Kelas koding untuk anak dapat membantu mereka untuk mengenali pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan lebih awal. Kemahiran dalam STEM sering menjadi rebutan majikan di luar sana dan koding adalah salah satu daripadanya. Kali ini kami kongsikan kelas koding untuk anak di Malaysia.
Zaman Penuh Teknologi, Pentingnya Kelas Koding Untuk Anak
Dari saat anak bangun hingga tidur, kehidupan seharian mereka sangat berkaitan dengan teknologi. Walaupun ibu bapa berusaha melindungi, akan tiba masanya anak-anak akan membentuk ikatan dengan alat kegemaran mereka.
Namun, daripada membiarkan mereka hanya menggunakan teknologi secara pasif, mengapa tidak memberikan mereka peluang untuk memahami dunia teknologi melalui pengaturcaraan? Terdapat banyak kelas pengaturcaraan untuk anak-anak yang direka khas untuk tujuan ini.
Mereka bukan sahaja akan mempersiapkan anak-anak anda untuk era digital, tetapi juga akan mengembangkan kreativiti, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah sejak usia muda. Jadi, jika anda berminat untuk meneroka pilihan anda, kami telah menyusun senarai kelas pengaturcaraan dalam talian dan luar talian terbaik untuk anak-anak di Malaysia.
Bila Anak Perlu Belajar Koding?
Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza, tetapi secara amnya, anak-anak seawal usia lima tahun boleh mula belajar koding. Malah, Institut Teknologi Massachusetts (MIT) mengesyorkan bahawa kanak-kanak mempelajari bahasa kdoing seperti ScratchJr antara usia 5 hingga 7 tahun.
Kelas Koding Terbaik untuk Anak-Anak di Malaysia
Sudah melepasi ujian umur? Masukkan anak anda ke dalam kelas koding yang berikut:
1. The Code Rig
The Code Rig adalah pusat sehenti untuk koding pendidikan yang berpusat di Petaling Jaya. Ia bertujuan untuk membangunkan kemahiran pengaturcaraan kanak-kanak, serta meningkatkan pemahaman mereka tentang sains dan matematik pada masa yang sama.
Jadi, sementara anak anda belajar pengaturcaraan, mereka juga akan berpeluang menambah pengetahuan dalam topik yang dipelajari di sekolah. Terdapat tiga modul untuk dipilih—pengaturcaraan dengan matematik dan sains, elektronik mudah, dan robotik—semuanya diajar melalui tugas dan aktiviti praktikal.
Mod Kelas: Dalam talian dan bersemuka
Lokasi: Unit L2-15, 998, Jalan 17/38, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 017-251 8077 atau 012-223 8077 / [email protected]
Website | Facebook
Foto: The Code Rig
2. iTrain Kids
Dijadikan sebagai Digital Maker Hub oleh MDEC, iTrain Kids menawarkan kelas koding yang menyeronokkan dan interaktif untuk kanak-kanak. Ia direka agar anak dapat mempelajari kemahiran yang boleh digunakan di masa hadapan.
Jika anak anda peminat permainan Minecraft, mereka kreativiti mereka akan diuji melalui program Pembangunan Permainan Minecraft. Selain itu, iTrain Kids juga menawarkan kursus dalam Koding Scratch, App Inventor, Pembangunan Laman Web, serta Boot Camp Cuti untuk kanak-kanak yang ingin mencuba koding.
Mod Kelas: Dalam talian dan bersemuka
Lokasi: iTrain Kids boleh dijumpai di beberapa lokasi iaitu:
Petaling Jaya: Lot S328E & S328F, Tingkat Dua, 1 Utama Shopping Centre, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 03-2733 0337 / [email protected]
Johor Bahru: 21-01, Jalan Austin Heights 3/1, Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor
Hubungi: 013-767 8800 / [email protected]
Website | Facebook | Instagram
3. RoboThink Malaysia
Dengan pusat pembelajaran STEM yang terdapat di 20 negara, RoboThink membimbing ribuan pelajar setiap hari melalui kurikulum yang menarik dan unik. Kelas kodingnya di Malaysia direka untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur dan kemahiran.
Ia dijalankan melalui perisian eksklusif RoboThink yang menjadikan pendidikan koding menyeronokkan dan mudah. Kursus dibahagikan kepada RoKids, RoComi, dan RoCode dan masing-masing menumpukan pada koding visual mudah, koding yang lebih maju, dan koding Python.
Mod Kelas: Dalam talian dan bersemuka
Lokasi: Bandar Utama, Subang Jaya, Bangsar South, Kuching (Empat bandar)
Hubungi: 014-718 3988 (semua cawangan Lembah Klang); 011-2813 5134 (Kuching)
Website | Facebook | Instagram
4. Code Juniors
Code Juniors adalah pilihan yang baik jika anda mencari kelas koding dalam talian untuk kanak-kanak yang berpusat di Malaysia. Ia memperkenalkan konsep koding kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun melalui pengaturcaraan visual mudah, robotik yang boleh diprogramkan, dan permainan serta aktiviti yang mempromosikan logik.
Jika anda lebih suka komitmen jangka pendek, terdapat banyak program percutian gamified untuk kanak-kanak, seperti Roblox, Minecraft, Star Wars, dan Avengers Coding Camps. Dan jika anak anda menyukainya, teruskan dengan kelas dalam talian selepas sekolah atau hujung minggu.
Mod Kelas: Dalam talian sahaja
Lokasi: Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Hubungi: 012-337 7055 / [email protected]
Website | Facebook
5. CodingBee.my
CodingBee.my menawarkan kemahiran digital yang penting untuk berjaya dalam abad ke-21. Oleh itu, mereka menawarkan kelas koding dalam talian selepas sekolah untuk kanak-kanak dan remaja di Malaysia, sama ada pembelajaran sone-to-one atau secara berkumpulan dengan rakan-rakan atau adik-beradik.
Kursus pemula termasuk pembangunan aplikasi mudah alih, dan pembangunan laman web HTML dan CSS, sementara kursus lanjutan memberi tumpuan kepada pembangunan web interaktif dengan JavaScript. Anak anda hanya perlukan akaun Gmail, komputer riba dan telefon bimbit dan mereka sedia untuk menyertai kelas ini.
Mod Kelas: Dalam talian sahaja
Lokasi: A-1-03A, Sunsuria Forum @ 7th Avenue, 1, Jalan Setia Dagang AL U13/AL, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor
Hubungi: 016-953 7403 / [email protected]
Website | Facebook
6. Kidocode
Terletak di Mont Kiara, Kidocode adalah ‘sekolah teknologi dan keusahawanan hibrid’ yang menawarkan pendidikan dalam talian dan di kampus. Kurikulumnya yang dikuasakan oleh AI, bersama dengan pendidik yang terkemuka dan kemudahan kampus yang diperlukan, menjadikannya salah satu kelas koding dalam talian terbaik untuk kanak-kanak di Malaysia.
Dari sains komputer asas hingga JavaScript, kursus Kidocode membantu kanak-kanak membina penyelesaian sebenar sambil mempelajari asasnya.
Mod Kelas: Dalam talian dan bersemuka
Lokasi: Suite L-5-1, Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris, Off Jalan Duta Kiara, 50480, Kuala Lumpur
Hubungi: 03-6411 0967 atau 012-202 0748 / [email protected]
Website | Facebook | Instagram
Foto: Kidocode
7. Algorithmics Malaysia
Algorithmics adalah salah satu sekolah koding antarabangsa terbesar untuk kanak-kanak dan remaja dengan cawangan di Malaysia. Dengan silabus yang terbukti di 55 negara, kelas kodingnya membangunkan minat pelajar yang mana mereka akan didedahkan dengan teori pembelajaran dan bekerja pada projek kreatif. Setiap kelas mempunyai jalan cerita, persaingan yang mesra, mata ganjaran, dan tahap kesukaran yang berbeza-beza.
Mod Kelas: Dalam talian dan bersemuka
Lokasi: Unit C-3A-1, Sunway Giza Mall, 2, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 016-255 3382 / [email protected]
Website | Facebook
8. CodeBeeDo Academy
Untuk kelas koding dalam talian atau bersemuka yang komprehensif untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 18 tahun, cuba CodeBeeDo di Sunway Giza. Jika anak anda lebih suka belajar mengikut masa mereka sendiri, pelajaran koding berpandu video, self-paced CodeBeeDo akan menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses dan berkesan, kerana mereka boleh mengulangi pelajaran sebelumnya pada bila-bila masa. Kursus popular termasuk pengaturcaraan Python, Pengaturcaraan Scratch, dan Ozobot Evo.
Mod Kelas: Dalam talian dan bersemuka
Lokasi: C-16-2, 2, Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 012-698 0611 / [email protected]
Website | Facebook | Instagram
9. EDU360 Academy
Ditubuhkan pada tahun 2009, EDU360 Academy adalah salah satu akademi koding yang dibangunkan di Malaysia. Dengan pasukan profesional dari bidang yang berbeza, termasuk kejuruteraan, IT, dan reka bentuk, anak anda pasti menerima pendidikan berkualiti.
EDU360 menawarkan dua kelas koding untuk kanak-kanak Malaysia iaitu program koding Python untuk kanak-kanak yang lebih besar, serta program koding Scratch yang mesra pemula.
Mod Kelas: Dalam talian dan bersemuka
Lokasi: 15-3, Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi: 03-6151 5360 atau 011-6282 0116 / [email protected]
Website | Facebook | Instagram
10. Coding Lab Malaysia
Berikan anak anda permulaan yang baik dalam era digital dengan kelas koding dalam talian untuk kanak-kanak oleh Coding Lab Malaysia. Diasaskan oleh graduan MIT dengan pengalaman kerja di Silicon Valley, kurikulum Coding Lab yang diiktiraf ini adalah antara yang terbaik.
Pelajaran mengenai Scratch, App Inventor, dan Python disampaikan dengan cara yang menarik dan relevan, dengan tema-tema terkini yang disertakan sebagai sebahagian daripada pelajaran. Oleh kerana pengajarnya berpusat di Singapura, semua kelas dijalankan di Zoom dengan interaksi secara langsung antara guru dan rakan sekelas.
Mod Kelas: Dalam talian sahaja
Hubungi: +65-8012 5713 / [email protected]
Website | Facebook | Instagram
Belajar koding tidak bermaksud anak anda perlu mempunyai bakat dalam IT atau kerjaya masa depan dalam industri ini. Pada dasarnya, ia membantu mengembangkan kemahiran STEM mereka, yang juga boleh digunakan dalam mata pelajaran dan pekerjaan lain di masa hadapan.
Jadi jika anak anda berminat untuk mempelajari kemahiran baru, 10 kelas pengaturcaraan yang disebutkan di atas untuk kanak-kanak di Malaysia amat disyorkan. Atau sebaliknya, kelas yoga, Korea atau renang adalah pilihan yang hebat untuk dipertimbangkan! Semoga bermanfaat.
Penulis asal Kwan Yi Leon. Artikel ini telah diterjemah daripada Shopee Blog.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Diskalkulia (Dyscalculia): Punca Anak Sukar Memahami Matematik, Ciri-Ciri & Rawatan Sokongan
Baca juga: Homeschool Malaysia: Adakah Ia Sah, Kaedah Homeschooling & Berapa Usia Anak Yang Sesuai
Baca juga: Pendidikan STEAM: Apa Itu STEAM Education, Kepentingan & Perbezaan Dengan STEM
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!