X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini sebab kenapa anda perlu susukan bayi anda mengikut permintaan!

3 min bacaan
Ini sebab kenapa anda perlu susukan bayi anda mengikut permintaan!

Kekerapan bayi menyusu sering buat anda terfikir tentang bayi ini sebenarnya lapar lagi ke lepas menyusu. Ketahui berapa kerap mereka perlu menyusu.

Bayi anda yang baru lahir ini asyik minta susu saja! Sekejap-sekejap, asyik nak menyusu. Adakah dia sebenarnya tak puas minum susu dan masih kelaparan? Apa tanda bayi masih lapar walaupun lepas menyusu?

Kekerapan bayi menyusu badan ini pasti buat anda terfikir tentang besar mana atau kecil mana perut bayi sebenarnya.

Jadi jom kita semak, apakah kekerapan bayi menyusu badan sepatutnya membuatkan anda risau atau tidak.

Kekerapan bayi menyusu: Ini kenapa saiz perut bayi tak penting

Ini merupakan peringkat saiz perut bayi baru lahir anda.

kekerapan bayi menyusu, saiz perut bayi, sukatan susu, berapa banyak bayi minum susu, tanda bayi lapar, tanda bayi kenyang

Selepas melihat jadual ini, anda mungkin tertanya-tanya: Jika perut bayi kecil, kenapa mereka sering lapar dan kerap menyusu?

Menyusu bukan sekadar makanan untuk bayi. Ia juga sebahagian daripada rasa sayang dan untuk menenangkan mereka.

Tapi betul ke semua bayi baru lahir mempunyai perut sebesar buah ceri? Atau semua bayi umur satu bulan mempunyai perut sebesar telur?

Sains katakan tidak.

Kekerapan bayi menyusu: Ini saiz perut bayi menurut sains

kekerapan bayi menyusu, saiz perut bayi, sukatan susu, berapa banyak bayi minum susu, tanda bayi lapar, tanda bayi kenyang

Ramai pakar dalam bidang kelahiran bayi sering menyamakan perut bayi baru lahir dengan guli. Ia mungkin tak tepat. Satu guli hanya boleh menampung 5 – 7 mililiter cecair.

Kajian menunjukkan, secara purata, saiz perut bayi baru lahir adalah sebesar bola ping pong dan boleh mengandungi lebih kurang 20 mililiter cecair.

Sebenarnya, tiada jawapan yang tepat tentang besar mana perut bayi anda. Setiap bayi lahir dengan saiz perut yang berbeza – ada yang kecil, ada yang besar.

Bukan saja saiz perut yang menentukan selera dan kekerapan bayi menyusu.

Tapi, lekapan bayi, fleksilibiti perut mereka dan berapa lama masa yang mereka ambil untuk hadam makanan juga beri kesan kepada selera mereka juga.

Kekerapan bayi menyusu: Apa cara terbaik untuk susukan bayi? 

Menyusu bayi mengikut jadual mungkin bukan satu cara yang bijak kerana kita tak tahu berapa besar perut bayi kita sebenarnya.

Ada kemungkinan untuk bayi kenyang dalam masa beberapa jam dan ada juga yang memerlukan susu dengan lebih kerap.

Cara paling ideal untuk memastikan mereka tak lapar adalah dengan melihat tanda bayi lapar dan menyusu mengikut permintaan, walaupun ini bermakna anda perlu menyusukan bayi anda beberapa kali dalam masa satu jam.

Kekerapan bayi menyusu: Bagaimana cara untuk tahu bayi lapar? 

kekerapan bayi menyusu, saiz perut bayi, sukatan susu, berapa banyak bayi minum susu, tanda bayi lapar, tanda bayi kenyang

Ada banyak cara yang anda boleh tahu yang bayi anda sedang lapar susu, antaranya seperti:

  • menunjukkan refleks seperti membuka mulut dan mencari payudara anda atau mula menghisap apa-apa yang mereka jumpa
  • menangis atau fussy
  • menggerakkan kepala kiri ke kanan
  • membuka mulut
  • mengeluarkan lidah
  • meletakkan tangan ke dalam mulut
  • menggerakkan mulurt seperti sedang menghisap sesuatu

Jangan:

  • …tunggu sehingga bayi betul-betul lapar dan menjerit sebelum anda menyusukan mereka. Mereka akan jadi gelisah untuk menyusu dengan betul. Menangis juga akan penatkan mereka. Mereka mungkin akan terus tertidur sejurus selepas hisap payudara anda.
  • …risau jika bayi anda tak menyusu setiap dua ke tiga jam. Asalkan anda perhatikan tanda bayi anda lapar.
  • …risau jika bayi anda lapar atau ragu-ragu jika anda tak mengeluarkan susu yang cukup. Menyusu dengan kerap akan banyakkan susu badan. Jika anda bimbang, perhatikan dua perkara: lampin dan berat badan. Jika bayi anda naik berat dan basahkan 5-6 lampin sehari, mereka baik-baik saja.
  • …terlebih susukan bayi anda. Ada beberapa tanda yang jelas termasuk, hisapan yang perlahan atau berpaling dari payudara. Berhenti jika lihat tanda ini dan jangan paksa bayi anda untuk minum.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulisan asal Kevin Wijaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenyusukan-anak

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ini sebab kenapa anda perlu susukan bayi anda mengikut permintaan!
Kongsikan:
  • Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

    Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

  • Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

    Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.