X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Beri Aiskrim, Ini Tips Merawat Ulser Mulut Bayi Yang Berkesan Ikut Saranan Pakar

3 min bacaan
Selain Beri Aiskrim, Ini Tips Merawat Ulser Mulut Bayi Yang Berkesan Ikut Saranan Pakar

Ulser mulut bayi adalah sesuatu yang menyakitkan. Selain sapu ubat, ibu ayah disaran berikan si manja makanan sejuk seperti aiskrim

Ulser mulut bayi adalah perkara yang akan membuatkan mereka merengek sepanjang hari, bahkan di malam hari juga mereka tidak akan boleh tidur dengan selesa. Nak minum susu pun susah, inikan lagi untuk lena. Kasihan, mereka sakit tetapi tidak tahu cara untuk memberitahu ibu ayah. Jadi, menangis dan merengek sahajalah jawabnya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ulser mulut bayi akibat penyakit HFMD
  • Tips merawat ulser mulut bayi mengikut saranan pakar

Ulser mulut bayi akibat penyakit HFMD

Ibu ayah perlu tahu bahawa penyakit HFMD (Hand Foot Mouth Disease) ini adalah penyakit yang disebabkan oleh Enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan juga Enterovirus 71 (ev71).

Cara virus ini merebak adalah secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

ulser mulut bayi

Kebiasaannya, jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti dengan ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut, dan lidah. Jangkitan EV71 ini juga boleh menyebabkan komplikasi yang begitu teruk seperti:

  • Encephalitis.
  • Pulmonary Edema.
  • Myocarditis.

Ia lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun.

HFMD juga dikatakan cepat menular dalam kalangan kanak-kanak dan boleh menjangkiti semua golongan umur, namun lebih berisiko kepada anak berumur enam tahun ke bawah.

Jika si manja anda disahkan HFMD, tempoh kuarantin hendaklah dilakukan antara tingga lima hari. Ibu juga perlu mengasingkan mereka dari adik-beradik atau kanak-kanak yang lain.

ulser mulut bayi

Tips merawat ulser mulut bayi mengikut saranan pakar

Seorang Pegawai Pergigian iaitu Dr. Iqbal Rosali telah berkongsi langkah-langkah yang boleh ibu ayah lakukan jika ulser mulut bayi terjadi akibat HFMD. Antaranya adalah:

  1. Memastikan anak-anak cukup pengambilan makanan dan juga minuman.
  2. Menggunakan ubat tahan sakit dengan nasihat doktor. Boleh juga dapatkan ubat sapuan seperti bonjela untuk memberikan kelegaan sementara. Jikalau sakit tidak berkurangan, sila dapatkan nasihat doktor dalam kadar segera.
  3. Jika anak-anak sudah pandai untuk berkumur dan meludah, boleh beri mereka ubat kumur (Listerine/Colgate Plax). Atau, boleh juga guna air garam suam. Minta mereka berkumur dalam 30 saat dan pastikan untuk meludah kembali. Elakkan tertelan sebab nanti lagi bertambah pedih.
  4. Beri anak-anak minuman sejuk kegemaran mereka untuk ditelan, kurang sikit rasa sakit. Aiskrim lebih baik.
  5. Pantau tanda-tanda dehidrasi anak-anak, seperti bibir kering, lemah, dan pucat.
  6. Pantau ulser dalam mulut sama ada semakin berkurangan, sembuh, atau bertambah ulser baharu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Dr Iqbal Rosali

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buat Masa Ini Elakkan Bawa Anak Bawah 12 Tahun Ke Tempat Awam, Elak Jangkitan HFMD

Baca juga: Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!

Baca juga: Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Selain Beri Aiskrim, Ini Tips Merawat Ulser Mulut Bayi Yang Berkesan Ikut Saranan Pakar
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham