Anak anda sudah 4 tahun? Sekejap saja masa berlalu kan? Perasan tak anak anda sudah mula rasa yakin? Ini adalah antara perkembangan anak 48 bulan.
Jika anda perasan yang anak anda sudah mula rasa yakin dan banyak melakukan perkara sendiri tanpa bantuan anda, ini kerana si kecil anda sudah mula menjadi lebih berdikari setiap hari.
Ini adalah beberapa milestone dan perkembangan anak 48 bulan yang biasanya akan dicapai. Ini hanyalah garis panduan, setiap anak mencapai perkembangan pada masa yang berbeza.
Perkembangan Anak 48 Bulan: Kemahiran Harian
Mengikut rutin
Anak anda sekarang sudah boleh memahami peralihan masa. Dia kini tahu malam akan diikuti siang dan selepas hari ini akan ada hari esok.
Dia juga tahu bagaimana untuk memahami rutin. Malah, si kecil anda suka keselamatan dan struktur peraturan dan rutin yang diberi.
Tip:
Cuba untuk patuhi dan disiplin dengan rutin harian seboleh mungkin dan tegas dengan rutin yang ditetapkan. Seperti, makan malam pada pukul 7 kemudian membaca buku dan tidur pada pukul 9 pagi.
Suka berdikari
Anak anda kini lebih teruja dengan kemahiran mereka dan tak sabar untuk membuat “kerja rumah” sendiri.
Mereka akan mula menolak bantuan anda dan mahu melakukan perkara dengan sendiri seperti bersiap atau makan tanpa bantuan.
Ini adalah masa yang sangat berharga. Galakkan mereka dengan memberi peluang untuk mereka menggunakan kemahiran mereka.
Tip:
- Anak anda mungkin mahu menggosok gigi sendiri, tapi pada umur ini mereka mungkin tidak boleh membersihkan gigi dengan baik. Pastikan anda bersihkan gigi mereka dengan betul.
- Si kecil mungkin kecewa apabila todak dapat butang atau zip baju mereka. Sentiasa galakkan mereka dan bantu mereka untuk belajar melakukan perkara ini.
- Anak anda mungkin ingin menyediakan makanan mereka sendiri. Biarkan mereka tuang makanan dalam pinggan mereka sendiri dan tidak terlalu marah apabila mereka menyepahkan meja makan.
Perkembangan Anak 48 Bulan: Fizikal
Anda akan lihat perubahan besar pada kemahiran motor anak anda yang berusia 48 bulan ini.
Ini adalah beberapa perkara yang anak anda dah boleh lakukan sekarang:
- Melompat dan berdiri sebelah kaki lebih dari dua saat
- Turun dan naik tangga tanpa bantuan
- Menangkap bola lantun
- Berjalan ke depan dan ke belakang dengan mudah
- Menaiki basikal tiga roda
- Meniru bentuk seperti segitiga, bulat, segi empat dan bentuk lain
- Melukis orang dengan badan
- Menyusun lebih dari 10 blok
- Menuang dan menghancurkan makanan sendiri
- Aktif dalam permainan dan boleh bermain dengan baik walaupun ia permainan baru
- Daya ingatan yang kuat dalam peraturan permainan
- Perumbuhan fizikalnya juga makin pincang, tinggi mereka sudah mencapai lebih 90cm dan berat juga berbeza mengikut perkembangan asal anak masing-masing.
Tip:
- Melukis, memotong dan mengasingkan manik adalah aktiviti yang dapat menguatkan otot kecil. Bermain dengan tanah liat juga dapat membantu.
- Membina blok dan lego adalah cara yang bagus untuk meningkatkan imaginasi dan menguatkan otot tangan.
- Tak ada apa yang mereka tak boleh capai pada ketika ini, jadi pastikan rumah anda selamat dan kuncikan barang-barang yang bahaya di dalam kabinet.
Perkembangan Anak 48 Bulan: Sosial dan Emosi
Anak anda sudah mula suka berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Anda mungkin terkejut bila mereka boleh kongsi dan menunggu giliran ketika bermain.
Kadang-kadang mereka juga akan tantrum tapi mereka akan lebih baik bersosial berbanding tahun lepas.
Semakin mereka membersar, mereka sudah boleh bersimpati dan faham perasaan orang lain. Oleh kerana mereka sudah mula pandai bercakap dan meluahkan perasaan mereka, mereka akan mula bersikap terbuka.
Ini adalah beberap milestone sosial dan emosi pada umur ini:
- Suka melakukan perkara baru
- Suka bermain dengan kanak-kanak lain berbanding bermain sendiri
- Mula bercakap tentang minat dan meluahkan emosi secara lisan
Tip
- Bantu anak anda untuk ketahui tentang perasaan mereka, sedih, marah, suka. Simpati dengan mereka walaupun ianya tidak masuk akal dan mereka akan rasa selesa untuk konsi perasaan mereka dengan anda.
- Apabila anak anda tantrum atau sedih, sentiasa bantu mereka dan pada masa yang sama tegas dengan mereka. Ini akan bantu mereka untuk mengawal emosi dengan lebih baik.
Perkembangan Anak 48 Bulan: Bahasa dan Pertuturan
Jadikan membaca sebagai perkara penting dalam perkembangan anak empat tahun ini.
Anak anda belajar dengan cepat. Dia suka menyanyi dan mendengar cerita.
Mereka kini boleh mengira dan suka meneka bentuk dan warna.
Ini adalah masa yang baik untuk memasukkan anak anda ke tadika. Mereka akan suka belajar benda baru dan mereka juga belajar untuk menghormati peraturan dan bersosial dengan kanak-kanak lain.
Ini adalah apa yang kebanyakkan budak 4 tahun boleh lakukan:
- Bercakap dengan jelas untuk orang yang tak dikenali memahami mereka
- Boleh bercakap nama penuh
- Nyanyi lagu yang dihafal dari memori
- Namakan bentuk dan warna dengan betul
- Kenal dengan beberapa huruf
- Boleh memahami konsep masa dan urutan aktiviti harian seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
- Boleh memberi tumpuan dengan baik.
- Boleh mengikut tiga bentuk arahan.
Tip:
- Banyakkan membaca! Anak anda belajar perkataan yang baru setiap hari. Lebih banyak anda bacakan buku untuk anak dan berbual dengan mereka, lebih banyak latihan yang mereka buat dengan bahasa. Tunjukkan perkataan semasa anda membaca.
- Nyanyi lagu bersama-sama.
- Main permainan menyusun mengikut warna, bentuk atau objek.
Perkembangan Anak 4 Tahun: Empati
Sekiranya anda perasan, anak di usia 4 tahun lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Mereka mulai ada rasa empati sekiranya orang disekeliling berasa sedih.
- Rasa sedih bila tiada kawan
- Sedih bila orang tidak bermain dengan mereka
- Sentiasa mencari jalan sekiranya melihat ibu bapa atau keluarga dan rakan-rakan berasa sedih
Tip:
Sentiasa berikan contoh terbaik untuk anak anda sekiranya mereka masih kurang empati
Lakukan aktiviti seperti bersedekah, menderma dan memberi makan kepada orang yang memerlukan
Galakkan anak untuk berkongsi. Asingkan mainan yang kurang digunakan dan beri kepada kanak-kanak lain.
Bila Anda Perlu Risau
Setiap anak membesar dan berkembang mengikut rentak mereka sendiri. Tapi anda perlu berjumpa doktor jika anak anda menunjukkan tanda perkembangan lambat ini:
- Tak boleh lompat setempat
- Tak boleh bercakap dengan jelas
- Tak boleh mengikut tiga bentuk arahan
- Tak boleh memegang krayon di antara jari dan ibu jari dan mempunyai masalah untuk menconteng
- Tak melayan rakan sebaya atau orang selain keluarga
- Tak menggunakan “saya” “awak” dengan betul
- Hilang kemahiran yang mereka ada sebelum ini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: 9 Jenis Aktiviti Untuk Kanak Kanak 4 Tahun Yang Best, Mampu Galakkan Anak Meneroka Dan Bercakap
Baca juga: Geram Anak 4 Tahun Berak Dalam Seluar, Ibu Pukul Anak Sampai Mati!
Baca juga: Buku Untuk Anak 4 Tahun, Pupuk Pengetahuan dan Minat Anak Dengan Buku-Buku Yang Menarik Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!