TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Memilih Hospital Bersalin Di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Ibu Hamil

5 min bacaan
Memilih Hospital Bersalin Di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Ibu Hamil

Memilih hospital bersalin berdasarkan faktor kos bersalin, penjagaan antenatal dan postnatal, lokasi dan keselamatan dan kualiti penjagaan.

Masa untuk bersalin dah dekat! Salah satu keputusan besar yang perlu dibuat adalah memilih hospital bersalin yang sesuai. Sama ada hospital kerajaan atau swasta, ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira.

Faktor-Faktor Pilihan Bersalin di Hospital Kerajaan Atau Swasta

Daripada segi kos, perkhidmatan, kemudahan, hingga penjagaan antenatal dan postnatal semuanya memberi kesan pada pengalaman bersalin anda.

Mari kita lihat faktor-faktor utama yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan anda tidak tersalah memilih hospital bersalin yang sesuai dengan keperluan anda. 

1.Kos Bersalin

Kos adalah faktor utama yang sering menjadi pertimbangan ibu-ibu ketika memilih hospital untuk bersalin. Jika anda mencari pilihan yang lebih mampu tanpa mengorbankan penjagaan berkualiti, hospital kerajaan boleh menjadi pilihan tepat.

Kos bersalin normal di hospital kerajaan boleh serendah RM42 kerana subsidi kerajaan. Fuh, murah kan? Di hospital swasta, kosnya jauh lebih tinggi.

Bersalin normal di hospital swasta boleh mencecah antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung pada kemudahan yang ditawarkan. Tapi, dengan kos yang lebih tinggi, anda akan menikmati privasi yang lebih baik, kemudahan yang lebih mewah seperti bilik persendirian, dan perkhidmatan yang lebih personal.

Contoh: Pakej di hospital swasta ada menawarkan harga sekitar RM3,500 untuk katil single, lebih selesa dan private! Tetapi bagi ibu yang lebih fokus kepada kos, hospital kerajaan menjadi pilihan yang sangat berbaloi.

2.Perkhidmatan dan Kemudahan

Selain kos, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan perlu diambil kira dalam proses memilih hospital bersalin. Hospital swasta menawarkan lebih banyak kemewahan seperti bilik persendirian, pilihan makanan yang lebih sedap, dan lebih banyak privasi.

Anda juga akan mendapat penjagaan yang lebih personal, dengan nisbah jururawat yang lebih rendah berbanding hospital kerajaan. Jadi, ibu akan merasa lebih selesa dan tenang sepanjang proses bersalin.

Bukan itu sahaja, hospital swasta turut menawarkan pelbagai perkhidmatan tambahan seperti kelas antenatal, kelas persediaan bersalin, dan sokongan penyusuan susu ibu.

Ada juga hospital yang menyediakan doula pendamping bersalin yang memberi sokongan emosi dan fizikal semasa proses bersalin. Namun, hospital kerajaan tetap mempunyai kualiti yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

Walaupun hospital kerajaan mungkin tidak menawarkan kemewahan yang sama, anda tetap akan mendapat penjagaan perubatan yang berkualiti daripada doktor dan jururawat yang berpengalaman. Cuma, disebabkan kekangan bilangan pesakit yang ramai, mungkin ada sedikit masa menunggu yang perlu dihadapi.

3.Keselamatan Dan Kualiti Penjagaan

Tak kira di hospital mana, keselamatan dan kualiti penjagaan adalah yang paling penting. Di Malaysia, hospital-hospital baik kerajaan mahupun swasta mematuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini bermakna, kedua-dua jenis hospital ini menyediakan penjagaan yang selamat dan berkualiti untuk ibu dan bayi. Menurut statistik daripada KKM, kadar kematian ibu dan bayi di Malaysia adalah rendah, yang menunjukkan sistem kesihatan kita sangat bagus.

Walaupun hospital swasta mungkin menawarkan kemudahan lebih canggih, hospital kerajaan juga memberikan penjagaan perubatan yang baik dengan kos yang lebih berpatutan.

4. Lokasi

Lokasi adalah faktor penting, terutamanya jika anda tinggal jauh dari pusat bandar. Hospital kerajaan lebih mudah diakses kerana mereka terdapat di banyak lokasi, termasuk di luar bandar. Sebaliknya, hospital swasta lebih tertumpu di kawasan bandar utama.

5.Penjagaan Semasa Berpantang

Ada ibu-ibu yang lebih selesa jika mereka terus mendapat penjagaan selepas bersalin dari hospital yang sama. Di hospital swasta, anda mungkin dapat penjagaan postnatal yang lebih menyeluruh.  Tetapi, di hospital kerajaan, penjagaan selepas bersalin tetap ada, cuma masa penginapan mungkin lebih singkat.

6.Kaedah Bersalin

Sesetengah ibu lebih suka bersalin secara semula jadi tanpa ubat, sementara yang lain mungkin memerlukan pembedahan Caesarean. Jika ini penting bagi anda, pastikan hospital pilihan anda menawarkan pilihan kaedah bersalin yang sesuai.

7.Agama Dan Budaya

Bagi sesetengah ibu, faktor agama atau budaya mungkin memainkan peranan penting dalam pemilihan hospital. Hospital yang menawarkan perkhidmatan bersalin patuh syariah atau yang sesuai dengan amalan budaya tertentu mungkin menjadi pilihan terbaik.

8.Penjagaan Antenatal dan Poslokasi tnatal

Penjagaan antenatal (sebelum bersalin) dan postnatal (selepas bersalin) juga sangat penting. Kebanyakan hospital swasta menawarkan penjagaan antenatal yang lebih menyeluruh, termasuk kelas persediaan bersalin dan sokongan untuk penyusuan susu ibu.

Mereka juga sering menyediakan bantuan daripada pakar laktasi untuk memastikan penyusuan berjalan lancar. Sementara itu, hospital kerajaan menyediakan penjagaan antenatal dengan kos yang lebih rendah atau percuma, tetapi mungkin dengan masa menunggu yang lebih lama dan kurang sokongan peribadi.

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Untuk penjagaan postnatal, hospital swasta memberikan tempoh penginapan yang lebih lama sehingga 3-5 hari selepas pembedahan Caesarean. Bagi hospital kerajaan, ibu biasanya dibenarkan pulang lebih cepat dalam masa 24 jam jika tiada komplikasi.

Akhirnya, memilih hospital bersalain antara hospital kerajaan atau swasta bergantung kepada keutamaan anda. Kos, kemudahan, perkhidmatan, dan keselamatan adalah faktor utama dalam membuat keputusan melahirkan bayi di hospital pilihan anda. 

nhs.uk, scihospital

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca  juga: Checklist Bersalin: 15 Barang Keperluan Bersalin Yang Penting Untuk Ibu Bakal Bersalin

Baca juga: Tempoh Luka Jahitan Bersalin Sembuh Untuk C-Section (Czer), Beranak Normal

Baca juga: Sembelit Selepas Bersalin, Cuba 11 Petua Semulajadi & Berkesan Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Memilih Hospital Bersalin Di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Ibu Hamil
Kongsikan:
  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham