Antara detik paling membahagiakan ketika menjadi seorang ibu adalah apabila anda dapat memberikan susu badan yang mencukupi kepada bayi. Namun tahukah anda sebenarnya bayi lelaki kuat menyusu berbanding perempuan?
Menurut pakar laktasi, Ratzuraini Rahim, ibu-ibu tidak perlu risau sekiranya bayi kerap terjaga ketika tidur dan ingin menyusu kerana ia adalah perkara yang normal. Namun jangan bandingkan keadaan ini dengan bayi yang menghisap susu formula yang rata-ratanya tidur lebih lama dan nyenyak.
Mengapa bayi lelaki kuat menyusu berbanding perempuan
credit to sources
Seorang pegawai dietetik, Dietitian Fizah berkongsi melalui laman Facebooknya, mengikut RNI Malaysia 2017, keperluan susu bagi bayi lelaki adalah lebih tinggi berbanding bayi perempuan ketika berada dalam usia 0 hingga 6 bulan.
Ia lebih kurang 50 kalori dan bersamaan dengan 75ml susu ibu (atau lebih kurang 2 1/2 auns susu). Hal ini kerana perkembangan bayi lelaki adalah lebih banyak berbanding bayi perempuan.
Jika dibandingkan mengikut graf berat untuk umur:
- Pada waktu lahir berat 50th percentile baby boy adalah 3.2kg bagi bayi perempuan, tetapi bayi lelaki 3.3kg
- Pada usia 1 tahun, berat 50th percentile bayi lelaki adalah 9.6kg manakala bayi perempuan pada 9.0kg
Bayi lelaki juga ada kandungan free fat mass (otot, tulang, organ) yang lebih tinggi berbanding perempuan. Maka si manja memerlukan hampir 3 auns susu lebih banyak dari bayi perempuan dalam sehari jika kandungan zat adalah sama.
Bayi lelaki kuat menyusu, adakah kandungan susu ibu sama sahaja?
Fakta menarik komposisi susu ibu akan berlainan antara bayi lelaki dan perempuan, di mana kandungan lemak dan tenaga dalam susu ibu untuk bayi lelaki lebih tinggi berbanding susu ibu untuk bayi perempuan iaitu 78kcal vs 63 kcal (per 100ml)** pada usia 120 hari.
Jika bayi lelaki minum 2 auns tenaga dan zat yang terkandung di dalam 2 auns susu, ia tidak akan sama dengan susu yang diminum oleh bayi perempuan.
credit to sources
Hal ini adalah kerana:
- Mengikut kepada supply and demand
- Setiap keperluan bayi adalah berbeza
- Setiap bayi memiliki saiz dan berat berlainan, hidup dalam persekitaran berlainan. Sakit pun tak sama. Maka semestinya permintaan juga berlainan
Jika dibandingkan keperluan bayi lelaki berdasarkan pertumbuhan dan RNI 2017, memang mereka memerlukan lebih. Tapi jika ambil kira komposisi tidak semestinya perlu perah lebih banyak untuk memenuhi keperluan.
Perkara yang paling penting adalah ibu-ibu usahlah rasa tertekan ketika dalam perjalanan penyusuan badan.
Jika tak pasti atau perlukan bantuan, jangan segan untuk bertanya kepada jururawat yang menjaga kerana setiap klinik kesihatan ada kumpulan khusus membantu mengajar penyusuan ibu yang betul.
Penyusuan badan penting bagi perkembangan bayi
Susu ibu lebih mudah dicerna berbanding susu formula. Ia diserap melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat dan keadaan ini menyebabkan si manja anda kerap berasa lapar.
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu badan sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Hal ini dapat merangsang penghasilan susu badan yang lebih banyak bagi memenuhi keperluan si manja.
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya adalah baik bagi mengelakkan masalah bengkak payudara. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar isyarakat kepada otak supaya menghasilkan susu lebih banyak.
credit to sources
Jika berat bayi meningkat secara normal, ibu akan mendapati bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari, bayi sihat dan ceria. Ia adalah salah satu tanda si manja menyusu secukupnya.
Tidak dinafikan ketika berada di awal kelahiran, ramai ibu mengakui berasa letih dalam mengurus bayi baru lahir disebabkan oleh keadaan fizikal dan berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu.
Justeru, cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika sewaktu bayi tidur. Jangan terlalu memaksa diri, ibu perlukan rehat yang cukup untuk kekal sihat ketika menyusu si manja.
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Sendawakan Bayi Yang Betul Dapat Elak Masalah Kembung Perut & Muntah Susu
Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No#5 Wajib Para Ibu Cuba!
Baca juga: Risaunya Bayi Enggan Menyusu, Ini Sebab & Cara Mengatasi Perubahan Rasa Susu Ibu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!