TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 Kaedah Utama Melegakan Rasa Sakit Nak Bersalin Yang Ibu Hamil Boleh Cuba

4 min bacaan
5 Kaedah Utama Melegakan Rasa Sakit Nak Bersalin Yang Ibu Hamil Boleh Cuba

Pasti ada ibu hamil yang gementar untuk hadapi saat bersalin. Mungkin ada yang tak boleh bayang pun rasa sakit nak bersalin itu bagaimana.

Setiap wanita hamil yang akan melahirkan pasti rasa teruja untuk melihat bayi yang dikandung selama 9 bulan. Namun rasa gementar untuk menghadapi rasa sakit nak bersalin pasti ada.

Membaca pelbagai pengalaman ibu yang sudah bersalin di luar sana kadang kala menimbulkan rasa gerun di hati untuk melalui saat bersalin.

Apatah lagi jika kali pertama hamil dan kali pertama bersalin. Pasti rasa gementar itu lebih lagi. Masakan tidak, mereka yang pernah melaluinya berkali-kali pun tetap rasa gementar ketika tiba masa untuk bersalin.

Rasa sakit nak bersalin boleh dilegakan dengan 5 kaedah ini

Rasa sakit nak bersalin

Kali ini kami kongsikan beberapa kaedah yang diguna pakai untuk melegakan rasa sakit nak bersalin yang mungkin ibu hamil boleh praktikkan nanti.

Menurut mereka yang berpengalaman bersalin lebih dari sekali, setiap kehamilan dan setiap proses bersalin bagi setiap anak adalah berlainan.

Ia tidak sama dan tidak akan pernah sama kerana setiap proses itu berbeza. Ada yang jika anak pertama mudah, anak kedua dan ketiga pula ada cabarannya yang tersendiri.

Legakan rasa sakit nak bersalin dengan kaedah ini

Rasa sakit nak bersalin

Menurut perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Krishna Humar, pengurusan sakit bersalin yang berkesan adalah penting kerana kesakitan yang melampau juga akan menyukarkan proses kelahiran. 

Ada beberapa kaedah melegakan sakit bersalin yang ibu hamil di luar sana boleh cuba.

#1. Kaedah tanpa perubatan

  • Keadaan kecergasan fizikal yang optimum – Melahirkan anak amat meletihkan, maka tahap kecergasan fizikal yang baik sangat membantu. Teruskan rutin senaman ringan secara kerap sepanjang tempoh mengandung dan elakkan senaman berat. Senaman paling mudah adalah berjalan di waktu pagi atau petang. Senaman rendah impak lain juga sesuai, adalah yoga pranatal, pilates.
  • Postur yang betul – Ini boleh mengurangkan keletihan dan sakit di bahagian belakang dan leher. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mendapatkan postur yang baik, tanya pakar ginekologi tentang postur berdiri dan duduk yang betul. Semasa bersandar, gunakan bantal kecil untuk menyokong badan dan kaki anda apabila perlu.
  • Bola senaman – Bola besar berisi angin yang juga dipanggil bola fisioterapi/bola stabil ini biasa digunakan sebagai alat senaman. Ia juga boleh digunakan semasa mengandung sehinggalah bersalin agar anda lebih selesa. Contohnya, anda boleh duduk di atasnya, kemudian menggoyangkan badan sambil tunduk ke depan di atas katil dengan bantuan pasangan anda. Seperti alat senaman lain, anda perlu berhati-hati semasa menggunakannya.
  • Rangsangan saraf elektrik transkutan (TENS) – Terapi ini menggunakan arus elektrik rendah untuk merangsang saraf dan otot. Penggunaannya semasa mengandung perlu dikendalikan oleh pakar kerana ia boleh mencetuskan kelahiran jika elektrod diletakkan pada titik akupunktur yang salah dan menyebabkan kontraksi. Ia boleh digunakan dengan atau tanpa kaedah mengurangkan kesakitan yang lain.
  • Urutan – Urutan ini berguna dalam mempercepatkan proses pemulihan dan melegakan fizikal, mental dan emosi, terutamanya jika anda mengalami proses bersalin yang sukar.

#2. Kaedah perubatan

Rasa sakit nak bersalin

  • Sedutan gas – Campuran gas nitrus oksida dan oksigen disedut apabila kontraksi bermula. Ia tidak menghilangkan rasa sakit, tapi ia membantu mengurangkan kesakitan kontraksi. Ia juga tidak mengganggu kontraksi dan tidak kekal dalam tubuh ibu atau bayi selepas kelahiran. Ini paling biasa dilihat. Ibu juga mungkin akan sedikit khayal bila menyedut gas ini. 
  • Petidina ialah pilihan yang popular kerana ia selamat untuk ibu dan bayi. Ia boleh disuntik pada otot besar seperti punggung atau secara intravena. Namun, sebilangan wanita melaporkan rasa mual, disorientasi, sesak nafas, serta masih rasa sakit.
  • Satu pilihan berkesan yang disuntik terus ke saraf tunjang iaitu epidural. Prosedurnya boleh menyakitkan, tapi apabila ia menunjukkan kesan, si ibu akan rasa kebas di bahagian bawah pinggang. Antara kesan sampingannya ialah rasa mual dan lemah, mungkin sukar melahirkan melalui vagina (kerana kekebasan), serta sakit/pedih di tempat suntikan.

Dr Krishna Humar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lebih 8 Jam Tahan Contraction, Neelofa Kongsi Pengalaman Bersalin Muhammmad Bilal

Baca juga: Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin?

Baca juga: Ada 6 Pantang Ibu Bersalin Wajib Ikut Menurut Pakar, Kalau Tak Buat Memang Boleh Mudarat

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • 5 Kaedah Utama Melegakan Rasa Sakit Nak Bersalin Yang Ibu Hamil Boleh Cuba
Kongsikan:
  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham