X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 2 Bulan Korban Covid-19 Terbaru di Thailand, Hati-Hati Parents, Jaga Keluarga Anda

19 May, 2021
Bayi 2 Bulan Korban Covid-19 Terbaru di Thailand, Hati-Hati Parents, Jaga Keluarga Anda

Kes kematian Covid-19 di Thailand membabitkan bayi berusia 2 bulan, sebab jangkitan masih tidak diketahui, harap ibu ayah lebih alert!

Dengan peningkatan kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara, Thailand tidak terkecuali. Dan baru-baru ini negara itu telah mencatat satu kematian bayi berusia 2 bulan yakni kematian termuda di Thailand setakat ini. 

Sudah 35 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir termasuk seorang bayi berusia dua bulan itu yang menjadikan jumlah kematian 649 orang.

Dalam masa yang sama juga, Thailand telah melaporkan 2,473 kes Covid-19 baharu termasuk 680 jumlah tahanan yang menambah keseluruhan jangkitan kepada 113,555 sejak pandemik itu bermula pada Januari 2020.

Bayi lelaki 2 bulan korban Covid-19

kes covid

Foto: Strgonelabsprod

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand, Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kematian baharu melibatkan 18 wanita dan 17 lelaki berusia antara dua bulan hingga 93 tahun termasuk 16 kematian di Bangkok, masing-masing dua di Chiang Rai, Songkhla dan Samut Prakan.

Walau bagaimanapun tiada butiran terperinci mengenai kematian bayi 2 bulan tersebut. 

Menurut laporan Harian Metro dan Channel News Asia daripada 2,473 kes baharu yang direkodkan itu,  2,450 kes adalah jangkitan tempatan dan 25 kes import termasuk empat warga tempatan yang kembali dari Malaysia.

“Situasi Covid-19 di Thailand bertambah baik kecuali di Bangkok dan sekitarnya. Terdapat 23 wilayah yang melaporkan sifar kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir sementara 35 wilayah lain mencatatkan antara satu hingga 10 kes sahaja,” jelasnya dalam taklimat Covid-19 baru-baru ini. 

kes

Foto: FDA

Mengenai tahanan penjara yang dijangkiti pula, Taweesin berkata Jabatan Pemulihan merancang untuk memberi vaksin tahanan di seluruh negara.

Selain itu, katanya, tahanan berisiko tinggi termasuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas yang berpenyakit kronik akan diasingkan daripada penghuni penjara utama.

“Semua tahanan dan pegawai di seluruh negara akan disaring setiap tujuh hari,” katanya.

Menurut laporan itu juga, Thailand mempunyai kira-kira 330,000 tahanan di 143 penjara di seluruh negara.

Varian mutasi Covid-19 strain B1617  lebih ganas

kes covid

Foto: RTM

Ekoran daripada varian Covid-19 baharu ini, ibu bapa semua digalakkan untuk lebih berjaga-jaga. Varian mutasi ini dilaporkan lebih banyak menjangkiti kanak-kanak berbanding dewasa. 

Malah kesan jangkitan serta simptomnya juga dikatakan lebih serius dan cepat tersebar!

Semoga kita lebih berhati-hati, kita masih belum menang! 

Sumber: Harian Metro, Channel News Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Mutasi Covid-19 Lebih Berbahaya, Attack Kanak-Kanak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi 2 Bulan Korban Covid-19 Terbaru di Thailand, Hati-Hati Parents, Jaga Keluarga Anda
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham