Semua ibu bapa mempunyai tujuan yang sama: untuk melihat anak-anak mereka membesar dengan yakin, menjadi anak yang penuh belas kasihan walaupun dunia ini sukar untuk mereka. Namun, bagaimana kita mencapai matlamat ini adalah sangat berbeza untuk setiap ibu bapa.
Terdapat pelbagai gaya keibubapaan. Sebilangan ibu bapa mengawal dengan ketat setiap aspek kehidupan anak mereka sama ada ketika ‘screen time’ hingga latihan bola sepak. Ada juga ibu bapa yang sentiasa memanjakan anak mereka dan membiarkan mereka buat apa yang mereka mahu dalam hidup.
Jadi Bila Ajaran Mengenai Kewangan Diterapkan?
“Money Parenting” adalah proses mendidik anak-anak mengenai sikap terhadap wang, dan mengajar mereka tabiat kewangan yang mereka perlukan untuk membantu mereka berjaya dalam hidup.
Mengajar anak-anak berjimat-cermat hanyalah permulaan. “Money Parenting” merangkumi mengajar anak-anak tentang bagaimana menjana pendapatan, bagaimana membelanjakannya dengan bijak, dan juga bagaimana melabur.
5 Gaya Keibubapaan: Yang Manakah Menggambarkan Anda?
Dalam tinjauan Asia Money Parenting, Eastspring Investments mengkaji 10,000 ibu bapa dari 9 negara yang berlainan di Asia dan meninjau tabiat dan amalan mereka yang melibatkan kewangan dan pendidikan dari segi kewangan.
Untuk memahami mereka dengan lebih baik, kami telah membahagiakan ibu bapa ini kepada 5 jenis, iaitu: 1) betapa pentingnya mereka melihat pendidikan kewangan dan 2) kadar penglibatan mereka dalam pendidikan kewangan.
Berminat untuk mengetahui siapa diri anda? Ikuti kuiz di sini, atau baca terus untuk mengetahui mengenai 5 persona ini.
The Freestylers
Ibu bapa jenis ini percaya bahawa pengalaman dalam kehidupan sebenar adalah kaedah terbaik bagi anak mereka belajar menguruskan wang. Mereka yakin bahawa anak mereka akan mempelajari semuanya sendiri, dan memerlukan hanya sedikit panduan dalam mengurus atau memegang wang.
Ibu bapa ini mahu anak mereka memahami konsep apa yang dapat dibeli dengan wang melalui pengalaman mereka sendiri, termasuklah pembelian yang kurang bijak. Ini semua adalah sebahagian dalam membesar menjadi dewasa dan belajar mengenai kehidupan sebenar. Mereka mahu anak mereka membelanjakan wang mereka sendiri, membeli barang untuk diri mereka sendiri, dan belajar nilai sesuatu barang itu.
Freestylers kemungkinan besar mengatakan, “Tidak ada pengganti yang lebih baik daripada pengalaman hidup sebenar. Seorang kanak-kanak harus belajar melalui percubaan dan kesilapan. Mereka akan segera memahami bagaimana menguruskan wang mereka.”
The Facilitators
Sama seperti Freestylers, Facilitators juga melihat pengalaman kehidupan sebagai sesuatu yang penting. Namun, mereka juga berpendapat bahawa beberapa bimbingan ibu bapa diperlukan dalam mengajar anak-anak mereka mengenai masalah kewangan, lantas mereka akan mengambil langkah-langkah untuk mempersiapkan anak-anak mereka di masa depan.
Beberapa perkara yang mungkin dilakukan oleh Facilitators adalah membuka akaun simpanan untuk anak-anak mereka saat mereka dilahirkan, atau mendorong anak-anak mereka untuk mengambil pekerjaan sambilan. Facilitators percaya pengalaman ini dapat membantu anak-anak mereka menjadi orang yang cukup dari segi kewangan pada masa akan datang.
The Nurturers
Nurturers melihat pendidikan kewangan kepada anak-anak sebagai perkara serius. Mereka menumpukan banyak masa untuk menjaga anak-anak mereka, dan memberikan bimbingan dan nasihat yang jelas untuk mengajar anak mereka nilai-nilai yang tepat berkaitan dengan wang, seperti perbezaan antara keinginan dan keperluan.
Mereka juga mengamalkan apa yang mereka percayai. Nurturers berpengetahuan dalam hal-hal kewangan (sebilangan besar dari mereka memiliki harta pelaburan), namun mereka masih belajar mengenai hal-hal kewangan sehingga mereka dapat menjadi guru yang lebih baik.
The Go-getter
The Go-getter yakin dalam pengetahuan kewangan mereka, dan kemampuan mereka untuk menyebarkannya kepada anak-anak. Mereka juga membeli produk pelaburan untuk anak-anak pada usia muda. Matlamat utama mereka? Untuk anak-anak mereka menjadi pengurus wang yang berjaya.
Mereka secara aktif melibatkan anak-anak mereka dengan:
- Pelajaran teknik pengurusan wang yang berbeza
- Sistem ganjaran apabila mereka menyelesaikan tugas
- Permainan yang melibatkan wang, seperti Monopoli
- Konsep dan pilihan pelaburan untuk masa depan mereka
The Balancers
The Balancers atau jenis ibu bapa yang bijak mengimbangkan sesuatu. Mereka mencapai keseimbangan antara pengajaran soal wang dan belajar melalui pengalaman. Mereka ibu bapa yang melibatkan diri, tetapi tidak sepenuhnya. Mereka tidak menuntut, tetapi mereka juga tidak peduli. Mereka juga bersikap sederhana dalam pandangan mereka mengenai pentingnya pendidikan dalam kewangan.
Balancers mengajar bahawa wang itu penting, tetapi juga mendorong anak-anak mereka untuk melabur dalam aspek kehidupan lain seperti permainan. Oleh itu, anak-anak mereka sangat biasa dengan pengalaman yang mencampuradukkan pembelajaran dan permainan, seperti pendidikan melalui aktiviti dan permainan yang menyeronokkan. Ini semua adalah berkenaan dengan keseimbangan.
Tidak ada gaya keibubapaan dari hal kewangan yang betul atau salah. Tidak kira anda jenis ibu bapa yang mana, ingat, matlamat kita adalah untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kita. Apa yang penting adalah semua ibu bapa Asia ingin menerapkan nilai pendidikan dalam kewangan pada kanak-kanak dan ia tidak kiralah cara yang bagaimana sekalipun.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!