X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Awak Tak Payah Bayar Sewa Rumah, Tapi Boleh Ganti Gambar Bogel & Seks Dengan Saya" - Pemilik Rumah

13 Apr, 2020
"Awak Tak Payah Bayar Sewa Rumah, Tapi Boleh Ganti Gambar Bogel & Seks Dengan Saya" - Pemilik Rumah

"Awak tak payah bayar sewa, tapi boleh ganti dengan gambar bogel" Ini yang terjadi kepada penyewa wanita apabila diminta untuk memberikan khidmat seks tanpa perlu bayar sewa kepada pemilik rumah tersebut.

Atas sebab penularan wabak Covid-19, Bank Negara Malaysia memberi kelonggaran untuk setiap bank memberi tempoh penangguhan ke atas hutang peminjam. Sampaikan ada tuan rumah yang berbesar hati memberi kelonggaran kepada penyewa dengan tidak perlu bayar sewa rumah. Alhamdulillah, inilah orang kata rezeki terpijak!

Mengapa kerajaan dan institusi perbankan mempertimbangkan keputusan baik ini adalah kerana ramai pekerja di Malaysia hilang sumber pendapatan ekoran pejabat dan kedai makan perlu ditutup bagi mengekang virus Covid-
19.

Sebab itulah, rata-rata tuan rumah memberi sewa rumah secara percuma kepada penyewa supaya dapat membantu mereka yang terjejas.

Walaubagaimanapun, berbeza pula dengan keadaan di Amerika Syarikat apabila pemilik rumah sewa mempunyai cara lain untuk bantu meringankan beban penyewa mereka.

Sewa rumah tak payah bayar tapi ganti dengan gambar bogel & seks!

sewa rumah

Ini kerana sebagai ganti kepada sewa rumah, pihak tuan rumah meminta penyewa memberi servis seks dan gambar bogel penyewa wanita tersebut. Aduhai…

Melalui survey yang dilakukan oleh Shelter Scotland, hampir 220,000 penyewa wanita melaporkan mereka menerima permintaan tersebut dengan melakukan seks bersama tuan rumah sebagai ganti sewa rumah.

Lebih mengejutkan, trend ini seakan-akan menjadi fenomena di negara barat itu sejak Februari yang lalu.

Inilah yang dikatakan mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Pengecualian bayaran sewa rumah PPR

sewa rumah

Gambar hiasan : Rumah sewa seremban 3

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan pengecualian bayaran sewa sebulan yang membabitkan 9185 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurut Menterinya, Zuraida Kamaruddin tidakan itu bertujuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan PKP akibat penularan Covid-19.

Zuraida turut menyarankan pihak berkuasa tempatan menggunakan budi bicara untuk memberi pengecualian bayaran sewa kepada peniaga kecil.

Selain memastikan setiap pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit mengamalkan penjarakkan sosial dan menyediakan cecair pencuci tangan semasa di laluan masuk dan keluar.

Malah, pemilik premis juga perlu membersihkan pemegang troli dan bakul barangan bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak ini.

Tips beli rumah tanpa bayar ansuran bulanan

bayar rumah sewa

Nak dikatakan sekarang nilai hartanah semakin menjulang tinggi hingga menyebabkan ada segelintir masyarakat tidak dapat memasang impian untuk mempunyai rumah sendiri.

Apatah lagi, mereka sering ditakutkan dengan nilai pasaran hartanah yang dijangka turun namun berlaku sebaliknya.

Habis tu, takkan nak menyewa sampai bila-bila, kan? Mana tidaknya di tengah ibu kota harga rumah hampir mencecah RM300,000!

Walaubagaimanapun, usah khuatir kerana mereka yang bergaji kecil juga masih boleh membeli rumah dengan beberapa tips ini.

#1. Analisa kewangan sendiri

Pertama sekali adalah membuat analisa kewangan sendiri termasuklah pengiraan DSR, NDI dan hutang yang ada dengan pihak bank bagi mendapat tahu kelayan harga rumah yang sesuai dengan gaji.

Apa yang anda boleh buat, bawa slip gaji dan pergi ke bank supaya mudah mereka nak kira.

#2. Buktikan pada bank anda mampu

Buktikan juga kepada bank yang anda mampu bayar ansuran bulanan contohnya kepilkan segala sokongan pendapatan seperti simpanan di Tabung Haji dan Amanah Saham Berhad (ASB).

#3. Jaga DSR

DSR ini adalah Nisbah Hutang kepada Pendapatan. Di mana anda perlu pastikan ia di bawah 60 peratus kalau gaji bawah RM3000.

#4. Bayar hutang PTPTN

Paling penting adalah sentiasa memperbaiki CCRIS. Ini kerana jika nak beli rumah, anda perlu baiki CCRIS PTPTN dahulu. Di mana anda boleh bayar hutang tertunggak menggunakan KWSP.

Ingat ya, kalau hutang PTPTN tak mampu bayar, jadi macam mana nak bayar hutang bank?

#5. Cari rumah bayaran bulannya tidak lebih RM1000

Selain itu, cari juga hartanah yang bayaran ansurannya tidak melebihi RM1000 sebulan.

Awak Tak Payah Bayar Sewa Rumah, Tapi Boleh Ganti Gambar Bogel & Seks Dengan Saya - Pemilik Rumah

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber:  Daily Star, Berita Harian Online, Oh Bulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compakar-psikiatri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • "Awak Tak Payah Bayar Sewa Rumah, Tapi Boleh Ganti Gambar Bogel & Seks Dengan Saya" - Pemilik Rumah
Kongsikan:
  • Sudahlah Tak Bayar Sewa, Bapa Pula Kena Keluar Duit RM206,668 Untuk Usir Anak Dari Apartmen

    Sudahlah Tak Bayar Sewa, Bapa Pula Kena Keluar Duit RM206,668 Untuk Usir Anak Dari Apartmen

  • Anak Degil Merayau Semasa PKP, Ayah Terpaksa Pecah Tabung Bayar Kompaun RM1000

    Anak Degil Merayau Semasa PKP, Ayah Terpaksa Pecah Tabung Bayar Kompaun RM1000

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Sudahlah Tak Bayar Sewa, Bapa Pula Kena Keluar Duit RM206,668 Untuk Usir Anak Dari Apartmen

    Sudahlah Tak Bayar Sewa, Bapa Pula Kena Keluar Duit RM206,668 Untuk Usir Anak Dari Apartmen

  • Anak Degil Merayau Semasa PKP, Ayah Terpaksa Pecah Tabung Bayar Kompaun RM1000

    Anak Degil Merayau Semasa PKP, Ayah Terpaksa Pecah Tabung Bayar Kompaun RM1000

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.