Ibu mana yang tak risau bila anak demam panas terutama suhu badan mereka semakin meningkat apabila menjelangnya tengah malam, kan? Namun, jangan panik kerana ada beberapa petua hilangkan panas dalam badan anak yang dikatakan boleh membantu dan mujarab!
Salah satu petua hilangkan panas dalam badan anak adalah dengan menggunakan telur. Malah cara ini juga berkesan untuk orang dewasa yang selalu demam panas.
Petua hilangkan panas badan anak yang demam
#1. Cuci dan basuh telur ayam dengan bersih. Kemudian rebus sehingga telur masak sepenuhnya.
#2. Setelah itu, kupaskan telur dan jangan sampai ia pecah.
#3. Kemudian, anda balut telur itu menggunakan tuala bersih. Ketebalan kain mengikut kepanasan telur itu.
#4. Golekkan telur tersebut, di seluruh badan anak yang demam terutama kawasan yang terlalu panas. Masa nak golek mestilah dengan cara yang lembut supaya telur tidak pecah. Sambil golek anda boleh berbual dengan anak dan berdoa semoga dia diberikan kesembuhan.
#5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan dari kain lapik. Semasa ini anda boleh lihat telur menggerutu tapi abaikan dan terus saja golekkan telur hingga sejuk. Proses ini mengambil masa lebih kurang setengah jam.
#6. Selepas itu, ketepikan telur dan biarkan ia dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian, pecahkan telur putih secara berhati-hati dan anda akan dapat lihat kuning telur seperti menggerutu.
#7. Jika panas anak tak berkurang anda boleh ulang semula proses di atas. Rawatan ini boleh dibuat tiga kali sehari.
Walau bagaimanapun, pastikan anda memberikan anak banyak minum air masak dan mandi dengan lebih kerap.
Segala kesembuhan datangnya dengan izin Allah SWT.
Anak fever – Tips menurunkan suhu badan normal bayi
- Anda mesti selalu pantau suhu demam anak supaya ia tidak melebihi dari 36.7 celsius.
- Berikan ubat demam dengan sukatan yang betul setelah mendapat kebenaran doktor.
- Tuam badan dan kepala anak dengan lebih kerap hingga suhu badan turun.
- Letak tuala di bawah ketiak, celah paha dan bahagian pelipat yang lain.
- Biarkan anak kecil anda memakai pampers atau pakaian yang nipis sahaja.
- Elakkan selimut anak yang demam panas kecuali sewaktu dia menggigil kesejukan.
- Berikan anak minum susu dan air putih dengan lebih kerap.
- Jangan biarkan perut anak kosong dan jika mereka tak mahu makan sebaiknya buat sup atau masak bubur.
- Sewaktu anak demam sebaiknya anda tidur bersama mereka bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.
Info extra:
Demam merupakan sebab mengapa anak kecil dimasukkan ke dalam wad hospital. Dianggarkan kira-kira 20 ke 40% kanak-kanak yang mengalami masalah demam setiap tahun.
Biasanya demam ini dikaitkan dengan jangkitan kuman yang boleh memberi risiko kepada kesihatan kanak-kanak. Ia disebabkan oleh jangkitan virus ke dalam bdan anak.
Sistem pertahanan bdan akan mencuba melawan jangkitan virus tersebut dan biasanya akan baik dengan sendirinya. Secara amnya, suhu badan yang melebihi 37.5 darjah celcius adalah demam.
Berkit itu menunjukkan tanda-tanda kemungkinan anak menghadapi penyakit yang serius seperti berikut:
– Kulit menjadi pucat
– Anak menunjukkan kurang aktif seperti gerakan badan yang perlahan, kerap menangis dan lemah serta nada tangisan menjadi tinggi akibat rasa tak selesa.
– Tiada selera makan mahupun minum.
– Mengalami kekeringan yang serius seperti kurang kencing dan bibir menjadi kering
– Demam yang dialami melebihi daripada lima hari
– Mengalami bengkak sendi dan anggota badan
– Sawan
Namun jika anak demam masih boleh bermain dan aktif seperti biasa, ibu ayah hanya boleh memantau pergerakan mereka sambil melihat beberapa keadaan ini:
– Memastikan anak mendapat hidrasi yang mencukupi semasa demam kerana mereka akan mengalami kekurangan banyak air dan tenaga.
– Mengetahui tanda-tanda dehidrasi seperti mata cengkung, bibir dan mulut kering, menangis tanpa air mata dan lain-lain.
– Memeriksa keadaan anak dengan kerap. Jangan galakkan mereka ke sekolah jika demam.
– Jika naik ruam segeralah berjumpa doktor.
Semoga perkongsian ini berguna buat anda. Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!