Bila bayi batuk tambah lagi batuk berkahal, kesian melihatnya. Susah betul dia nak keluarkan kahak. Jadi bagaimana cara cairkan kahak dengan berkesan dan bayi boleh tidur nyenyak ketika batuk menyerang.
Batuk dengan selesema ni pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil.
Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.
Baca juga: Buat sendiri ‘ubat batuk’ anak dengan NANAS, batuk boleh sembuh dalam 3 hari
Cairkan kahak bayi dengan berkesan
Menurut Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar, terdapat beberapa petua yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur termasuklah bayi untuk menghilangkan atau mencairkan kahak. Ia termasuk:
#1. Udara lembap
Melembapkan udara di sekitar anda dapat membantu cairkan kahak. Anda mungkin pernah mendengar bahawa rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda boleh menggunakan humidifier atau pelembap udara .
Anda boleh memakai humidifier dengan selamat sepanjang hari. Anda hanya perlu memastikan bahawa air ditukar setiap hari dan bersihkan humidifier anda mengikut arahan pengeluar produk.
#2. Kekalkan tahap hidrasi
Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Ia boleh membantu mencairkan kahak. Cubalah minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.
#3. Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan
Cuba ambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, dan bawang putih. Terdapat beberapa bukti saintifik bahawa makanan dan suplemen berikut boleh menghalang atau merawat masalah pernafasan akibat jangkitan virus seperti akar licorice, ginseng, beri, Echinacea, delima, teh jambu dan zat besi
#4. Ubat sapuan
Ubat sapuan, seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital. Selain itu berhati-hati sebelum memberi ubat kerana bayi di bawah satu tahun tidak digalakkan makan ubat selsema dan anda perlu mendapatkan nasihat doktor.
Cara mengeluarkan kahak bayi
- Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka
- Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu
- Sedut secara manual iaitu sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi. Jangan gunakan mulut kerana mulut anda mengandungi bakteria yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi
- Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan
- Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.
Langkah pencegahan elak anak batuk/selsema
#1. Pastikan rumah bersih
Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah.
Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.
#2. Pastikan bayi sentiasa dalam suhu bilik
Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah.
Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.
#3. Udara segar
Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.
#4. Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk
Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar,tropikabeauty
Baca juga: Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!