TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis

3 min bacaan
Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis

Keluar malam ketika mengandung, tular bayi dilahirkan sering menangis dari maghrib hingga subuh. Adakah ia pantang larang mitos orang tua?

Sewaktu sedang hamil, ibu ini sering keluar malam ketika maghrib dan akibatnya, anak dilahirkan suka menangis dari maghrib hingga ke subuh.

Bukan itu sahaja, keadaan bayi itu lain daripada yang lain dengan ubun-ubunnya cekung ke dalam. Itu kisah yang tular diceritakan menerusi artikel pada laman indozone dipetik daripada video TikTok.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Akibat sering keluar malam, bayi alami masalah
  • Menangis dari maghrib hingga subuh, ubun-ubun cekung
  • Penceritaan timbul keraguan

Akibat sering keluar malam, bayi alami masalah

keluar malam

Berdasarkan artikel tersebut yang memetik video di TikTok, seorang wanita menceritakan pengalaman dialami oleh ibunya ketika mengandung. Dikatakan ibu wanita itu sering keluar malam pada waktu maghrib ke sebuah tempat (lapangan) berada di sebelah rumahnya.

Perbuatan ibu hamil itu telah dilarang oleh neneknya namun, ia wanita itu tidak mengendahkan larangan tersebut kerana tidak mempercayai mitos itu.

Dalam artikel itu juga diceritakan, ketika usia kandungannya memasuki lapan bulan, wanita itu bertemu dengan doktor untuk memeriksa keadaan bayi di dalam rahim. Mengejutkan apabila doktor memberitahu bayi itu sudah meninggal dunia di dalam perut berikutan tiada bunyi degupan jantung sekali gus wanita itu perlu menjalani pembedahan.

Menangis dari maghrib hingga subuh, ubun-ubun cekung

keluar malam

Susulan itu, wanita hamil itu enggan menjalani pembedahan dan akhirnya meminta bantuan berubat kampung iaitu dengan cara disembur menggunakan daun sirih daripada mulut orang yang mengubatinya. Keesokan harinya, ibu itu berasa sakit perut dan melahirkan bayi  secara normal.

Artikel itu menceritakan keadaan bayi yang dilahirkan memiliki bentuk luar biasa. Ubun-ubun bayi itu dalam keadaan cekung kedalam malah, dia juga selalu menangis dari maghrib hingga subuh selama dua tahun.

Orang yang mengubatinya secara kampung memberitahu, bayi itu terkena pelesit dan hantu air kerana mereka tinggal di sekitar Sungai Siak (sebuah sungai terletak di Indonesia). Selain itu, jiran kepada wanita itu juga disyaki memelihara pelesit.

Bagi menghilangkan gangguan terhadap bayi itu, wanita itu menceritakan, ibunya kemudian menemui serangga seperti cengkerik tetapi kepalanya kelihatan semacam tengkorak. Kemudian ibunya memotong kepala serangga itu dan sejak itu, tiada gangguan terhadap bayinya.

Penceritaan timbul keraguan

keluar malam

Bagaimanapun, timbul persoalan dan keraguan sama ada kisah yang tular itu benar-benar terjadi atau sekadar rekaan dikongsi untuk hiburan cerita seram kepada pembaca di media sosial.

Dalam kisah tersebut, pada awalnya dikatakan doktor yang merawat ibu itu memaklumkan bayinya sudah meninggal dunia di dalam perut serta tiada degupan jantung. Namun dikatakan pula ibu bayi itu enggan menjalani pembedahan serta berubat secara kampung dan boleh melahirkan bayi itu secara normal.

Malah, diceritakan bayi itu selalu menangis dari maghrib hingga ke subuh. Bagaimana pula bayi yang disahkan sudah meninggal dunia di dalam perut boleh pula hidup bernyawa? Selain itu, pautan video ke akaun  TikTok pada artikel tersebut tidak boleh dilihat dan carian pada media sosial itu juga tidak menemui hantaran video itu.

Apa pun sebagai umat Islam, kita mempercayai qada dan qadar iaitu ketetapan daripada Allah SWT dan menjauhkan diri kita daripada melakukan perbuatan syirik yang boleh menyekutukan Allah SWT.

indozone.id

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bintik Putih Pada Ikan Boleh Membawa Kesakitan Pada Ibu Hamil, Jaga-Jaga Bila Nak Makan!

Baca juga: 5 Kaedah Utama Melegakan Rasa Sakit Nak Bersalin Yang Ibu Hamil Boleh Cuba

Baca juga: Bukan Kacang Penyebab Angin! Doktor Ini Kongsi Petua Saintifik Kurangkan Angin Dalam Badan, Ibu Hamil Boleh Cuba

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham