X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

5 min bacaan
Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!

Sariawan merupakan jangkitan kulat mulut paling biasa terjadi pada bayi. Walaupun tidak bahaya, ia boleh membuatkan rasa tidak selesa

Adakah bayi anda lebih rewel semasa penyusuan? Apabila mulut merah jambu kecil itu terbuka luas untuk memberi satu lagi jeritan, adakah anda perasan tompokan putih iaitu sariawan yang tidak ada semalam?

Tarik nafas dalam-dalam. Itulah tujuan bayi menangis untuk mengatakan keadaannya. Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis yis yang dipanggil Candida albicans, dan lebih dikenali sebagai sariawan di lidah atau dalam mulut.

Isi Kandungan

  • Apakah itu sariawan?
  • Penyebab seriawan pada bayi
  • Gejala seriawan pada bayi
  • Rawatan untuk seriawan mulut
  • Rawatan tanpa ubat di rumah
  • Cara mengelakkan ia berulang

Apakah itu sariawan?

Seriawan adalah jangkitan kulat mulut yang paling biasa pada bayi. Dan walaupun ia tidak serius, boleh membuatkan si manja rasa sangat tidak selesa.

seriawan mulut bayi

Candida albicanis ialah kulat seperti ragi putih. Ragi Candida boleh hidup di mana-mana bahagian badan anda tanpa menyebabkan masalah, tetapi kadangkala ia tumbuh di luar kawalan.

Pertumbuhan berlebihan Candida inilah yang dikenali sebagai sariawan. Apabila terdapat pertumbuhan yang berlebihan, anda akan melihat tompokan putih di dalam mulut bayi, atau di sekitar kawasan lampin si manja.

Penyebab seriawan pada bayi

#1. Sistem ketahanan bayi lemah

Seriawan sering muncul dalam mulut bayi semasa beberapa minggu atau bulan pertama kehidupan. Penyelidik tidak pasti mengapa, tetapi ia boleh berlaku kerana bayi yang baru lahir mempunyai sistem imun yang lemah dan belum dapat melawan jangkitan dengan baik.

#2. Antibiotik dan steroid

Pengambilan antibiotik dapat mengurangkan tahap bakteria sihat pada badan, dan ini bermakna kulat mempunyai masa yang lebih mudah untuk berkembang. Sariawan mulut juga boleh berlaku selepas penggunaan ubat steroid.

#3. Jangkitan vagina ketika hamil

Selain itu, seriawan pada bayi berlaku disebabkan oleh ibu ada jangkitan pada vagina semasa mengandung.

Sesetengah bayi mendapat sariawan mulut apabila mereka melalui faraj ibu semasa kelahiran. Ini kerana bahagian vagina selalunya mempunyai sejumlah kecil candida secara semula jadi.

#4. Bayi menghisap objek

Bayi juga mungkin mengalami sariawan mulut jika mereka menghisap objek yang telah dijangkiti seriawan, seperti puting penyusuan, puting tiruan ataupun mainan.

Sariawan mulut adalah sangat biasa terjadi dalam dua tahun pertama kehidupan si manja. Namun ia tidak merebak antara kanak-kanak.

Walau bagaimanapun jika bayi sedang menyusu, mereka boleh menyebarkan seriawan dan menyebabkan jangkitan puting.

Jangkitan jenis ini menyebabkan puting meradang, sensitif dan melecet. Payudara anda mungkin sakit semasa sesi penyusuan.

Gejala seriawan pada bayi

Bagi mengetahui sama ada bayi naik seriawan ataupun tidak, ibu perlulah membuka dan melihat ke dalam mulut bayi terlebih dahulu.

Perhatikan sebarang tompokan atau luka putih pada lidah, gusi dan/atau bahagian dalam mulutnya.

Sebelum terus ke klinik, perlu diingat bahawa lidah bayi anda mungkin putih akibat sisa susu. Tetapi warna susu ini akan hilang dalam masa sejam selepas penyusuan.

Namun jika anda tidak pasti, cuba ujian cepat dan mudah ini: Balut sekeping kain kasa di sekeliling jari anda dan cuba hapuskan kesan tersebut dengan perlahan. Hilang? Bertenang.

sariawan di lidah bayi

Jika masih tidak hilang, lidah bayi merah dan sakit, inilah masanya untuk merawat seriawan! 

Selain itu, sariawan juga boleh terjadi di tempat lain. Kawasan lampin bayi yang hangat dan lembap adalah tempat pembiakan yang sempurna untuk jangkitan yis.

Jika anda melihat ruam degil dengan titik merah, ia adalah seriawan.

Rawatan untuk seriawan mulut

Untuk seriawan mulut, doktor anda mungkin mempertimbangkan ubat antikulat (titisan atau gel) yang mengandungi nystatin, yang perlu diletakkan pada lidah dan di dalam mulut beberapa kali sehari selama 10 hari.

Bagi bayi yang lebih besar, doktor anda mungkin mencadangkan menambah lactobacilli (bakteria probiotik) ke dalam dietnya.

Lactobacilli bertindak seperti bakteria “baik” untuk membantu menyingkirkan kulat. Anda boleh membeli probiotik sebagai makanan tambahan, tetapi pastikan  memilih jenama terkenal yang sesuai untuk bayi.

Rawatan tanpa ubat di rumah

Pemulihan rumah untuk sariawan ini sering disebut-sebut sebagai penawar ajaib, walaupun kebanyakannya perlu dicuba dengan berhati-hati.

Malah, anda mungkin ingin menganggapnya sebagai rawatan pelengkap, bukannya rawatan utama.

  1. Serbuk penaik. Tambah kira-kira setengah sudu teh baking soda ke dalam secawan air rebus dan sejukkan. Gunakan putik kapas bersih untuk mengelap larutan di dalam mulut bayi anda.
  2. Minyak pokok teh. Gunakan 1 atau 2 titis minyak pokok teh kepada setengah cawan air masak dan sejuk. Sapukan dengan putik kapas yang bersih.
  3. Minyak kelapa dara. Satu kajian mencadangkan bahawa minyak kelapa harus digunakan untuk merawat jangkitan kulat, terutamanya kini spesies Candida yang tahan terhadap sebarang ubat.

Namun pastikan anda merujuk pakar pediatrik terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang rawatan alternatif untuk sariawan bayi, terutamanya tompokan putih di dalam mulut. 

Cara mengelakkan ia berulang

bayi naik sariawan

Berikut ialah senarai petua pencegahan umum untuk membantu bayi anda:

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
  • Jika menyusu botol, sterilkan puting dan botol selepas setiap penggunaan.
  • Jika anda menyusu badan, bersihkan puting dengan lembut di antara sesi penyusuan.
  • Cuci tangan, mainan dan puting bayi anda dengan bersih
  • Basuh tuala, pakaian dan baju dalam yang mungkin bersentuhan dengan Candida
  • Jika anda mengepam susu, simpan dalam peti sejuk hingga sebelum digunakan untuk mengelakkan pertumbuhan yis
  • Pastikan payudara anda kering selepas sesi penyusuan
  • Tukar pad menyusu dengan kerap terutamanya apabila ia basah

Walaupun seriawan tidak bahaya, ia pastinya membuatkan bayi rasa tidak selesa. Kesakitan yang dialami boleh menghilangkan kegembiraannya daripada penyusuan. Oleh itu, jika simptom seriawan berterusan, dapatkan di klinik yang berdekatan.

Semoga bermanfaat!

Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Pesan Jangan Letak Ubat Gigi Pada Kulit Anak Yang Melecur!

Baca juga: Selain Beri Aiskrim, Ini Tips Merawat Ulser Mulut Bayi Yang Berkesan Ikut Saranan Pakar

Baca juga: Risaunya Bayi Sudah Pandai Merangkak, Habis Semua Benda Dikutip & Masuk Dalam Mulut!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Mulut Bayi Naik Sariawan Boleh Berpunca Dari Penyusuan, Ibu Kena Buat 7 Perkara Ini!
Kongsikan:
  • Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

    Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

  • Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

    Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.