Selain Bungkus Nasi Lemak, Daun Pisang Juga Boleh Turunkan Kuning Bayi!

Bila sebut saja daun pisang, pasti teringat nasi lemak dan lemangkan?Tapi jangan tak tahu ya, daun pisang turunkan kuning bayi dengan berkesan.
Bila sebut saja daun pisang, pasti teringat nasi lemak atau lemangkan? Tapi jangan tak tahu ya, daun pisang boleh turunkan kuning atau jaundis bayi baru lahir dengan berkesan.
Bayi kuning atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning lantas menjadi kebimbangan kepada ibu bapa.
Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku di kalangan bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak 80 peratus dan 60 peratus berlaku kepada bayi yang lahir matang.
Daun pisang turunkan kuning bayi
Kredit foto : Facebook Sharifah Kasim
Penyakit bayi kuning terbahagi kepada dua jenis iaitu physiologic jaundice dan pathologic jaundice.
Physiologic jaundice adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.
Pathologic jaundice pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera.
Seperti dikongsikan di laman sosial Facebook, Kelab Ibu Mengandung Malaysia, ramai ibu mengatakan penggunaan daun pisang berhasil dalam menurunkan penyakit kuning anak mereka.
Mereka mengatakan, buka baju dan seluar bayi, hanya pakaikan lampin atau pampers dan baringkan bayi di atas daun pisang sehingga ia layu.
"Selain BF (breastfeed) lapik dengan daun pisang je..alhamdulillah hari pertama 222, hari kedua 23, hari ketiga 213 dan hari keempat 197..."
"Memang bagus, daun pisang tu sejuk..kuning tu panas"
"Saya lapik di kepala je..sebab kuning baby di mata dan muka..bebas jaundis guna daun pisang ni"
"Dari anak sulung saya gunakan daun pisang kelat...memang turun"
Khasiat tersembunyi daun pisang
Daun pisang sama ada kering atau segar ternyata memiliki banyak manfaat untuk menjaga kesihatan tubuh dan menyembuhkan penyakit.
Ini kerana daun pisang memiliki kandungan zat tertentu yang mampu menjaga kesihatan tubuh badan.
Dalam daun pisang kering mempunyai entiti penting untuk menjaga kesihatan tubuh seperti polifenol (sebagai antioksidan), lignin, hemiselulosa, protein, dan allantoin.
#1. Mengubati luka
Siapa sangka daun pisang di tepi jalan, yang biasa digunakan untuk bungkus nasi lemak boleh mengubati luka. Ia juga boleh mengatasi masalah ketumbit dan juga kesan terbakar kerana matahari.
Caranya adalah rendamkan daun pisang dalam air dingin dan sapu di kawasan yang terjejas.
#2. Sumber antioksida
Seperti yang kita tahu, radikal bebas yang ada di dalam tubuh adalah merbahaya jika dibiarkan. Daun pisang boleh dimanfaatkan sebagai sumber antioksida. Ada yang memberi petua daun pisang direndam seperti teh dan diminum 2 hingga 3 kali sehari.
#3. Menurunkan suhu badan ketika demam
Kandungan antioksidan yang tinggi membantu menurunkan suhu badan yang panas. Ketika demam, daun pisang boleh dimanfaatkan untuk meredakan radang serta kegelisahan yang dialami.
#4. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
Daun pisang ternyata mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Ia mengandungi sebatian allantoin yang baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Itu akan membantu tubuh dalam meningkatkan ketahanan badan dan membuat penyembuhan menjadi cepat.
#5. Melembutkan rambut
Ekstrak daun pisang yang disapukan ke kepala mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti kulit kepala kering. Selain itu, masker dari daun pisang juga sangat berkesan untuk meredakan kulit kepala yang gatal.
Petua lain turunkan kuning bayi
#1. Susukan bayi dengan kerap
Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk dan tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap supaya dia dapat membuang air kecil lebih kerap dan menghilangkan kuning dengan cepat.
#2. Mandikan bayi dengan air daun inai
Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air itu setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis.
#3. Perahan anggur hitam
Berikan bayi air perahan anggur hitam. Bukanlah hingga segelas, cukup sekadar titiskan ke mulut bayi.
#4. Sengkuang Cina
Kupas kulit, kisar sehingga lumat. Tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai membantu menyejukan badan bayi sekaligus mengurangkan kuning. Ingat, hanya titiskan ke mulut bayi, bukannya bagi minum sehingga kenyang. Ulang setiap hari sehingga bayi bebas dari jaundis.
#5. Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi
Awal pagi, kira-kira jam pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap saja, lebih kurang 10 minit. Ingat ya, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik!
Sumber: 99.co, bidadari.my
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
5 Amalan Bahaya Yang Tidak Patut Dilakukan Untuk Turunkan Kuning Bayi!
Korset boleh rawat demam kuning bayi? Biar betul, tak masuk akal sungguh!
Doktor Pesan, 5 Perkara Wajib Buat Supaya Imuniti Anak Kekal Kuat Ketika Musim Covid-19!
Checklist barang bayi baru lahir dan keperluan bersalin; lengkap A TO Z