X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Jadi Biru, Tak Bernafas Gara-Gara Diberi Ubat Batuk Dari Farmasi

4 min bacaan
Bayi Jadi Biru, Tak Bernafas Gara-Gara Diberi Ubat Batuk Dari Farmasi

Apabila ibu ayah kerisauan bila bayi batuk, janganlah sesuka hati beri ubat batuk pada bayi bawah 2 tahun, ia akan mendatangkan maut!

Adakah ibu ayah mempunyai kebimbangan apabila bayi batuk sepanjang malam? Dan mula terfikir mungkin ubat batuk adalah penawarnya? Jangan! 

Bahaya memberi ubat batuk kepada bayi bawah usia 2 tahun. Seperti yang dikongsikan oleh seorang doktor perubatan di Twitter, Dr Samhan menyatakan sudah terlalu banyak kes bayi bawah dua tahun telah dikejarkan ke hospital. 

Bayi dikejarkan ke hospital akibat diberi ubat batuk 

bayi batuk

“Apa dah jadi?”

“Anak saya jadi biru.Dia tak bernafas!”

“Saya bagi ubat batuk je. Saya beli di farmasi”

Sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.

The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).

Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor.

Ubat batuk yang sering digunakan:
1. Cough expectorant (guafenesin)
2. cough suppressant (dextromethorphan)

3. decongestants
(pseudoephedrine, phenylephrine)
4. Antihistamine (chlorpheniramine)

Anti histamine(1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak.

Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak.

Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut.

Pemberian ubat menyebabkan risiko:
White heavy check mark Sawan
White heavy check mark Jantung berdegup kencang
White heavy check mark Berhenti bernafas
White heavy check mark Kematian

Waspada, ubat batuk & selsema TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.

Pesan Dr Samhan, ubat batuk dan ubat selsema tidak boleh diberikan pada bayi bawah 2 tahun. Dan ibu bapa tak sepatutnya sesuka hati membeli di farmasi. 

Sepatutnya mendapatkan rujukan doktor terlebih dahulu. 

Mengapa kanak-kanak batuk?

bayi batuk

Seperti diketahui umum batuk dan selesema merupakan satu mekanisme pertahanan diri badan untuk membantu dalam melawan virus dan bakteria serta proses pengeluaran kahak secara semula jadi. 

Selalunya, selesema dan batuk yang dialami kanak-kanak adalah normal dan akan sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan dalam tempoh tertentu.

Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun setiap kali batuk atau selsema akan biasa diiringi dengan hidung tersumbat atau sakit tekak. 

Lantas ia membuatkan kanak-kanak atau bayi berasa kurang selesa dan akan meragam terutama waktu malam akibat kesukaran untuk tidur. 

Ubat yang biasa diberikan dalam rawatan batuk dan selesema adalah antihistamin (seperti chlorpheniramine), antitusif (seperti diphenhydramine) dan dekongestan (seperti pseudoephedrine).

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa banyak kajian telah membuktikan bahawa rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut.

Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh memudaratkan. Kanak-kanak ini berisiko untuk mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi untuk menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.

Tips melegakan batuk anak tanpa ubat

bayi batuk

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Bayi untuk bayi bawah dua tahun atau kanak-kanak yang lebih besar, sesungguhnya cara semula jadi adalah terbaik dalam menangani bayi batuk ini. Antaranya adalah:

#1. Minum madu

Bagi bayi berusia lebih 1 tahun boleh cuba berikan air madu dicampuri dengan sedikit lemon. Walau bagaimanapun madu tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun ya. 

Bancuhkan secara suam dan berikannya pada anak bila-bila masa. Seeloknya waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. 

Madu mempunyai agen yang mampu melegakan inflamasi serta melegakan tekak yang sakit. 

#2. Gunakan humidifier 

Elakkan udara di dalam bilik terlalu kering. Gunakan air humidifier atau air purifier untuk melembabkan udara bilik. 

Juga elakkan penggunaan alat penghawa dingin untuk seketika. 

#3. Letakkan balm bayi 

Sapu balm bayi pada dada dan belakang badan bayi sebelum tidur. Ia akan memberikan kelegaan kepada bayi yang sukar untuk tidur akibat batuk dan selsema. 

#4. Sapu minyak essential

Minyak essential seperti minyak aromaterapi yang khusus boleh memberikan kelegaan kepada selsema dan batuk bayi. Anda boleh cuba minyak aromaterapi Young Living seperti Thieves dan sapukan pada tapak kaki bayi kemudian sarungkan stokin sebelum tidur. 

Sumber: Dr Samhan, MyHealth

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nafas Bayi Bunyi Kahak Kroh Kroh Bila Parents Patut Risau

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bayi Jadi Biru, Tak Bernafas Gara-Gara Diberi Ubat Batuk Dari Farmasi
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham