X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tidak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan, Ramai Yang Struggle & Tertekan Selepas Bersalin

4 min bacaan
Tidak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan, Ramai Yang Struggle & Tertekan Selepas Bersalin

Bayi minum susu formula adalah pilihan terakhir bagi ibu yang berdepan masalah badan kurang atau tidak mencukupi. Usahlah memandang rendah terhadap mereka

Setiap ibu pasti ingin menyusu bayi dengan sempurna sehingga usianya dua tahun. Namun malangnya ada yang ‘struggle’ dan tertekan kerana tidak mampu memenuhi keperluan si manja ini sehingga terpaksa memberikan bayi minum susu formula

Isu penyusuan susu badan merupakan topik sensitif untuk dibahaskan. Hal ini kerana tidak semua wanita dikurniakan rezeki susu badan yang banyak dan cukup bagi perkembangan bayi.

Tular isu memberikan bayi minum susu formula

masalah penyusuan bayi

Kebelakangan ini tular mengenai satu posting di laman Twitter dengan kapsyen  mengguris hati para ibu yang tidak mampu menyusu bayi.

”Susu paling mudah dan murah ialah susu ibu. Tapi itulah, ibu-ibu hari ini lebih rela jadikan lembu-lembu sebagai ibu susuan anak-anaknya.”

Menjawab kenyataan itu, seorang pengguna Facebook, Aizah Zarirah mengatakan bahawa tiada ibu di dunia ini tidak mahu menyusukan anak-anaknya.

”Percayalah tiada ibu yang tak nak susukan anak dia. Kami semua dah usaha sehabis mungkin, itulah rezeki yang Allah bagi. Kalau benda itu mudah, bukan namanya anugerah.”

”Anak itu rezeki, susu itu rezeki dan wang juga adalah rezeki. Pernyataan di atas seolah-olah menidakkan dan menafikan bahawa anugerah susu ibu ini hadir sebagai satu kewajipan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Ini perlu diperbetulkan.”

Ramai ibu terpaksa beri bayi minum susu formula walaupun harga mahal

isu susu formula

credit to sources

Penjelasan seorang doktor, Kamarul Ariffin mengatakan bahawa secara umumnya susu formula untuk bayi dijual dengan harga mahal.

Ini kerana susu gantian susu badan ini bukan sekadar susu lembu atau soya. Ia diformulasi khas supaya mirip dengan kandungan nutrisi optimum dalam susu badan. Sebab itulah namanya susu formula.

Diformulasi tu maknanya macam mana?

Susu haiwan dan susu soya mempunyai nisbah kandungan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang tidak sama dengan kandungan dalam susu badan.

Nisbah ini perlu diubah mirip susu badan bagi memastikan keperluan nutrisi bayi dapat dipenuhi, mengelakkan nutrisi berlebihan serta mengoptimumkan pencernaan dan penyerapan nutrisi.

Setiap proses yang dilakukan agak kompleks dan memerlukan peralatan yang canggih. Kemudian perlu buat pempasteuran dan pensterilan bagi memastikan keselamatan produk berkenaan.

Pendek kata, susu formula ini agak rumit untuk dihasilkan.

Namun kita kena tahu bahawa susu badan pun adalah komoditi yang sukar untuk dihasilkan. Ia bukan sesuatu yang remeh dan semua wanita boleh lakukan. Ia memerlukan komitmen tinggi.

Utamakan kesihatan diri ketika menyusu bayi

susu badan kurang

credit to sources

Seorang ibu yang ingin menghasilkan susu badan memerlukan pengambilan nutrisi yang mencukupi bagi menampung keperluan diri dan keperluan penghasilan susu badan.

Para ibu dinasihatkan menjaga makan dan minum dengan baik setiap hari. Memperoleh rehat yang secukupnya. Kena jaga kesihatan diri, minda dan emosi. Dalam masa yang sama, perlu jaga segala keperluan si manja.

Susu badan ini tidak murah. Penghasilannya dibayar dengan pengorbanan besar seorang ibu. Anda mungkin berdepan dengan rasa letih, lenguh, mual, sakit, pedih, pening dan kesengsaraan lain untuk menghasilkan susu.

Dah 9 bulan menghadapi kepayahan mengandung, bila sudah bersalin kena berdepan masalah penyusuan sehingga terpaksa beri bayi minum susu formula. Memang ia tidak mudah. Sebab itulah tidak semua ibu dapat menghasilkan susu yang mencukupi buat si manja dan ini bukanlah salah anda.

Justeru saya ambil peluang ini untuk berpesan dua perkara:

#1. Para suami perlu pikul beban bersama isteri dalam membesarkan anak. Kita tidak boleh menghasilkan susu badan, tapi boleh sediakan makan minum yang terbaik buat isteri.

Kita juga perlu bekalkan segala keperluan untuk isteri berasa selesa. Ringankan tulang dan sentiasa peka dengan emosi isteri. Ambil giliran untuk menjaga anak. Suami juga perlu berkorban.

#2. Susu badan memang pilihan yang terbaik. Namun jangan memandang rendah pada ibu yang memberikan susu formula kepada bayi mereka. Tidak semua ibu mampu menghasilkan susu badan.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Kena ingat juga ada yang terpaksa menyusu bayi dengan susu formula kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi janganlah mudah menghakimi seseorang.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kredit foto: Mom and baby, Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Tidak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan, Ramai Yang Struggle & Tertekan Selepas Bersalin
Kongsikan:
  • Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

    Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

  • 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

    11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

    Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

  • 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

    11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.