Penyusuan badan amat penting untuk menyokong perkembangan si manja. Memandangkan virus Covid-19 masih ada sehingga kini, mesti anda tertanya-tanya adakah ibu positif covid boleh menyusukan bayi?
Sebaik sahaja melihat dua garisan pada ujian pengesanan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag), ramai ibu bimbang virus berkenaan boleh menjangkiti si manja sehingga mengambil menghentikan penyusuan badan buat sementara waktu.
Adakah ibu positif covid boleh menyusukan bayi?
Walaupun anda sakit, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah keperluan anak.
Baca pengalaman ibu menyusu positif covid dan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi bayinya daripada virus ini.
Saya April Anne Silla, seorang ibu dan bekerja ahli farmasi hospital. Ini adalah tentang pengalaman yang tidak akan kami lupakan dan berharap tidak akan pernah alami lagi.
Saya dan suami disahkan pesakit Covid. Sungguh menyedihkan apabila kami terpaksa mengasingkan diri daripada anak perempuan yang berumur satu tahun, tetapi ia adalah untuk kebaikannya sendiri, terutamanya kerana dia belum diberi vaksin lagi.
Pada 3 Januari yang lalu, suami bangun dari tidur dan dia mengalami simptom selesema. Itu adalah luar biasa baginya, jadi kami memutuskan untuk melakukan ujian antigen Covid, dan yang mengejutkan kami, ia ternyata positif.
Bayi dan saya turut melakukannya dan kami bersyukur resultnya negatif. Sekurang-kurangnya, itulah yang saya harapkan.
Namun saya terpaksa mengulangi ujian antigen dengan pembantu rumah kami, yang juga pesakit Covid pada hari tersebut. Terdapat banyak tekanan memandangkan hanya saya seorang sahaja negatif Covid, jadi saya kena jaga anak perempuan kami.
Selepas 48 jam, suami saya akhirnya disahkan positif. Tetapi sebelum keputusan kami menjadi rasmi, saya sudah memberitahu mereka untuk mengasingkan diri di rumah. Manakala bayi dan saya akan balik ke rumah ibu bapa saya.
Pada mulanya, saya tidak begitu risau kerana suami dan pembantu kami telah pun mendapat vaksin Covid.
Walau bagaimanapun, memikirkan tentang pendedahan bayi kepada pesakit covid sememangnya membimbangkan saya, jadi saya perlu memerhatikannya selama 3 hingga 5 hari lagi.
Saya berpesan kepada mereka untuk sentiasa berhati-hati, jadi kami sepakat memakai topeng muka walaupun di dalam rumah.
Kisah ibu menyusu ada simptom covid tapi negatif
Hari berlalu, tetapi anak perempuan saya tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun pada 5 Januari, iaitu tiga hari selepas hubungan rapat terakhir kami dengan suami, saya telah mengalami selesema dan gatal tekak di tengah malam.
Saya mengulangi ujian antigen kerana ada simptom covid tapi negatif. Jadi saya fikir saya hanya paranoid dan memutuskan untuk terus tidur di sebelah bayi dan kakak.
Beberapa jam berlalu tetapi apabila saya bangun, saya masih berasa sakit. Saya masih mengalami selesema dan gatal tekak, dan saya juga mula berasa sedikit panas.
Jadi saya meminta adik untuk memeriksa suhu, ia adalah 37.9 darjah Celsius yang bersamaan dengan demam.
Saya tahu bahawa ia tidak normal. Walaupun saya sudah letih dengan ujian, saya masih mencubanya untuk kali terakhir dan malangnya, kali ini hasilnya ternyata positif.
Dengan tergesa-gesa saya mengemas barang. Dengan berat hati, saya meninggalkan anak perempuan dalam jagaan ibu bapa dan kakak saya dan pulang ke rumah untuk mengasingkan diri.
Saya banyak menangis apabila pulang ke rumah kerana kecewa pada awalnya ada simptom covid tapi negatif. Kami berdua juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Matlamat menyusukan bayi untuk melindunginya daripada Covid
Perkara seterusnya yang saya lakukan ialah menghubungi pakar pediatrik untuk memberitahunya tentang kejadian itu dan adakah ibu positif Covid boleh menyusukan bayi.
Saya bertanya tentang langkah seterusnya untuk bayi kami, dan dia memberitahu saya perlu memerhatikannya untuk beberapa hari lagi.
Saya pernah membaca artikel ibu-ibu sebelum yang mereka mendapat vaksin akan menghantar antibodi kepada bayi melalui susu ibu, jadi saya tidak pernah berhenti mengepam dan melengkapkan vaksin untuk ibu menyusu, termasuklah dos penggalak awal tahun ini.
Saya menyusu bayi secara berterusan kerana anak telah berhenti melekat pada saya, tetapi sebagai ibu, saya masih mahu memberikannya antibodi yang diperlukannya.
Saya juga bertanyakan kepada pakar sama ada jika ibu menyusu masih boleh mengepam susu dan memberikannya ketika saya sakit.
Dia mengatakan saya boleh berbuat demikian.
Pengalaman ibu menyusu positif covid agar susu badan tidak drop
Semasa tempoh pengasingan, memikirkan bayi kami sahaja sudah meletihkan. Saya mengepam susu secara eksklusif selama beberapa bulan, dan sebagai ibu saya sentiasa risau bekalan susu wanita tidak mencukupi.
Saya pernah mengepam susu wanita sekitar 100 hingga 150 mL sehari, cukup untuk memberikan sedikit perlindungan memandangkan dia masih belum divaksinasi. Tetapi ujian kesihatan memberikan tekanan pada saya sehingga menyebabkan ibu menyusu positif covid ini hanya dapat menghasilkan 50 mL sehari.
Pengalaman ibu menyusu positif covid untuk beberapa hari pertama benar-benar teruk. Saya menangis sepanjang hari. Namun memikirkan tentang keperluan bayi, saya tetap terus mengepam susu badan dan berusaha melakukan lebih baik.
Sebagai ibu covid menyusu anak, saya membeli keperluan secara atas talian; Saya mengambil ubat yang ditetapkan sambil memeriksa sama ada ia selamat diambil semasa menyusui.
Saya juga makan vitamin dan suplemen, minum teh lemon-halia untuk hilangkan sakit tekak. Jadual mengepam susu setiap 2 jam sekali. Akhirnya susu badan menjadi semakin bertambah.
Saya juga membeli oksimeter untuk memantau nadi anak serta ubat-ubatan yang diperlukannya melalui atas talian; jika ada simptom covid pada bayi yang akan muncul kemudiannya.
Hari demi hari berlalu, membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk pulih supaya saya dapat bertemu semula dengan anak lebih awal.
Sebagai pekerja penjagaan kesihatan di hospital dan ibu covid menyusu anak, saya mengasingkan diri selama 8 hari sahaja (saya melanjutkan 3 hari lagi kerana simptom lewat).
Pada hari ke-11, kami memutuskan untuk menguji sekali lagi dan melihat sama ada kami sudah negatif, dan mujurlah ia negatif!
Untuk lebih selamat, kami menggunakan perkhidmatan pembersihan dan pembasmi kuman yang teliti untuk seluruh rumah sebelum mengambil anak pulang bersama kami semula.
Kami agak sedih kerana anak hampir tidak mengenali ayahnya sendiri ketika malam pertama dia pulang ke rumah. Tetapi akhirnya dia mengenalinya beberapa hari selepas itu.
Pengajaran: jangan pernah berputus asa ketika diuji
Ia benar-benar pengalaman yang meletihkan tetapi ia menguatkan iman kami kepada Tuhan dan menjadikan hubungan lebih kukuh sebagai sebuah keluarga.
Saya dan suami dijangkiti tetapi bersyukur dengan kepekaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih awal. Anak terhindar daripada sebarang simptom covid pada bayi dan kekal sihat walaupun menjadi kontak rapat.
Justeru bagi ibu ayah lain, jangan risau kerana ibu positif covid boleh menyusukan bayi seperti biasa. Semoga pengalaman ini menjadi pengajaran untuk diingati.
Pakai topeng pelitup muka anda, basuh tangan dengan kerap, asingkan serta-merta apabila ada simptom Covid. Dapatkan nasihat profesional perubatan tentang gejala anda, dan sentiasa bersedia untuk masa seperti ini kerana anda tidak tahu bila akan mengalaminya.
Lindungi diri anda supaya anda juga dapat melindungi orang tersayang.
Bolehkah ibu positif covid tidur dengan bayi
Anak yang masih kecil semestinya amat memerlukan kehadiran dan pelukan ibu, terutamanya pada waktu malam.
Persoalan bolehkah ibu positif covid tidur dengan bayi pastinya akan hadir dalam fikiran. Mendengar rengekan si manja sahaja pun sudah cukup merobek hati seorang ibu.
Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah memberi jawapan kepada soalan bolehkah ibu positif covid tidur dengan bayi.
Sentuhan kulit ke kulit dan penyusuan susu ibu yang awal dan ekslusif membantu perkembangan bayi. Dalam hal ini, ibu menyusu boleh tidur dan meneruskan penyusuan badan seperti biasa sekiranya mahu.
Namun ada beberapa langkah penjagaan yang perlu dilakukan ketika ibu menyusu badan iaitu:
- Sentiasa pakai pelitup muka
- Basuh tangan sebelum dan selepas memegang bayi
- Pastikan permukaan bersih dan sentiasa disanitasi
Cara covid berjangkit
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kemas kini di laman webnya menyatakan cara covid berjangkit dan merebak adalah melalui udara.
Risiko lebih tinggi jika seseorang berada dalam ruang sempit tanpa pengaliran udara yang baik atau keadaan di mana ramai orang berkumpul bagi tempoh masa lama.
Sebabnya ialah “titisan jangkitan mampu berada di udara atau boleh bergerak lebih jauh daripada 1 meter”, kata WHO.
Berinteraksi secara bersemuka pada jarak yang dekat dan pendedahan dengan seseorang yang mengalami simptom batuk, bersin atau selesema dalam tempoh masa lama dapat meningkatkan lagi risiko jangkitan covid.
Tempoh virus covid dalam badan
Tempoh virus covid dalam badan seseorang dan timbulnya tanda-tanda adalah dinamakan sebagai “tempoh inkubasi.”
Tempoh inkubasi virus ini secara lazimnya adalah antara 2 hingga 14 hari; walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kes memerlukan masa yang lebih lama.
Berapa lama pesakit covid boleh sembuh
Kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kebanyakan bekas pesakit covid kategori 4 dan 5 masih mengalami simptom seperti batuk dan sukar bernafas walaupun selepas beberapa minggu disahkan sembuh.
Menurut Pakar Perunding Ortopedik, Medical MythBusters Malaysia, Dr Mahyuddin Mohamed berkata, simptom tersebut masih berlaku meskipun selepas 12 minggu sembuh daripada jangkitan COVID-19.
“Kita jangan sangka pesakit virus ini boleh sembuh sepenuhnya, ada yang tidak sembuh. Justeru adalah lebih baik kita elak daripada jangkitan Covid ini,” katanya.
Dalam hal ini, berapa lama pesakit covid boleh sembuh sebenarnya bergantung kepada ketahanan tubuh dan simptom yang dialami mereka.
Vaksin untuk ibu menyusu
Laporan terkini menunjukkan wanita menyusu bayi yang telah menerima vaksin Covid-19 mempunyai antibodi dalam susu mereka bagi membantu melindungi bayi yang disusukan.
Justeru bukti semasa menunjukkan vaksin untuk ibu menyusu adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko, terutamanya vaksin jenis mRNA dan AstraZeneca.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Terima Suntikan Vaksin Ketika Hamil, Wanita Lahirkan Bayi Dengan Antibodi Covid-19
Baca juga: Ibu Mengandung Perlu Segera Dapatkan Vaksin Covid-19, Anda Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti
Baca juga: Ibu Menyusu Kena Selalu Happy & Positif, Ia Milk Booster SEBENAR & Terbukti Berkesan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!