X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

5 min bacaan
Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

Resepi daging simple dan sedap boleh dicuba ibu-ibu di rumah. Selain mudah disediakan, ia juga menjadi menu hidangan kegemaran seisi keluarga

Musim hari raya haji memang akan meriah dengan hidangan berasaskan daging. Agihan daging korban yang diterima membuatkan ramai isi rumah dapat menikmatinya. Justeru apa kata ibu cuba beberapa resepi daging simple dan sedap ini!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 5 jenis resepi daging simple, mudah dan sesuai untuk hidangan keluarga

Hanya 15 minit masa diperlukan untuk siapkan setiap hidangan. Bukan setakat mudah nak buat, dalam masa sama juga ia mungkin menjadi menu kegemaran suami dan anak-anak di rumah.

5 jenis resepi daging simple, mudah dan sesuai untuk hidangan keluarga

#1. Resepi masakan daging sedap: Szechuan Beef

resepi masakan daging

Bahan-bahan:

– 600gm daging lembu (bersihkan dan dipotong dadu)

– 150gm lada benggala hijau, kuning dan merah (dipotong dadu)

– 50gm lobak merah (dihiris nipis dan dibentukkan seperti bunga)

– 20gm cili kering (dipotong)

– 30gm spicy hot bean sauce

– 20gm sos tiram

– 10gm serbuk pati ayam

– 4 sudu makan air

– Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
  3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.

#2. Menu daging: Mongolian beef

menu daging

Bahan-bahan:

– 1 kilo daging steak flank (dihiris nipis)

– 1/4 cawan tepung jagung

– 1/2 cawan minyak sayuran

– 2 helai daun bawang (dihiris tipis)

– 1/2 cawan gula perang

– 3 ulang bawang putih (dicincang)

– 2 sudu kecil halia segar (diparut)

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

– 2 sudu minyak sayuran

Cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk sederhana, pukul bersama kicap, gula perang, bawang putih, halia, 2 sudu minyak sayuran dan 1/2 cawan air. Campurkan campuran kicap dalam periuk sederhana. Didihkan sehingga pekat sedikit, kira-kira 5-10 minit. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, gaulkan daging dan jagung.
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak sayuran dalam periuk besar. Masukkan daging lembu dan goreng sehingga separuh masak, kira-kira 1-2 minit. Pindahkan ke pinggan mangkuk dan toskan dengan kertas untuk membuang minyak berlebihan.
  4. Masukkan campuran daging lembu dan kicap ke dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana dan masak sehingga kuah kicap pekat dan melekit, kira-kira 2-3 minit.
  5. Angkat dan taburkan daun bawang. Sedia untuk dinikmati!

#3. Resepi masak daging goreng kurma

aneka resepi daging

Bahan-bahan:

– 500gm daging (dihiris nipis)

– 2 sudu makan rempah kurma

– 2 sudu makan yogurt

– 1 sudu the serbuk lada sulah

– 1 biji ubi kentang (dipotong memanjang)

– 2 pokok daun ketumbar (dihiris)

– 3 biji cili hijau (dihiris 2cm)

– 4-5 biji tomato ceri

– 1 biji bawang besar (dibelah 8)

– 3 ulas bawang merah (dihiris)

– 5 ulas bawang putih (dihiris)

– 3cm halia (dihiris)

– 2 batang serai (dihiris)

– Garam dan gula secukup rasa

– Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
  4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
  5. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceria. Sedia dihidangkan.

Ps: Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili padi.

#4. Jenis masakan daging: Daging goreng lada hitam

jenis masakan daging

Bahan-bahan:

– 300gm daging

– 1 sudu the serbuk lada hitam

– 1 sudu teh sos lada hitam

– 1 sudu teh sos tomato

– 1 sudu the sos cili

– 1 sudu makan kicap manis

– 1 biji lada benggala

– 1 biji bawang besar

– Sedikit garam dan gula

– Sedikit cuka

– Minyak masak secukupnya

Bahan ditumbuk:

– 2 biji bawang merah

– 2 ulas bawang putih

– 1cm halia

Cara penyediaan:

  1. Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
  3. Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
  4. Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
  5. Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Ps: Terpulang kepada anda untuk masukkan garam atau tidak kerana sos sudah pun masin.

#5. Resipi daging goreng kicap

resipi daging

Bahan-bahan:

– 300gm daging

– 3 ulas bawang putih (diketuk)

– 1cm halia (dihiris nipis)

– 5 biji cili padi (dihiris kasar)

– 1 biji lada merah (dihiris)

– 1 sudu makan sos tiram

– 1 sudu makan kicap manis

– 1 sudu teh lada sulah

– 1 biji kentang (dipotong dan digoreng)

– 1 biji bawang besar (dihiris)

– Sedikit garam dan gula

– Sedikit serbuk kunyit

– Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
  5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada sulah. Kacau sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Ps: Jika hendak berkuah, tambah air sedikit.

Rasa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sedapnya! Resepi Daging Harimau Menangis Khairul Aming Pasti Buat Anda Terliur!

Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Baca juga: Resepi Open House Berasaskan Ayam Yang Rare & Sedap, Buat Tetamu Makan Hingga Licin Pinggan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ain Yusof

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!
Kongsikan:
  • Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

    Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

  • Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

    Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

  • Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

    Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

  • Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

    Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

  • Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

    Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

  • Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

    Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.