X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Merancang Bersalin Di Hospital FPP/ Full Paying Patient? Ini Info LENGKAP Anda Perlu Tahu!

5 min bacaan
Ibu Merancang Bersalin Di Hospital FPP/ Full Paying Patient? Ini Info LENGKAP Anda Perlu Tahu!

Full Paying Patient adalah khidmat yang memberikan layanan kelas pertama kepada ibu bersalin di hospital kerajaan dengan harga berpatutan

Apabila bercakap mengenai proses bersalin, pastinya suami inginkan isteri melalui kelahiran yang selesa dan dapatkan doktor terbaik. Selain daripada hospital swasta, anda juga boleh mendapatkan layanan istimewa di hospital awam menerusi khidmat full paying patient (FPP).

Caj yang dikenakan tidaklah semahal swasta, tetapi khidmat FPP ini dapat memberikan keselesaan kepada isteri yang bakal bersalin nanti.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Bersalin di hospital fpp atau full paying patient
  • Anggaran kos di hospital yang menawarkan full paying patient
  • Proses kemasukan FPP
  • Hospital yang menawarkan khidmat FPP

Bersalin di hospital fpp atau full paying patient

Full paying patient atau FPP ialah perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang ditawarkan melalui hopital terpilih di Malaysia di mana pesakit perlu menanggung sendiri kos rawatan tersebut.

Objektif utama khidmat ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan “masalah” hospital swasta yang merujuk pelanggan ke hospital kerajaan.

Selain itu, keuntungan merawat pesakit akan dikongsikan kepada doktor untuk menawarkan pampasan yang kompetitif.

Dan akhir sekali, untuk mengurangkan subsidi rawatan perubatan kerajaan kepada rakyat.

full paying patient

Kelebihan FPP

Antara kelebihan yang diperolehi jika anda memilih khidmat FPP adalah:

  • Pesakit boleh memilih doktor/pakar/pegawai perubatan dengan minimum 3 tahun pengalaman.
  • Pesakit juga akan dijadualkan untuk mendapatkan rawatan atau prosedur lebih cepat dan lebih awal.
  • Kemudahan bilik yang lebih baik dengan pilihan bilik eksekutif, kelas pertama atau VIP.
  • Kaunter daftar masuk yang berasingan (bergantung pada hospital)
  • Makanan diberikan adalah dari menu kelas pertama atau setaraf dengannya.

Kekurangan FPP

  • Kos yang dinyatakan sebagai harga yang kompetitif dibayar sepenuhnya oleh pesakit atau insurans.
  • Rawatan yang dijadualkan adalah selepas waktu kerja rasmi doktor (dikira sebagai overtime)
  • Sesetengah pesakit mengadu perlu beratur panjang dan masa menunggu hampir sama dengan pesakit bersubsidi.

Senarai hospital fpp bersalin 2022, ini syarat bagi melayakkan ibu bersalin di bawah perkhidmatan fpp

Ini antara individu yang layak untuk mendapatkan khidmat ini:

  • Warganegara Malaysia atau bukan Malaysia yang membayar kos rawatan sendiri.
  • Kakitangan kerajaan yang memilih khidmat FPP.
  • Pekerja korporat atau swasta dengan perbelanjaan perubatan di bawah FPP bersetuju untuk ditanggung oleh syarikat.

full paying patient

Perkhidmatan FPP hospital

Bagi anda yang memilih servis ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan;

  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan harian
  • Rawatan kemasukan 
  • Perundingan
  • Perkhidmatan terapi
  • Pembedahan dan prosedur

Pengkhususan FPP

Selain daripada rawatan di atas, anda juga layak untuk mendapatkan rawatan khusus dengan anggaran harga seperti;

  • Anestesiologi (RM120-4800)
  • Kardiologi (RM120-4800)
  • Prosedur biasa (RM20-600)
  • Pergigian (RM20-4400)
  • Dermatologi (RM30-750)
  • Gastrohepatologi (RM300-1500)
  • Perubatan am (RM50-3600)
  • Pembedahan tangan & mikro (RM50-4800)
  • Obstetrik & Ginekologi (RM50-4800)
  • Oftalmologi (RM20-4800)
  • Ortopedik (RM50-3600)
  • Otorinolaringologi (RM120-4800)
  • Nefrologi (RM400-1000)
  • Pembedahan saraf (RM400-4800)
  • Pediatrik (RM75-4800)
  • Pembedahan plastik (RM300-4800)
  • Psikiatri (RM20-120)
  • Radiologi (RM300-4800)
  • Pemulihan (RM50-120)
  • Urologi (RM75-4800)

Anggaran kos di hospital yang menawarkan full paying patient

Berikut adalah huraian kos untuk khidmat FPP agar anda boleh bersedia;

Deposit

  • Minimum RM3000 ATAU 50% daripada anggaran jumlah kos rawatan ( yang mana lebih tinggi)
  • Deposit tambahan (akan disemak setiap hari) untuk memastikan baki tunai minimum RM1000 (dibayar dalam masa 24 jam)

full paying patient

Anggaran caj pendaftaran dan perundingan

  • Pendaftaran baharu: RM 10
  • Perundingan baharu: RM100 (RM150 selepas waktu pejabat)
  • Perundingan ulangan: RM60 (RM90 selepas waktu pejabat)

Anggaran caj pendaftaran dan perundingan (rawatan harian)

  • Pendaftaran baharu: RM10
  • Konsultasi: RM60 (RM120 selepas waktu pejabat)
  • Konsultasi ICU: RM90 (RM180 selepas waktu pejabat)

Anggaran caj harian katil hospital

  • Eksekutif: RM300
  • Kelas pertama (1 katil): RM160
  • Kelas pertama (2 katil): RM130
  • Kelas pertama (4 katil):RM80

Proses kemasukan FPP

  • Tandatangan dan daftar membawa kad pengenalan, sijil lahir, passport dan visa
  • Surat jaminan dari syarikat atau insurans (jika berkenaan)
  • Bayaran deposit (seperti yang dimaklumkan pihak hospital, lebih kurang tiga ribu atau 50% daripada jumlah rawatan)
  • Surat rujukan (jika berkenaan)
  • Waktu konsultasi: 8 pagi hingga 5 petang

Pertanyaan atau pendaftaran FPP

  • Terus ke hospital atau dapatkan informasi daripada Kaunter FPP
  • Disyorkan oleh doktor dari hopital kerajaan atau swasta
  • E-mel untuk mendapatkan info mengenai FPP: [email protected]
  • Boleh buat panggilan ke :+603-8312-4316

Hospital yang menawarkan khidmat FPP

Berikut adalah antara hospital yang menawarkan khidmat FPP:

  • Hospital Selayang
  • Hospital Pulau Pinang
  • Hopital Putrajaya
  • Hospital Queen Elizabeth 2 (Sabah)
  • Hospital Ampang
  • Hospital Serdang
  • Hospital Sultan Ismail (Johor)
  • Hospital Sultanah Aminah (Johor)
  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Tengku Ampuan Rahmah 
  • Hospital Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan)
  • Hospital Umum Sarawak

Hospital FPP yang menawarkan khidmat Obstetrik & Ginekologi

Bagi anda yang ingin memberikan isteri keselesaan selepas bersalin, berikut adalah beberapa hospital FFP yang menawarkan khidmat O&G.

  • Hospital Pulau Pinang
  • Hospital Putrajaya
  • Hospital Ampang
  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Sultanah Aminah JB
  • Hospital Sultan Ismail JB
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Bagi wanita hamil, anda boleh mendaftar untuk khidmat FPP seawal minggu ke 20 (bulan ketiga) selepas pengesahan kehamilan dan dicadangkan untuk mendaftar pada minggu ke 27 (bulan ke 7 kehamilan)

mypf.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ngeri! Kecuaian Hospital Sebabkan Kepala Bayi Baru Lahir Terpotong & Ditinggal Dalam Rahim

Baca juga:  Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar

Baca juga:  Senarai Hospital Swasta di Selangor, Bakal Ibu Boleh Pilih Untuk Bersalin Di Sini

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Sofea

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Ibu Merancang Bersalin Di Hospital FPP/ Full Paying Patient? Ini Info LENGKAP Anda Perlu Tahu!
Kongsikan:
  • Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

    Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

  • Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

    Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

  • Sambung Belajar Ketika Hamil, Isteri Fizo Bersyukur Suami Dan Ibu Mentua Supportive

    Sambung Belajar Ketika Hamil, Isteri Fizo Bersyukur Suami Dan Ibu Mentua Supportive

  • Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

    Panduan Keselamatan Makanan Bayi, Ibu Jangan Ambil Mudah! Elak Risiko Keracunan Makanan

  • Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

    Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

  • Sambung Belajar Ketika Hamil, Isteri Fizo Bersyukur Suami Dan Ibu Mentua Supportive

    Sambung Belajar Ketika Hamil, Isteri Fizo Bersyukur Suami Dan Ibu Mentua Supportive

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.