X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

12 min bacaan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Sebelum membawa anak untuk pemeriksaan doktor dalam memantau perkembangan bayi mereka, ibu ayah perlu tahu akan perkara wajib ini.

Khas buat ibu ayah di luar sana, pasti anda teruja untuk pergi ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan anak 12 bulan, kan? Mana tidaknya, proses tumbesaran dan perkembangan mereka sering menjadi fokus utama ibu ayah, terutamanya mereka yang pertama kali bergelar ‘parents’.

Perasaan ini adalah lain macam.

Tapi sebelum itu, banyak juga ilmu yang perlu ditimba oleh ibu ayah di luar sana mengenai perkembangan bayi anda mengikut bulan. Ini bagi mengelakkan ibu ayah susah hati jikalau melihat anak-anak masih belum berjalan dan sebagainya.

Bayi hanya memerlukan 12 bulan untuk menjadi seorang anak kecil yang begitu aktif1. Malah, dalam tempoh transformasi 12 bulan ini mereka akan melalui fasa yang luar biasa. Daripada tidur sepanjang hari, sehinggalah menjadi anak kecil yang begitu aktif.

Perkembangan Anak: 0 – 3 Bulan.

4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Perlu diingatkan bahawa pada peringkat ini, perkembangan bayi adalah dari segi tubuh dan otak mereka yang akan belajar untuk hidup di dunia luar. Mereka mungkin akan mula untuk melakukan perkara-perkara seperti2:

#1: Perkembangan fizikal bayi baru lahir

  • Semasa meniarap, anak akan mula mengangkat dan menahan kepala ke atas
  • Mampu menggerakkan kedua-dua tangan dan kaki
  • Mampu membuka tanganya

#2: Perkembangan kognitif

  • Mengikut dan perhatikan pergerakan semasa anda bergerak
  • Mampu melihat mainan selama beberapa saat

#3: Perkembangan emosi

  • Bertenang dan tersenyum sebagai tindak balas terhadap suara atau bunyi atau apabila diangkat
  • Mampu tengok muka anda
  • Gembira melihat anda apabila anda mendekati
  • Bertindak balas apabila anda bercakap atau senyum kepadanya

#4: Perkembangan deria

  • Mampu mengeluarkan bunyi lain selain daripada menangis
  • Bertindak balas terhadap bunyi kuat

Perkembangan Anak: 4 – 6 Bulan.

4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Pada tempoh ini pula, bayi anda mungkin akan belajar dengan lebih banyak dan juga memanipulasi dunia di sekelilingnya. Bayi juga akan mulai menguasai penggunaan tangan dan meneroka keupayaan suara mereka.

Sebab itulah ada yang kuat ‘test vocal’. Ingatkan nak jadi penyanyi masa besar nanti, tapi bukan.

Dalam tempoh 4 hingga 6 bulan ini, bayi anda mungkin akan3,4

  • Bergolek dari perut ke belakang
  • Babble atau berceloteh yang kedengaran seperti bunyi percakapan sebenar
  • Ketawa
  • Menjangkau dan mengambil objek, memanipulasi barang permainan dan item lain dengan tangan
  • Mempunyai kawalan kepala yang hebat apabila memegangnya

Perkembangan Anak: 7 – 9 Bulan.

pemeriksaan anak

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Ini merupakan tempoh kedua bagi tahun pertama untuk bayi anda menjadi semakin aktif.

Pada usia 7 hingga 9 bulan, selepas mempelajari bahawa mereka boleh menuju ke sesuatu tempat dengan bergolek, kemudian bayi anda akan mula belajar pula cara bergerak ke depan dan belakang.

Tambahan pula, dalam fasa ini bayi juga boleh melakukan perkara-perkara seperti5:

  • Duduk tanpa sokongan
  • Bertindak balas terhadap perkataan biasa yang didengari seperti namanya. Mereka akan mula menyebut ‘Mama’ dan ‘Dada’
  • Gemar dengan aktiviti bertepuk tangan atau permainan seperti peek-a-boo

Perkembangan Anak: 10 – 12 Bulan.

pemeriksaan anak

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Perlu diketahui bahawa tahap perkembangan terakhir bagi tahun pertama bayi dilahirkan dianggap sebagai fasa peralihan. Malah, pada tempoh ini mereka akan belajar untuk melakukan perkara-perkara seperti6:

  • Mula menyuap diri sendiri. Si manja pada fasa perkembangan ini akan mula menguasai pergerakan pincer grasp – di mana mereka boleh memegang benda kecil seperti biskut di antara ibu jari dan jari telunjuk
  • Berjalan sekeliling rumah menggunakan kaki dengan memegang perabot
  • Melafazkan 1 atau 2 perkataan. ‘Mama’ dan ‘Dada’ menjadi panggilan khusus untuk ibu bapa.  Si manja juga akan memberi respons berhenti apabila mendengar perkataan “Tidak” dan memandang kepada anda.

Walau bagaimanapun, ibu ayah juga diingatkan untuk sentiasa peka jika bayi anda tidak mencapai tahap pertumbuhan atau perkembangan yang sepatutnya. Yang paling penting, perlu sentiasa percayai naluri anda.

Jika anda terasa ada yang tak kena dengan bayi anda, silalah bawa untuk berjumpa dengan pediatrik dalam kadar yang segera. Jangan tunggu lama-lama, okay?

Pemeriksaan Anak Selepas 12 Bulan.

Ibu ayah di luar sana pastu mengetahui bahawa rutin bulanan baharu buat mereka ialah pemeriksaan anak dengan doktor atau pakar di hospital. Ia bermula dari bulan pertama sehinggalah ke bulan 12.

Anak pun dah mencecah usia satu tahun, jadi apa kata dari hanya datang dan menadah telinga mendengar apa yang bakal disampaikan doktor, apa kata ibu ayah cuba untuk sediakan diri anda dengan 4 perkara berikut untuk ditanyakan kepada doktor.

pemeriksaan anak

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

#1: Vaksin.

Tanya pada doktor jika dia boleh beri sesuatu bagi mengurangkan rasa sakit anak anda selepas suntikan vaksin.

Ini kerana bagi pemeriksaan 12 bulan, jika anak anda mengambil suntikan vaksin mengikut jadual, ada beberapa suntikan vaksin yang mungkin akan diberikan kepada bayi anda, seperti Measles (campak), mumps (beguk), rubella (MMR) vaccine7. 

Terdapat juga vaksin tambahan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang diambil pada 12 bulan, seperti8:

  • Varicella (cacar air)
  • Pneumococcal conjugate vaccine (PCV)
  • Influenza (selemesa)
  • Meningococcal
  • Hepatitis A (HepA)

Ini adalah antara beberapa vaksin yang ditawarkan untuk anak anda, rujuk kepada doktor anda mengenai vaksin-vaksin lain yang ditawarkan.

Sebelum itu, kami ingin memberikan sedikit ilmu untuk ibu ayah di luar sana tentang mengapa ibu ayah disarankan untuk memberikan imunisasi untuk bayi.

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah9.

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang membahayakan seperti10:

  • Tibi (batuk kering) – Boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan yang tersumbat11.
  • Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak12.
  • Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis B (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan atau kematian.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah-muntah, jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia)13.
  • Beguk – Virus ini menyebabkan radang saraf otak (meningitis) yang disebabkan oleh virus dan jangkitan kepada testis (orchitis)14.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan mengakibatkan keguguran, kematian janin, kelahiran mati atau kecacatan kelahiran (congenital rubella syndrome)15.
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru teruk dan meningitis.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi.
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.
  • Varicella ((Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula16.
  • Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak flu atau musim selesema17.
  • Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan otak, saraf tunjang (meningitis) dan darah yang teruk18. 
  • Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan hati jangka pendek19.

#2: Tumbesaran Si Kecil.

Anda pasti ingin tahu rekod tumbesaran anak anda. Ia bukanlah perkara baru, tetapi carta 12 bulan adalah cukup menarik untuk anda lihat perkembangan tumbesaran anak anda.

Carta 12 bulan adalah cukup menarik untuk anda lihat perkembangan tumbesaran anak anda.

Bagi anak lelaki berusia 12 bulan, doktor akan melihat berat sekitar 7.8 kg hingga 11.8 kg, dan ketinggian 71.3 cm hingga 80.2 cm. 

Bagi perempuan berusia 12 bulan pula, sedikit kecil berbanding lelaki, jadi doktor akan melihat berat sekitar 7.1 kg hingga 11.3 kg dan ketinggian, 69.2 cm hingga 78.9 cm. 

Ukur lilit kepala juga diukur bagi memastikan saiz kepala mereka di dalam julat yang sihat.

Anda boleh rujuk carta seperti di bawah:

Jadual perkembangan bayi lelaki20,21,22

Month Length (cm) Weight (kg) Head Circumference (cm)
0 46.3 – 53.4 2.5 – 4.3 32.1 – 36.9
1 51.1 – 58.4 3.4 – 5.7 35.1 – 39.5
2 54.7 – 62.2 4.4 – 7.0 36.9 – 41.3
3 57.6 – 65.3 5.1 – 7.9 38.3 – 42.7
4 60.0 – 67.8 5.6 – 8.6 39.4 – 43.9
5 61.9 – 69.9 6.1 – 9.2 40.3 – 44.8
6 63.6 – 71.6 6.4 – 9.7 41.0 – 45.6
7 65.1 – 73.2 6.7 – 10.2 41.7 – 46.3
8 66.5 – 74.7 7.0 – 10.5 42.2 – 46.9
9 67.7 – 76.2 7.2 – 10.9 42.6 – 47.4
10 69.0 – 77.6 7.5 – 11.2 43.0 – 47.8
11 70.2 – 78.9 7.7 – 11.5 43.4 – 48.2
12 71.3 – 80.2 7.8 – 11.8 43.6 – 48.5

Jadual diadaptasi dari World Health Organization

 

Jadual perkembangan bayi perempuan23,24,25

Month Length (cm) Weight (kg) Head Circumference (cm)
0 45.6 – 52.7 2.4 – 4.2 31.7 – 36.1
1 50.0 – 57.4 3.2 – 5.4 34.3 – 38.8
2 53.2 – 60.9 4.0 – 6.5 36.0 – 40.5
3 55.8 – 63.8 4.6 – 7.4 37.2 – 41.9
4 58.0 – 66.2 5.1 – 8.1 38.2 – 43.0
5 59.9 – 68.2 5.5 – 8.7 39.0 – 43.9
6 61.5 – 70.0 5.8 – 9.2 39.7 – 44.6
7 62.9 – 71.6 6.1 – 9.6 40.4 – 45.3
8 64.3 – 73.2 6.3 – 10.0 40.9 – 45.9
9 65.6 – 74.7 6.6 – 10.4 41.3 – 46.3
10 66.8 – 76.1 6.8 – 10.7 41.7 – 46.8
11 68.0 – 77.5 7.0 – 11.0 42.0 – 47.1
12 69.2 – 78.9 7.1 – 11.3 42.3 – 47.5

Jadual diadaptasi dari World Health Organization

 

Seiringan dengan ini, doktor akan memeriksa anggota badan yang lain bagi memastikan semuanya dalam keadaan normal dan sihat. 

#3: Pemeriksaan Perkembangan.

Doktor juga akan menyoal tentang perkembangan anak anda.  Namun harus diingatkan, perkembangan setiap bayi adalah berbeza. Jadi jangan terlalu risau dengan hal ini. Secara amnya, seorang kanak-kanak berusia 12 bulan harus sudah boleh26:

  • Meniti, bertatih atau berjalan
  • Menyuap diri sendiri
  • Meletak dan mengambil keluar barang ke dalam  dan dari bekas
  • Membebl perkataan seperti mama dan papa
  • Menggeleng kepala
  • Melambai tangan
  • Mengutip benda menggunakan jari
pemeriksaan anak

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

#4: Buat Persediaan Untuk Berjumpa Doktor.

Berikan semua maklumat yang diperlukan pada doktor. Contohnya beri buku rekod rawatan yang merekod semua senarai suntikan yang pernah diterima. Dan pastikan anda bersedia untuk bercakap tentang masalah kesihatan anak anda, jika ada.

Jika anda menghantar anak anda ke pusat jagaan atau taska, dapatkan maklumat yang anda perlu tahu daripada cikgu/penjaga terlebih dahulu. Mungkin perkembangan atau masalah mereka di waktu anda berada di pejabat. Dan anda boleh dapatkan pendapat doktor mengenainya.

Senaraikan soalan yang anda ingin tanya kepada doktor supaya mudah untuk anda ingat soalan-soalan yang perlu ditanya. Termasuklah bagaimana membantu meningkatkan berat badan anak atau sekiranya jika anak anda terjatuh dan lebam di kepala contohnya.

Bersedia adalah lebih baik dari tiada apa-apa bukan?

Ayuh, jangan lupa kongsikan pengalaman anda dengan kami!

MY-ROT-00219 Jun/2022

References:

  1. Stanford Children’s Health. The Growing Child: 1-Year-Olds. Available From:  https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-growing-child-1-year-olds-90-P02260. Last Accessed 15 June 2022.
  2. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Important Milestones: Your Baby By Two Months. Available From:  https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/milestones-2mo.html. Last Accessed 12 May 2022.
  3. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Important Milestones: Your Baby By Four Months. Available From:  https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/milestones-4mo.html. Last Accessed 12 May 2022.
  4. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Important Milestones: Your Baby By Six Months. Available From: https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/milestones-6mo.html. Last Accessed 12 May 2022.
  5. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Important Milestones: Your Baby By Nine Months. Available From: https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/milestones-9mo.html. Last Accessed 12 May 2022.
  6. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Important Milestones: Your Baby By Twelve Months. Available From: https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/milestones-1yr.html. Last Accessed 12 May 2022.
  7. Immunise4Life. The Malaysian National Immunisation Programme (NIP). Available from: https://immunise4life.my/the-malaysian-national-immunisation-programme-nip/.  Last Accessed 21 Jun 2022.
  8. Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available from: https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 13 Jun 2022.
  9. MyHealth. Immunisation: Facts and Myths. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/immunisation-facts-myths/. Last Accessed 02 Jun 2022.
  10. UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 12 May 2022.
  11. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 10 June 2022.
  12. National Health Services (NHS). Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 10 June 2022.
  13. Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last accessed 09 June 2022.
  14. National Health Services (NHS). Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/.  Last accessed 09 June 2022. 
  15. World Health Organization (WHO). Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last accessed 09 June 2022. 
  16. MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 01 June 2022.
  17. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Types of Influenza Viruses. Available From: https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 17 June 2022.
  18. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html. Last Accessed 17 June 2022.
  19. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). What is Hepatitis A. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 17 June 2022.
  20. World Health Organization (WHO). Simplified field tables. Length-for-age Boys Birth to 2 years (percentiles). Available From: https://cdn.who.int/media/docs/default-source/child-growth/child-growth-standards/indicators/length-height-for-age/sft_lhfa_boys_p_0_2.pdf?sfvrsn=5dc03c62_16. Last accessed 15 June 2022.
  21. World Health Organization (WHO). Simplified field tables. Weight-for-age Boys Birth to 2 years (percentiles). Available From: https://cdn.who.int/media/docs/default-source/child-growth/child-growth-standards/indicators/weight-for-age/sft-wfa-boys-p-0-5.pdf?sfvrsn=5e38c11_16. Last accessed 15 June 2022.
  22. World Health Organization (WHO). Simplified field tables. Head circumference-for-age Boys Birth to 2 years (percentiles). Available From: https://cdn.who.int/media/docs/default-source/child-growth/child-growth-standards/indicators/head-circumference-for-age/sft_hcfa_boys_p_0_5.pdf?sfvrsn=f99eee22_7. Last accessed 15 June 2022.
  23. World Health Organization (WHO). Simplified field tables. Length-for-age Girls Birth to 2 years (percentiles). Available From: https://cdn.who.int/media/docs/default-source/child-growth/child-growth-standards/indicators/length-height-for-age/sft_lhfa_girls_p_0_2.pdf?sfvrsn=96f22dfb_11. Last accessed 15 June 2022.
  24. World Health Organization (WHO). Simplified field tables. Weight-for-age Girls Birth to 2 years (percentiles). Available From: https://cdn.who.int/media/docs/default-source/child-growth/child-growth-standards/indicators/weight-for-age/sft-wfa-girls-p-0-5.pdf?sfvrsn=b0026de7_18. Last accessed 15 June 2022.
  25. World Health Organization (WHO). Simplified field tables. Head circumference-for-age Girls Birth to 2 years (percentiles). Available From: https://cdn.who.int/media/docs/default-source/child-growth/child-growth-standards/indicators/head-circumference-for-age/sft_hcfa_girls_p_0_5.pdf?sfvrsn=3a42b3da_16. Last accessed 15 June 2022.
  26. Mayo Clinic. Infant development: Milestones from 10 to 12 months. Available From: https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/infant-development/art-20047380. Last accessed 15 June 2022.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Give Health A Shot
  • /
  • 4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
Kongsikan:
  • Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini

  • Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

    Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

  • Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
    Stories Rakan Kongsi

    Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

  • Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini

  • Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

    Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

  • Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
    Stories Rakan Kongsi

    Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.