Cuaca panas dan kering melampau menyebabkan ramai jatuh sakit, antaranya gatal tekak dan batuk yang berpanjangan.
Bukan sahaja orang dewasa, malah golongan kanak-kanak turut tidak terkecuali terkesan dari musim ini. Biasanya, penyakit ini datang dengan tiga serangkai iaitu demam dan selesema.
Jika anda sudah cuba bermacam cara untuk menghilangkan gatal tekak dan batuk, tetapi masih belum berkurangan mungkin boleh cuba cara petua lama yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok, Che Nor Lazim.
Dengan menggunakan dua bahan mudah, gatal tekak dan batuk dapat dihilangkan dengan berkesan.

Cara hilangkan gatal tekak dan batuk, mudah dan berkesan
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 biji limau nipis
- Kicap manis
Cara-caranya:
- Bakar limau nipis di atas api. Bakar selama 3 minit atau sehingga kelihatan layu
- Perah limau untuk mengambil jusnya
- Masukkan sedikit kicap manis
- Kacau sebati
- Sedia untuk diminum
Walau bagaimanapun, cara ini tidak sesuai digunakan untuk bayi berusia dua tahun ke bawah kerana petua yang dikongsikan mengandungi kandungan garam yang tinggi dalam kicap. Sebagai alternatif lain, boleh gantikan dengan sapukan minyak cengkih untuk kegunaan luar sahaja.
Petua lama guna bahan alami, selain campuran limau nipis dan kicap

Terdapat juga cara lain yang sering dipakai oleh masyarakat kita hingga sekarang. Berikut merupakan beberapa petua lain yang mungkin anda boleh cuba menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Bawang putih
Bawang putih terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Selain menjadi perencah wajib dalam masakan, ia juga membantu merawat masalah gatal tekak dan batuk melampau.
Caranya, anda boleh jadikan bawang putih sebagai minuman herba dengan campurkan 4 ulas bawang putih, 2 biji tomato dan hirisan lemon.
Atau, boleh letak bawang putih ke dalam sup dan di makan dengan nasi putih.
Campuran madu, halia dan lemon
Antara petua yang mudah dan berkesan adalah mencampurkan madu, halia dan lemon dalam satu cawan minuman. Caranya, ambil 1/3 halia dan direbus ke dalam air selama 5 minit sebelum tambah hirisan lemon dan satu sudu madu.
Cuka epal
Cuka epal juga boleh membantu meneutralkan penyakit dan menjadi rawatan semula jadi untuk menyembuhkan penyakit sakit tekak dan perit. Anda boleh makan begitu sahaja atau campurkan ke dalam gelas berisi air kosong.
Jika anda tidak gemarkan rasanya yang masam, campurkannya dalam masakan yang sesuai seperti sayur atau salad.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!
Baca juga: Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Pantang Larang Demam Campak & Petua Ikut Cara Orang Dulu-Dulu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!