pendekatan dengan bercakap jujur tentang penyebaran wabak Coronavirus dan menjelaskan kepada anaknya sebab-sebab mereka tidak boleh keluar dari rumah.
“Sekarang dia juga sudah mengenali Tuhan dan sering bertanya sama ada sang pencipta memberi keizinan untuk bermain ke taman permainan, saya akan mengatakan bahawa saya perlu menunggu untuk kebenaran tersebut,” kongsi Joanna.
Bukan itu sahaja, dia juga menerangkan mengapa Perdana Menteri terpaksa menutup semua kedai dan ia adalah masa yang terbaik untuk anak kesayangannya memahami kenyataan terhadap masalah sedang berlaku.
“Saya bercakap dengan lemah-lembut bahawa premis McDonald’s sedang ditutup untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan penyebaran virus bahaya,”
”Dia kemudiannya menangis sedikit dan terus menangis seolah-olah Mcdonald’s tidak akan dibuka buat selama-lamanya.” Kata Joanna.
Ujarnya lagi, Charlton terus memeluk ibunya dan naik ke atas katil. Meskipun kisah ini agak kelakar, dia mengambil pendekatan menarik perhatian anaknya untuk sama-sama melakukan aktiviti memasak di dapur.
Seorang yang cerewet
foto: the little secret
”Pada mulanya saya menyangka sangat sukar memasak bersamanya kerana sikap yang begitu cerewet. Tetapi, dia mudah dipujuk dan mencuba makanan berbeza setiap hari,” kongsinya.
“Waktu zaman kanak-kanak ini dia sepatutnya mencuba pelbagai jenis makanan. Ketika Charlton mengatakan tidak menggemari jagung manis, saya akan berusaha memujuk untuk dia mencuba sedikit sahaja,”
Tambahnya lagi anaknya baru berusia empat tahun, namun seorang berpendirian tetap apabila dia mengatakan ”tidak” dan ia tetap menjadi ”tidak”.
Sekiranya Layla-Rae terpaksa memilih makanan kegemaran, jawapan sudah semestinya adalah McDonald’s.
Joanne berkata, “Dia mahu pergi ke McDonald’s semata-mata untuk mendapatkan mainan. Dengan kepelbagaian kedai makan, agak sukar untuk mengetahui sama ada Charlton suka ataupun tidak,”
“Jika kami bertanya kepadanya apa yang dia mahu, dia akan mengatakan KFC kerana suka makan ayam dan mencelupkan cip ke dalam sos.”
Sumber: The Sun
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comrindu-rumah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!