TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cerebral Palsy Dalam Kalangan Kanak-Kanak: Punca, Gejala, Jangka Hayat Penyakit & Rawatan

5 min bacaan
Cerebral Palsy Dalam Kalangan Kanak-Kanak: Punca, Gejala, Jangka Hayat Penyakit & Rawatan

Ada anak cerebral palsy? Jangan risau! Walaupun penyakit ini boleh menjejaskan perkembangan anak namun boleh diatasi dengan cara yang betul

Keadaan anak cerebral palsy sering kali dilihat penuh dengan kesukaran, namun dengan rawatan yang tepat dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, mereka masih mampu mengecapi kehidupan yang penuh erti meskipun perjalanan mereka tidak seperti kanak-kanak lain.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Cerebral Palsy?
  • Punca Penyakit Cerebral Palsy
  • Tanda Cerebral Palsy Pada Bayi
  • Nutrisi Makanan Untuk Anak Cerebral Palsy
  • Jangka Hayat Penyakit Cerebral Palsy
  • Apakah Anak Cerebral Palsy Memiliki Harapan Hidup Normal?
  • Rawatan Anak Cerebral Palsy

Apa Itu Cerebral Palsy?

Cerebral palsy adalah gangguan yang berlaku disebabkan kerosakan atau perkembangan tidak normal pada bahagian otak yang mengawal pergerakan dan koordinasi.

Keadaan ini tidak boleh sembuh tetapi melalui rawatan dan terapi yang betul, banyak kanak-kanak dengan cerebral palsy boleh meningkatkan kemampuan mereka dan mencapai tahap kebebasan yang lebih tinggi.

Tiga jenis utama cerebral palsy adalah:

Spastik: Jenis yang paling biasa, menyebabkan kekakuan pada otot yang mengganggu pergerakan.

Athetoid/Diskinetik: Menyebabkan pergerakan yang tidak terkawal, kebiasaannya melibatkan anggota badan.

Ataksik: Mempengaruhi keseimbangan dan koordinasi menjadikan pergerakan kelihatan tersentak-sentak.

Walaupun keadaan ini menyebabkan masalah pergerakan, ia tidak selalu mempengaruhi tahap kecerdasan anak.

Banyak kanak-kanak dengan cerebral palsy mempunyai kebolehan intelektual yang normal, tetapi mungkin memerlukan sedikit sokongan tambahan.

Punca Penyakit Cerebral Palsy

Cerebral palsy berlaku apabila otak tidak berkembang dengan sempurna atau tercedera semasa atau selepas kelahiran. Antaranya ialah:

  • Pendarahan di dalam otak bayi atau kekurangan darah atau oksigen yang salur kepada otak
  • Jangkitan kuman yang terjadi kepada ibu semasa bayi dalam kandungan
  • Bayi lemas semasa lahir
  • Meningitis (jangkitan pada otak)
  • Kecederaan otak yang teruk

Dalam beberapa kes, punca sebenar cerebral palsy tidak dapat dikenal pasti tetapi ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.

Tanda Cerebral Palsy Pada Bayi

Cerebral palsy mungkin tidak dapat dikesan serta-merta selepas kelahiran dan kadang-kadang simptomnya hanya akan kelihatan apabila anak semakin membesar. Berikut adalah beberapa tanda awal yang boleh dilihat oleh ibu bapa:

  • Lambat tumbesaran : Anak mungkin terlambat duduk, merangkak atau berjalan pada usia 8 bulan.
  • Lemah otot tangan dan kaki: Anak mungkin kelihatan terlalu kaku atau lembik, menunjukkan masalah dengan kawalan otot.
  • Pergerakan Tersentak-sentak: Pergerakan yang canggung atau tidak teratur juga boleh menjadi petanda cerebral palsy.
  • Kesukaran Menelan atau Bercakap: Anak yang mengalami masalah dengan pergerakan mulut atau sukar menelan mungkin menunjukkan tanda cerebral palsy.
  • Masalah Keseimbangan: Keseimbangan anak mungkin terganggu dan mereka mungkin berjalan secara menjengket.

Keparahan simptom ini boleh berbeza mengikut individu. Sesetengah kanak-kanak dengan cerebral palsy mungkin mengalami masalah ringan, manakala yang lain mungkin memerlukan sokongan sepenuhnya untuk kehidupan seharian mereka.

Nutrisi Makanan Untuk Anak Cerebral Palsy

Anak-anak dengan cerebral palsy memerlukan diet yang seimbang dan berkhasiat untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental mereka yang optimal.

Nutrisi yang betul akan membantu dalam meningkatkan tenaga, memperkuat otot dan mengurangkan risiko komplikasi kesihatan lain. Berikut adalah beberapa panduan pemakanan yang sesuai.

1. Makanan Kaya Serat

Serat sangat penting untuk membantu mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh anak-anak dengan cerebral palsy. 

2. Protein Dan Lemak Sihat

Nutrien ini diperlukan untuk menyokong perkembangan otot dan membantu proses pemulihan tisu badan. 

3. Vitamin Dan Mineral

Fokus pada kalsium dan vitamin D kerana ia penting untuk menguatkan tulang dan mencegah masalah tulang rapuh. 

4. Makanan Lembut Dan Mudah Ditelan

Jika anak menghadapi kesukaran menelan, berikan makanan yang lembut dan mudah dihadam, seperti bubur atau puri, bagi memastikan mereka tetap mendapat nutrisi yang mencukupi. 

Sokongan dari pakar pemakanan adalah penting untuk merancang diet yang sesuai mengikut keperluan perubatan anak.

Jangka Hayat Penyakit Cerebral Palsy

Salah satu soalan yang sering diajukan oleh ibu bapa adalah tentang jangka hayat anak yang menghidap cerebral palsy. Walaupun cerebral palsy tidak memendekkan jangka hayat, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup dan tahap kebebasan anak.

Jangka hayat anak cerebral palsy bergantung pada tahap seriusnya keadaan mereka, sama ada ringan atau teruk.

Kebanyakan anak dengan cerebral palsy yang memiliki tahap kawalan pergerakan sederhana dan tiada komplikasi kesihatan lain boleh hidup hampir sama seperti individu tanpa penyakit ini.

Apakah Anak Cerebral Palsy Memiliki Harapan Hidup Normal?

Anak cerebral palsy sememangnya mempunyai peluang untuk hidup normal, tetapi ia bergantung kepada tahap keparahan keadaan dan penjagaan yang diberikan.

Cerebral palsy bukan penyakit progresif, jadi ia tidak akan bertambah buruk dari masa ke masa.

Namun, komplikasi kesihatan seperti kesukaran bernafas, masalah pemakanan atau kekakuan otot yang berlebihan boleh mempengaruhi kualiti hidup.

Dengan bantuan terapi dan sokongan keluarga terdekat memainkan peranan penting untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.

Rawatan Anak Cerebral Palsy

Walaupun tidak ada penyembuhan untuk cerebral palsy, terdapat pelbagai rawatan yang boleh membantu anak menjalani kehidupan yang optimum dan tidak bergantung kepada orang lain.

Antara rawatan yang biasanya disyorkan adalah:

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

1. Fisioterapi

Teknik-teknik seperti senaman dan regangan untuk membantu mengekalkan kemampuan fizikal dan menambahbaik masalah pergerakan.

2. ‘Speech therapy’

Cara ini berkesan untuk membantu pesakit yang mengalami masalah untuk bercakap dan komunikasi serta masalah menelan.

3. Terapi Cara Kerja

Terapis akan mengenalpasti masalah-masalah yang anda dan anak anda hadapi ketika menjalani kehidupan seharian dan mengubah cara terbaik untuk memudahkan aktiviti harian anda.

4. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan membantu untuk mengurangkan otot yang keras dan gejala lain yang berkaitan.

5. Pembedahan

Dalam kes tertentu, pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki masalah pergerakan mengikut keperluan individu.

Anak cerebral palsy tetap berpeluang menjalani kehidupan berkualiti dengan sokongan keluarga, rawatan yang sesuai dan semangat yang tidak pernah putus.

Kasih sayang serta keprihatinan orang terdekat mampu membuka ruang bagi mereka menikmati kehidupan penuh makna.

Facebook Dr. Zubaidi Haji Ahmad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Hidap Penyakit Cerebral Palsy Akibat Pengasuh Suka Lambung & Dibiar Menangis Lama

Baca juga: 3 Jenis Kecacatan Kelahiran, Simptom Dan Rawatannya, Bakal Parents Mesti Tahu!

Baca juga: 6 Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya & Perlu Perhatian SEGERA Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Cerebral Palsy Dalam Kalangan Kanak-Kanak: Punca, Gejala, Jangka Hayat Penyakit & Rawatan
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham