X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sebelum Susukan Anak, Tambah Ilmu Dengan 7 Perkara Anda Wajib Tahu Ini!

4 min bacaan
Sebelum Susukan Anak, Tambah Ilmu Dengan 7 Perkara Anda Wajib Tahu Ini!

Jika anda sedang membuat persiapan untuk menimang anak, jangan lupa untuk persiapkan diri anda dengan perkara yang anda perlu tahu sebelum susukan anak ini.

Setiap ibu yang mengandung pasti tak sabar untuk menimang cahaya mata. Tapi sekarang inilah masanya untuk anda melengkapkan diri dengan pengetahuan menjaga anak. Jangan lupa untuk buat persedian susukan anak!

Ini antara 7 perkara penting yang perlu anda tahu sebelum anda mula susukan anak. Jom kita semak.

Ibu perlu tahu 7 benda ini sebelum susukan anak

1. Susu ibu adalah makanan paling berkhasiat untuk anak

susukan anak, menyusukan anak, susu badan, susu ibu, penyusuan badan, penyusuan bayi

Susu ibu telah terbukti secara saintifik sebagai diet yang lengkap untuk bayi. Susu pertama anda yang dipanggil kolostrum adalah kaya dengan nutrisi dan antibodi untuk melindungi bayi.

Pada hari ke tiga hingga ke lima hari selepas menyusu, susu anda akan bertukar menjadi susu matang. Susu ini mempunyai jumlah lemak, gula, air dan protein yang secukupnya untuk membantu bayi.

Menyusu juga akan mengurangkan risiko kencing manis jenis 2, obesiti pada kanak-kanak dan sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

2. Susukan anak baik untuk kesihatan ibu juga

Bukan saja bayi yang dapat kelebihan dari susu ibu, tapi anda juga dapat! Menyusukan bayi boleh mengurang risiko kencing manis, kanser payudara dan ovari.

Semasa menyusu, anda akan melepaskan hormon keibuan seperti prolaktin dan oxytocin yang boleh merapatkan hubungan ibu dan anak.

3. Menyusu mungkin akan sukar pada awalnya

susukan anak, menyusukan anak, susu badan, susu ibu, penyusuan badan, penyusuan bayi

Jika anda mengandung untuk pertama kali, anda perlu tahu yang menyusukan anak mungkin akan sukar pada awalnya.

Anda perlu tahu perkara ini supaya bila anda berhadapan dengan kesulitan semasa menyusu, anda perlu tahu yang ia normal dan bukan sebab untuk anda berputus asa.

Dengan berkat kesabaran dan bantuan pakar, lambat laun anda akan rasa yang menyusukan bayi ini sangat mudah.

4. Walaupun anda makan burger kadang-kadang, susu anda tetap baik untuk anak 

 

Bayi anda tetap akan dapat nutrisi yang cukup melalui susu anda walaupun anda makan makanan yang tak sihat. Tapi, ini tak bermakna anda perlu makan makanan yang tak sihat sepanjang masa.

Makanan yang seimbang penting untuk anda supaya badan tak mengambil nutrisi yang anda perlukan untuk badan anda hanya untuk beri anda susu yang berkualiti.

Makan makanan yang tinggi kalsium dan minum banyak air.

5. Menyusu badan akan memudahkan kerja anda

Menyusu ini sebenarnya ada banyak faedah yang akan memudahkan kerja anda.

Contohnya, anda tak perlu panik bila susu formula untuk anak habis atau anda perlu bangun tengah malam untuk buat sebotol susu.

Anda juga tak perlu basuh botol atau bawa botol susu ketika anda keluar, hanya perlu bawa diri anda sendiri. Susu ibu mudah untuk didapati dan sentiasa hangat.

9. Anak perlu “melekap” dengan betul untuk mendapat susuan sempurna

susukan anak, menyusukan anak, susu badan, susu ibu, penyusuan badan, penyusuan bayi

Perkara paling penting yang perlu anda dan bayi anda belajar tentang susukan anak adalah bagaimana untuk buat bayi anda melekap dengan betul.

Ajar bayi untuk melekap dengan betul pada payudara akan memerlukan latihan. Bila bayi anda boleh menyusu dengan betul, mereka akan menyusu dengan mudah dan gembira.

Ini apa yang perlu anda perhatikan semasa anak anda menyusu:

  • Mulut mereka terbuka luas sebelum melekat pada payudara anda.
  • Lidah, bibir bawah dan dagu akan sentuh payudara anda dulu.
  • Apabila menyusu, areola perlu berada dalam mulut bayi dan hidungnya perlu bebas.

Anda akan tahu bayi anda tak menyusu dengan betul apabila anda rasa sakit. Jika ini berlaku, gunakan jari anda untuk lepaskan mulut mereka dan cuba semula.

7. Jaga puting

Puting anda mungkin rasa sakit kerana menyusu dan anda mungkin akan alami puting merekah dan sakit jika anda tak menjaga puting anda.

Setiap kali selepas menyusu, periksa puting anda untuk bengkak atau merekah dan rawatnya dengan cepat supaya tak jadi lebih serius.

Semoga dengan maklumat ini, anda akan lebih bersedia untuk menyusukan anak anda. Tapi, kalau anda ada tip lain, jom kongsi di ruangan komen!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsusu-badan-kurang/

 

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

 

 

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Sebelum Susukan Anak, Tambah Ilmu Dengan 7 Perkara Anda Wajib Tahu Ini!
Kongsikan:
  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham