X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kisah Seram Bayi Menangis, Meraung Selepas Ibu Curah Air Panas Ke Atas Pokok Di RnR

12 Jan, 2022
Kisah Seram Bayi Menangis, Meraung Selepas Ibu Curah Air Panas Ke Atas Pokok Di RnR

Kisah seram melibatkan gangguan makhluk halus boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya bayi. Ibu ayah sila jadikannya sebagai iktibar

Perjalanan jauh dengan anak yang masih kecil memerlukan ibu ayah membuat banyak persiapan. Dalam pada anda bergembira dapat bercuti atau pulang ke kampung, namun harus diingat bahawa anak kecil sering menjadi ‘tarikan’ kepada makhluk halus seperti kisah seram yang dialami oleh pasangan ini.

Meskipun kita sudah melangkah masuk ke tahun 2022, sebenarnya masih ada gangguan berbentuk sebegini kerana anda perlu tahu bahawa alam ini bukanlah didiami oleh manusia sahaja.

Kisah seram yang berlaku ketika berhenti di RnR

Dalam meneruskan perjalanan, anda mungkin sahaja akan berhenti di RnR untuk membuang hajat, mengurangkan rasa mengantuk atau mengisi minyak.

Namun siapa sangka kisah seram dan kejadian misteri telah berlaku pada pasangan suami isteri ini ketika mereka berhenti di sebuah kawasan RnR Genting Sempah.

kisah seram anak menangis

credit to sources

Difahamkan, ia terjadi selepas seorang ibu mencurahkan air panas di kawasan yang berpokok untuk membuat susu untuk anaknya yang masih bayi.

Sebaik sahaja kejadian curah air itu, anaknya didapati menangis meraung tanpa henti. Tambahnya lagi, tangisan anaknya itu kedengaran seolah-olah seperti disampuk makhluk halus.

Kisah seram kami di RNR Genting Sempah pada maghrib tadi. Anak saya tidur sebab terlalu penat.

Masa beratur drive thru dekat McDonald’s Genting Sempah, sebabkan lambat sangat menunggu, saya turun dari kereta dan basuh botol susu dengan air panas.

Saya cuah air panas yang saya basuh botol susu tadi dekat bawah pokok sebelah McD tu.

Tiba-tiba anak saya meraung menangis dan badan dia tiba-tiba jadi keras menggelepar. Memang sumpah saya tidak pernah tengok anak saya macam tu.

Perasaan cemas apabila berdepan kisah seram ketika di RnR

Disebabkan situasi cemas itu, mereka seisi keluarga telah bergerak ke tempat yang lebih cerah dan selamat. Dia juga membuat keputusan untuk buka ayat Ruqyah bagi menenangkan keadaan.

kisah seram anak terkena gangguan

credit to sources

Saya masuk kereta nak bagi susu pun ditolak, saya pun suruh abang saya gerak dari situ dan cari tempat lain.

Saya pun baca yang mana saya tahu je, tapi anak masih meraung menggelupur. Saya pun terus buka Youtube dan cari video Ruqyah. 

Baru je pasang surah tu, tiba-tiba anak kami berhenti menangis dan tidur yang berpanjangan selepas kepenatan.

Disebabkan oleh kisah seramnya itu, ada yang tampil memberikan komen nasihat kepada orang lain agar tidak melakukan sesuatu perbuatan sesuka hati di kawasan diduduki oleh makhluk ghaib.

Almarhum tuan guru Ismail Kamus pernah ajar, kalau nak buang air panas kat mana-mana, bacalah doa ini terlebih dahulu. ”Salamun ‘ala Sulaiman fil ‘alamin.”

Tanda bayi menangis diganggu syaitan dan surah yang perlu dibacakan

Bayi yang menangis kuat lebih dari biasa boleh membuatkan anda berasa bimbang. Sebagai ibu ayah, anda tidak boleh mengetepikan bahawa ia mungkin berpunca daripada gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan.

Ada beberapa tanda yang menunjukkan si manja anda terkena gangguan, iaitu:

tanda bayi terkena gangguan

credit to sources

  • Menangis tanpa keluar airmata dan hanya keluarkan bunyi
  • Mata yang pejam ketika berhenti menangis, kedua-dua biji mata bergerak seolah-olah memerhatikan sesuatu
  • Tangisan dengan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seperti dalam keadaan yang tidak sedarkan diri (tidur)
  • Ketika menangis, mata bayi tertumpu pada satu tempat sahaja
  • Bayi diganggu jin akan sukar tidur walaupun matanya sudah mengantuk dan kepenatan, tetap menangis dan tidak mahu berenggang dengan ibu ayah
  • Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin (makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu menakutkan. Bayi setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas tersekat-sekat.

Jika berdepan dengan situasi ini, ibu ayah hendaklah segera merukyah bayi dengan beberapa surah berikut:

#1. Al-fatihah (baca berulang kali)

#2. Ayat kursi

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Want to boost your child’s immune system? Here are 5 expert tips for you
Want to boost your child’s immune system? Here are 5 expert tips for you
Rites of Passage for Children Growing Up: Do You Remember These?
Rites of Passage for Children Growing Up: Do You Remember These?
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now

#3. Doa al-Mu’awwidzaat: Surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas

Sumber: Tiktok @syahmi_takaful, kashoorga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kisah Misteri Di Sebalik 5 Lagu Kanak-Kanak Yang Populor, Seram Pula Bila Dengar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kisah Seram Bayi Menangis, Meraung Selepas Ibu Curah Air Panas Ke Atas Pokok Di RnR
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham