X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bolehkah Ibu Mengandung Pakai Pendakap Gigi/ Braces Gigi? Pertimbangkan 5 Perkara Ini Dahulu!

7 min bacaan
Bolehkah Ibu Mengandung Pakai Pendakap Gigi/ Braces Gigi? Pertimbangkan 5 Perkara Ini Dahulu!

Ibu hamil boleh pakai braces gigi, namun perlu diberi perhatian terhadap ubat-ubatan yang digunakan perlu selamat untuk mereka.

Pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai braces gigi adalah suatu alat perubatan yang mempunyai wayar dan pendakap yang diletakkan pada bahagian gigi untuk satu tempoh.

Ia bertujuan untuk menggerakkan gigi secara perlahan yang mana sebab utama biasanya untuk mencantikkan susunan gigi si pemakai. 

▲▼Isi Kandungan

  • Ibu hamil pakai braces gigi
  • Tips sebelum pakai pendakap gigi 
  • Jenis makanan yang perlu dielakkan bila pakai pendakap
  • Kesan pemakaian pendakap gigi

Ibu hamil pakai braces gigi

Braces gigi digunakan bagi tujuan membetulkan kedudukan susunan gigi dan juga memperbaiki penampilan rupa paras atau wajah seseorang.

Antara jenis gigi yang boleh pakai braces adalah keadaan gigi yang tidak tersusun, gigi jonggang dan juga gigi jarang.

Keadaan gigi seperti ini secara tidak langsung akan membuatkan seseorang itu merasa rendah diri dan boleh mempengaruhi kehidupan sosial mereka. Termasuklah bagi mereka yang sedang hamil. Namun, adakah dibolehkan seorang wanita hamil untuk memakai braces gigi ini?

pendakap gigi

Walaupun hamil, seorang wanita masih lagi mempunyai keinginan untuk tampil cantik dan berkeyakinan.

Bagi wanita hamil yang mempunyai masalah seperti disebutkan di atas, sudah pastinya anda ingin menggunakan pendakap gigi bagi membetulkan keadaan gigi agar kelihatan lebih elok dan sempurna.

Buat anda yang masih tertanya-tanya mengenai keselamatan memakai pendakap gigi ini sama ada ia selamat atau pun tidak, jawapannya adalah ia selamat untuk dipakai semasa hamil.

Suatu yang melegakan bagi wanita hamil di luar sana kerana pemakaian pendakap gigi ini tidak memberi kesan kepada ibu dan anak yang dikandung.

Namun, wanita hamil masih perlu mematuhi beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk memastikan keselamatan ibu dan anak terjamin.

Tips sebelum pakai pendakap gigi 

pakai braces

Perlu sentiasa diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu hamil yang merancang untuk memakai pendakap gigi semasa tempoh kehamilan mereka.

Ini bagi menjamin keselamatan ibu dan anak yang dikandung agar berada dalam keadaan selamat. 

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan iaitu:

  • Beritahu doktor yang merawat bahawa anda sedang hamil. Oleh itu, doktor akan mengambil kira keadaan anda sebelum memberikan ubat kepada anda. Ubat yang diberikan mestilah selamat untuk anda dan bayi dalam kandungan.
  • Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan kepada kandungan anda dan pergerakan gigi. Pastikan anda memberitahu doktor tentang keadaan diri anda.
  • Pergerakan gigi mungkin akan terkesan akibat daripada perubahan hormon semasa mengandung.
  • Periodontitis (penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar gigi dan tulang penyokong gigi) dan Gingivitis (penyakit gusi pada peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gingiva atau gusi sahaja) adalah antara masalah gusi yang boleh terjadi semasa mengandung.
  • Jumpa doktor gigi anda dan dapatkan rawatan atau pemeriksaan berkala bagi memastikan keadaan gigi dan gusi anda dalam keadaan yang sihat.

Jenis makanan yang perlu dielakkan bila pakai pendakap

cuci pendakap

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan selepas memakai pendakap gigi. Antaranya adalah

#1. Ais 

Suhu sejuk daripada  ais akan mempunyai tindak balas sensitiviti yang tinggi terhadap gigi dan gusi di mana ia adalah tidak baik semasa memakai pendakap gigi.

Semasa memakainya, gigi dan gusi dalam keadaan yang rapuh dan sensitif. Selain itu, kekerasan  ais boleh menyebabkan kecederaan apabila kita menggigit.

#2. Kekacang

Kekacang keras memerlukan seseorang itu mengunyah dengan kuat dan ini boleh menyebabkan pendakap gigi rosak dan turut mendatangkan kecederaan.

#3. Makanan sukar dikunyah (gula-gula, biskut)

Makanan yang keras dan sukar dikunyah akan menyebabkan kerosakan pada pendakap gigi.

Manakala makanan yang manis seperti gula-gula pula akan menyebabkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria yang boleh membawa kepada kaviti, perubahan warna gigi serta nafas berbau.

#4. Popcorn

Popcorn adalah makanan yang manis dan melekit. Gula pada popcorn boleh melekat pada celahan pendakap gigi dan susah untuk dicuci.

Apabila tidak dicuci bersih menggunakan berus gigi braces dengan betul, ia akan melekat untuk tempoh yang lama dan akhirnya akan membawa kepada kerosakan gigi.

#5. Daging yang keras

Mengunyah daging yang keras memerlukan kunyahan yang lebih kuat dan ini boleh melonggarkan wayar yang menyambungkan antara gigi dan juga pendakap gigi.

#6. Kerepek rangup

Kerepek rangup juga termasuk dalam kategori makanan yang memerlukan kunyahan yang lebih dan sisa dari makanan ini boleh menyebabkan ia tersumbat pada pendakap gigi. Ini boleh membawa kepada kerosakan gigi.

Semasa hamil, badan wanita lebih cenderung kepada banyak perubahan disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan mereka. Ini termasuklah perubahan pergerakan pada bahagian gigi.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Dalam sesetengah kes, terdapat wanita yang mengalami kelonggaran gigi semasa hamil disebabkan hormon kehamilan mereka. Jadi, pemakaian pendakap gigi bagi kes sebegini semasa hamil sangatlah baik.

Kesan pemakaian pendakap gigi

Terdapat beberapa kesan pemakaian pendakap gigi semasa hamil, antaranya ialah: 

#1. Kecenderungan untuk mendapat masalah gusi

Apabila memakai pendakap gigi semasa hamil sudah semestinya antara masalah yang selalu terjadi adalah masalah berkaitan gusi. Ibu hamil mudah mendapat gingivitis kerana kesukaran untuk melakukan rutin penjagaan mulut yang lengkap.

Ini berlaku kerana, terdapat halangan ketika flos dan kesukaran untuk mencapai permukaan gigi semasa memberus gigi menggunakan berus pendakap gigi.

#2. Halangan dari segi pemakanan

Seperti diketahui ramai, ibu hamil mempunyai banyak sekatan daripada segi pemakanan. Tidak semua makanan yang dimakan sebelum hamil boleh dimakan.

Pemakaian pendakap gigi mengurangkan lagi pilihan makanan yang boleh dimakan semasa hamil. Larangan kepada si pemakai ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mengelakkan makanan yang keras, bergula dan melekit itu menyebabkan kerosakan gigi dan juga pada pendakap gigi.

#3. Rasa tidak selesa

Rasa sensitif pada gigi dan gusi semasa hamil amat berkait rapat. Gigi akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan suhu badan semasa hamil.

Manakala, pemakaian pendakap gigi semasa kehamilan menambahkan lagi rasa tidak selesa tersebut. 

Bukan itu sahaja, malahan ibu hamil juga tidak boleh menggunakan banyak ubat-ubatan untuk menghilangkan rasa tidak selesa tersebut dan ia sangat sukar untuk ditangani.

#4. Komitmen masa

Rawatan ortodontik untuk pemakaian pendakap gigi memerlukan anda untuk memberi komitmen daripada  segi masa.

Si pemakai perlu berjumpa dengan doktor pada setiap 6 ke 10 minggu dan perlu melakukan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Selain itu, anda juga mempunyai temu janji yang banyak dengan doktor gigi anda. Ibu hamil perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk temu janji kehamilan dan juga pergigian.

Memburukkan lagi keadaan jika anda seorang ibu yang bekerjaya yang mana perlu membahagikan masa dengan kerja anda juga.

Kesimpulannya, tiada salah bagi seorang wanita hamil untuk tampil cantik di saat kehamilan. Namun, terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian.

Pertimbangkan segala kemungkinan yang boleh berlaku sebelum melakukan sesuatu prosedur seperti pemakaian pendakap gigi semasa tempoh kehamilan anda.

Ambil tahu juga berkenaan dengan harga braces dan juga harga pasang braces. Ini kerana, mungkin perkara sebegini juga akan mempengaruhi keputusan anda berkenaan dengan pemakaian pendakap gigi ini.

Anda sebagai ibu hamil perlulah tahu apa yang terbaik buat anda dan juga bayi di dalam kandungan. Anda lebih mengenali diri anda sendiri lebih daripada orang lain termasuklah doktor anda. Dapatkan pandangan dari semua pihak yang berkaitan sebelum membuat sesuatu keputusan.

Semoga bermanfaat!

  1. Firstcry.com (2018, Oktober 1) Can You Wear Braces During Pregnancy? parenting.firstcry.com/articles/can-you-wear-braces-during-pregnancy/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jaga-Jaga Ya! Kebaikan Sauna Memang Banyak,Tapi Ia Boleh Sebabkan Kecacatan Otak Janin

Baca juga : Suplemen Zat Besi Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dengan Masalah Anemia

Baca juga : Rawatan Kuku Antara 11 Idea Terbaik Untuk Ibu Hamil Manjakan Diri, Cubalah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bolehkah Ibu Mengandung Pakai Pendakap Gigi/ Braces Gigi? Pertimbangkan 5 Perkara Ini Dahulu!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham