Sebagai ibu bapa, permulaan persekolahan ada pahit manisnya. Ia satu masa yang menggembirakan kerana anak anda sedang membesar, namun ia juga boleh menjadi tekanan kerana anda perlu membeli belah untuk mereka kembali ke sekolah.
Namun, ini tip pro kami: hanya berbelanja di Tesco untuk mendapatkan barangan kembali ke sekolah sekaligus! Teso kini mengadakan tawaran hebat untuk masa terhad dengan Tesco Kembali ke Sekolah 2020 bermula 7 Disember 2020 hingga 6 Januari 2021.
Dengan kempen Tesco Kembali ke Sekolah, ibu bapa mempunyai masa yang cukup untuk membeli belah sambil berjimat. Malah, anda tidak perlu lagi membeli di kedai-kedai berlainan untuk mendapatkan item yang berpatutan dan berkualiti.
Tambahan pula, Tesco mengadakan hadiah percuma tahun ini sebagai sebahagian daripada kempen Kembali ke Sekolah yang mana satu Roly Eggy akan diberikan secara percuma apabila anda berbelanja RM50 dan ke atas!
Jadi, untuk menjadikan membeli belah lebih mudah buat ibu dan bapa di luar sana, kami menyediakan senarai semak item asas yang diperlukan oleh pelajar sekolah rendah dan menengah.
Guna senarai semak ini apabila anda membeli belah dan anda pastinya tidak akan tertinggal apa-apa barang – sama-sama!
Sekolah Rendah
Apabila anak sulung anda memasuki darjah pertama, tidak salah untuk rasa sedih – mereka membesar dengan pantas! Namun, darjah pertama menandakan detik penting untuk ibu bapa yang mana ia sebagai permulaan kisah kembali ke sekolah.
Nasib baik, sesetengah pakaian seragam mereka boleh diguna untuk beberapa tahun (bergantung kepada kepantasan tumbesaran anak anda), dan sesetengah alat tulis serta barangan lain, seperti bekas pensel boleh diguna semula.
Senarai semak kembali ke sekolah rendah
- Beg sekolah: Pilih beg yang berkualiti dan mampu bertahan lama. Beli beg yang hadir dengan pelbagai bahagian untuk mereka menyimpan barangan sekolah berasingan seperti buku teks dan sebagainya. Anda juga boleh membeli anak-anak kecil beg sekolah beroda kerana ini tidak membebankan postur mereka atau menyekat pergerakan badan mereka.
- Pakaian seragam: Ini boleh digunakan untuk semua darjah persekolahan. Namun digalakkan untuk membeli sekurang-kurangnya tiga pasang untuk setiap anak agar pakaian seragam mereka dapat dicuci pada hari berlainan. Untuk kanak-kanak yang naik darjah di sekolah rendah, periksa helaian mereka terlebih dahulu dan pastikan yang mana masih boleh diguna dan yang mana perlu diganti baru.
- Pakaian seragam tradisional Melayu (baju Melayu): Pelajar sekolah Melayu Islam perlu memakai pakaian seragam ini pada hari Jumaat. Kami cadangkan untuk membeli dua pasang baju ini.
- Kasut sekolah: Setiap kanak-kanak berbeza. Secara khususnya, untuk kanak-kanak darjah satu, ibu bapa perlu pertimbangkan sama ada mereka dapat mengikat tali kasut sendiri, atau mereka lebih selesa dengan Velcro? Tambahan juga, pastikan kasut tersebut juga muat untuk stoking sekolah mereka.
- Stoking sekolah: Kami cadangkan untuk beli sekurang-kurangnya tiga pasang agar anda dapat cuci pada hari berlainan bersama pakaian seragam mereka.
- Pakaian sukan: Beli sekurang-kurangnya dua pasang seluar sukan dan kemeja-T putih. Sekolah mereka juga mungkin akan sediakan kemeja-T sukan mereka sendiri untuk pendidikan Jasmani dan acara sukan.
- Singlet: Kami cadangkan anak anda memakai singlet sebagai pakaian dalaman. Kanak-kanak secara amnya lebih aktif, jadi ini bertindak sebagai lapisan untuk mencegah bau badan berlebihan ketika mereka bermain.
- Beg dan bekas makanan: Jika anda bercadang untuk membekalkan makanan untuk anak-anak, pastikan mereka mempunyai satu beg khas untuk menyimpan bekas makanan agar tidak tumpah dalam beg sekolah. Pilih bekas makanan pelbagai bahagian agar anda dapat asingkan makanan mereka.
- Botol air: Untuk pastikan mereka kekal terhidrat sepanjang hari terutamanya ketika aktiviti fizikal.
- Alat tulis: Pensel, pengasah pensel, pemadan, pensel warna, pembaris dan gam – ini keperluan asas. Mereka mungkin perlukan buku lakaran, cat dan gunting plastik untuk kelas seni.
- Bekas pensel: Kami cadangkan beli dua bekas berbeza, satu untuk menyimpan pensel warna agar tidak hilang.
- Kulit buku: Ini penting bagi melindungi buku teks dan buku latihan mereka – ia juga mengelakkan sebarang koyak dan kotoran pada kulit buku, sambil memastikan buku tahan sehingga penghujung tahun.
Pelajar sekolah menengah
Apabila mereka membesar menjadi remaja dan belia, keperluan mereka akan berbeza – mereka mungkin tidak inginkan bekas pensel yang sama, atau menggunakan beg beroda.
Malah, alat tulis mereka akan berubah mengikut subjek yang mereka ambil, dan anda perlu pertimbangkan barangan lain termasuk buku teks yang lebih berat ketika membeli belah kembali ke sekolah.
Senarai semak kembali ke sekolah menengah
- Beg sekolah: Pelajar sekolah menengah memerlukan beg yang lebih luas dan tahan lama. Mereka perlu mengendong lebih banyak buku teks (ia juga amat berat!), buku latihan dan sebagainya. Cari beg yang mempunyai pelbagai bahagian agar mereka mudah mencari barang mereka ketika pembelajaran. Pilih tali bag yang empuk untuk kurangkan rasa sakit dan beban pada bahu mereka.
- Pakaian seragam: Beli sekurang-kurangnya tiga helai agar pakaian mereka dapat dicuci pada hari berbeza. Lakukan pemeriksaan untuk pastikan mana pakaian seragam yang masih boleh diguna dan mana yang perlu diganti.
- Tali pinggang: Ini untuk anak lelaki. Ia bukan keperluan, tetapi ia dapat elak seluar terlondeh.
- Pakaian seragam tradisional Melayu (baju Melayu): Pelajar lelaki Islam perlu memakai pakaian ini pada hari tertentu. Kami cadangkan untuk beli dua pasang.
- Kasut sekolah: Pastikan ada ruang untuk stoking.
- Stoking sekolah: Kami cadangkan untuk membeli tiga pasang stoking agar anda dapat mencucinya pada hari berbeza bersama pakaian sekolah.
- Baju sukan: Beli sekurang-kurangnya dua seluar sukan dan kemeja-T putih. Sekolah mereka juga mungkin akan bekalkan kemeja-T mereka sendiri untuk aktiviti fizikal.
-
- Singlet: Oleh sebab pelajar secara amnya aktif, ia membekalkan lapisan untuk menghalang bau badan berlebihan ketika mereka meneruskan hari mereka.
- Beg dan bekas makanan: Jika anda bercadang untuk membekalkan makanan untuk anak-anak, pastikan mereka mempunyai satu beg khas untuk menyimpan bekas makanan agar tidak tumpah dalam beg sekolah. Pilih bekas makanan pelbagai bahagian agar anda dapat asingkan makanan mereka.
- Botol air: Untuk pastikan mereka kekal terhidrat sepanjang hari terutamanya ketika aktiviti fizikal.
- Alat tulis: Pensel, pengasah pensel, pemadan, pensel warna, pembaris dan gam – ini keperluan asas. Mereka mungkin perlukan buku lakaran, cat dan gunting plastik untuk kelas seni.
- Bekas pensel: Kami cadangkan beli dua bekas berbeza, satu untuk menyimpan pensel warna agar tidak hilang.
- Kulit buku: Ini penting bagi melindungi buku teks dan buku latihan mereka – ia juga mengelakkan sebarang koyak dan kotoran pada kulit buku, sambil memastikan buku tahan sehingga penghujung tahun.
Berikut tip mudah apabila membeli belah untuk kembali ke sekolah:
Anda boleh ke pasaraya Tesco berdekatan, atau anda juga boleh akses tawaran menarik Tesco Kembali ke Sekolah di laman rasmi mereka di Lazada. Namun sebelum anda mula membeli atau semak keluar barangan, ada beberapa perkara yang perlu diingat:
- Periksa saiz anak anda: Sebelum menekan butang ‘semak keluar’ ketika membeli belah dalam talian, pastikan anda memilih saiz yang sesuai dengan menyemak penyukuran produk. Anda juga boleh meminta anak anda mencuba pakaian lama mereka agar anda dapat ukur saiz baru yang diperlukan.
- Semak katalog Tesco: Untuk memudahkan anda mencari barang yang diperlukan, semak katalog kempen Tesco Kembali ke Sekolah dan senarai barang yang diperlukan, mengikut senarai semak anda.
- Pastikan anda membeli di laman rasmi Tesco di Lazada: Untuk elakkan sebarang kekecewaan terhadap kualiti, pembungkusan atau penghantaran, membeli belah di laman rasmi Tesco disarankan. Ada masanya, penjual semula atau penjual-penjual lain akan menawarkan barangan palsu yang tidak sama kualiti dengan barang sebenar Tesco.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tesco Kembali ke Sekolah 2020, layari laman Facebook Tesco atau laman rasmi. Untuk membeli belah dalam talian, anda boleh kunjungi laman rasmi mereka di Lazada.
Selamat membeli belah!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!