X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Dipanggil Pencacai Najis & Binatang, Frontliners Kesal Layanan Biadap Oleh Kluster Elit!

4 min bacaan
Dipanggil Pencacai Najis & Binatang, Frontliners Kesal Layanan Biadap Oleh Kluster Elit!

Ketika negara berusaha memerangi wabak Covid-19, terdapat segelintir individu yang bersikap pentingkan diri sendiri sehingga mengeluarkan kata-kata kasar.

Sudah berminggu-minggu anggota perubatan dan barisan hadapan bertarung nyawa demi memikul tanggungjawab. Namun, siapa sangka terdapat segelintir manusia yang memiliki sikap negatif sehingga tidak menghargai pengorbanan mereka.

Tidak gentar berhadapan penyakit berjangkit, petugas berusaha memberikan rawatan yang terbaik tanpa mengira pangkat, umur dan perbezaan agama.

Sikap negatif pentingkan diri 

sikap negatif kluster kayangan

credit to sources

Tiada siapa yang ingin menerima layanan buruk. Di saat semua pihak menggembleng tenaga membanteras penularan Covid-19 ini, ada segelintir individu berhidung tinggi, kurang sabar dan tidak beradab.

Baru-baru ini, pelbagai rintihan dikongsikan oleh anggota barisan hadapan melalui platform media sosial peribadi mereka akan pengalaman berhadapan pelbagai karenah pesakit Covid-19.

Ketika berhadapan karenah rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari negara atas urusan kerja atau bercuti, mereka berlagak seolah-olah kluster elit yang begitu cerewet.

Jika sebelum ini, mereka berasa megah dapat memuat naik gambar-gambar percutian di luar negara dan yakin tidak terkesan dari penularan virus Corona. Namun memandangkan arahan kerajaan yang semakin ketat, mereka diwajibkan melakukan kuarantin dan ujian saringan.

”Bila tiba di pusat saringan dan terpaksa akur perintah, kluster cerewet ini kecewa kerana tidak menerima layanan  pada kelas pertama,” luah sumber.

Wajib mengikut arahan

Pelaksanaan kuarantin wajib ke atas rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara telah membabitkan jalan darat, laut dan udara serta ketibaan di semua pintu sempadan termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebaik tiba di pintu sempadan, semua akan dibawa dengan bas terus ke pusat kuarantin yang ditetapkan.

“Bermula 3 April, kuarantin wajib dilakukan kepada masyarakat yang pulang dari luar negara atau sesiapa yang masuk ke negara ini. Mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat yang disediakan.”

Ekoran kemasukan ke negara perlu melalui beberapa proses, segelintir individu telah hilang sabar ketika terpaksa menunggu nombor giliran. Mereka juga mahu saringan dijalankan secara mudah tanpa mengikut sebarang protokol dan peraturan.

Petugas lain yang terlibat sempat membuat perbezaan perangai menjengkelkan golongan elit ini dengan kumpulan kluster tabligh kerana mereka lebih bersopan santun, menggunakan waktu menunggu dengan membaca al-quran dan azan ketika masuk waktu solat.

Kluster sombong dan pentingkan diri

sikap negatif ketika covid-19

credit to sources

Menurut seorang petugas perubatan, Mohd Afiq, kedatangan kluster baru yang dipanggil sebagai Turkey/ Oversea sedikit sebanyak telah menyulitkan proses saringan.

”Kadang-kadang kami seolah sedang merawat sikap negatif pentingkan diri sendiri mereka berbanding wabak Covid-19. Sesetengah golongan ini cerewet dan sukar untuk bertolak ansur,”

”Ketika perlu memasuki wad kusta atau institut latihan, golongan ini tidak mahu pergi dengan memberikan pelbagai alasan seperti tidak selesa dan panas. Tidak cukup dengan itu, petugas dihujani kenapa perlu mengambil ujian darah dan tidak melakukan swab secara awal,” luah Afiq.

”Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan rasa tidak puas hati terus beritahu pihak atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel,”

”Bukan semua, terutamnya yang berada di luar negara atas urusan yang tidak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi golongan yang pergi melancong luar negara amat menjengkelkan.” ujarnya.

Disamakan dengan binatang

sikap negatif rakyat malaysia luar negara

foto: sinar harian

Menurut Dr. Sakinah Sulong, pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19 telah menjentik hatinya

Alangkah kecewanya beliau dengan sikap segelintir manusia yang sombong dan tidak mahu memberikan kerjasama.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

”Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidup, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia; Pengarah Jabatan ke, Jemaah tabligh ke, Doktor ke, Pelajar ke. Semuanya sama. Lubang hidungnya sama. Rongga mulutnya sama,”

”Tapi ia menjadi ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong,” luahnya.

Menurutnya lagi, golongan yang ”baru turun dari kayangan” iaitu baru pulang dari luar negara telah menunjukkan pelbagai sikap negatif sehingga mencabar kesabaran para petugas kesihatan.

”Macam-macam karenah yang terpaksa dihadapi. Ada yang tidak mahu kuarantin, marah-marah, panggil staff ‘dog’ dan pencacai najis. Mereka sangat kurang ajar!”

Beliau yang kesal melihat ada petugas terpaksa mengundurkan diri kerana tidak dapat menahan pelbagai caci maki dari kluster sombong ini.

”Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan KKM. Melakukan saringan simptom dan vital sign, pensampelan, rujukan hospital (sekiranya perlu) hanya untuk memastikan mereka selamat dan tidak menyebarkan virus kepada orang lain,” ujarnya.

Tambahnya, para petugas terpaksa bekerja kuat sehingga lebih masa. Namun pengorbanan ini dibalas dengan hinaan ketika mereka cuba memberikan yang terbaik untuk negara.

”Tapi nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami sebagai petugas kesihatan. Mereka memang tidak bersyukur!” luah Dr. Sakinah.

Sumber: Sakinah Sulong, Astro Awani

Kredit foto: buzzkini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Dipanggil Pencacai Najis & Binatang, Frontliners Kesal Layanan Biadap Oleh Kluster Elit!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkekasih-hati

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Dipanggil Pencacai Najis & Binatang, Frontliners Kesal Layanan Biadap Oleh Kluster Elit!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham