X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sesi Tanya Pakar: Pengambilan Susu Kambing Untuk Bayi Kuning/ Jaundice, Adakah Berkesan?

4 min bacaan
Sesi Tanya Pakar: Pengambilan Susu Kambing Untuk Bayi Kuning/ Jaundice, Adakah Berkesan?

Susu kambing untuk kuning bayi atau jaundice sering menjadi cara turunkan bacaan kuning bayi baru lahir dalam masyarakat Melayu

Istilah perubatan jaundis atau penyakit kuning adalah keadaan yang berlaku pada bahagian kulit dan mata bayi berubah warna kekuningan. Masyarakat Melayu khususnya ramai menyarankan ibu-ibu beri susu kambing untuk kuning bayi.

Proses merawat masalah bayi jaundice ini mungkin sedikit mencabar buat anda, memandangkan baru sahaja keluar hospital, dalam berpantang pula terpaksa ulang-alik ke klinik.

Susu Kambing Untuk Kuning Bayi

Sesi Tanya Pakar kali ini membincangkan pengambilan susu kambing untuk bayi kuning. Anda pasti tertanya-tanya, adakah susu kambing boleh di minum sesuai untuk bayi baru lahir?

Adakah susu kambing untuk bayi dapat mengurangkan jaundice? Apakah khasiat susu kambing? Benarkah susu kambing dapat menurunkan bacaan jaundice?

Sesi Tanya Pakar: Pengambilan Susu Kambing Untuk Bayi Kuning/ Jaundice, Adakah Berkesan?

Sesi Tanya Pakar ini telah diadakan bersama Dr. Tay Chee Pin, Paediatrics dari Pantai Hospital Klang di laman komuniti theAsianparent Malaysia. Berikut merupakan persoalan ibu bapa dan jawapan diberikan beliau mengenai susu kambing untuk kuning bayi:

Advertisement

Adakah Semua Bayi Baru Lahir Mengalami Jaudince?

Jawapan:  Jaundice berlaku agak agak 60% dalam semua kelahiran baru. Ini adalah keadaan yang normal. Sekiranya bayi anda mengalami kuning, ibu ayah dinasihatkan supaya membawa si kecil untuk pemeriksaan doktor.

Jika bacaan kuning bayi tinggi, maka pemeriksaan darah- bilirubin level harus dibuat untuk pemantauan seterusnya.

Adakah Bayi Perlu Aktif Sebagai Cara Turunkan Kuning Bayi?

Jawapan: Tahap aktiviti bayi tidak membantu dalam mengurangkan bacaan kuning bayi, malah baby yang ada jaundice tinggi memerlukan phototherapy.

Punca Kuning Bayi Dan Tips Untuk Ibu Ibu Hamil Elak Dari Bayi Terkena Jaundice

Jawapan: Kuning bayi terjadi secara physiological kerana sel sel darah merah bayi yang dilahir akan mati dan ditukar menjadi bilirubin dan seterusnya dikeluarkan dari badan menerusi kencing/ berak.

Justeru, masalah kuning bayi adalah lebih kepada masalah badan bayi dan tidak banyak kena mengena dengan isu ibu yang mengandung.

Apakah Punca Bayi Mengalami Kuning Yang Begitu Lama

susu kambing untuk kuning bayi, susu kambing untuk bayi, khasiat susu kambing, cara turunkan kuning bayi, cara hilangkan kuning bayi, bacaan kuning bayi normal, bayi kuning, jaundice

Jawapan: Antara punca kuning bayi berpanjangan adalah seperti hati/ pundi hempedu bayi ada masalah, jangkitan kencing kotor atau pun paras thyroid hormone rendah.

Penyakit genetik juga boleh menyebabkan prolonged jaundice tetapi dalam kes yang agak jarang.

Susu ibu boleh menyebabkan prolonged jaundice tetapi keadaan ini tidak merbahayakan kesihatan bayi. ibu tidak perlu berhenti menyusu badan semata mata untuk merawat prolonged jaundice sebab ini.

Apakah Punca Prolonged Jaundice/ Breastfeeding Jaudice Dan Cara Untuk Elakkan Dari Berulang

Jawapan: Susu ibu disebabkan jaundis berpanjangan tidak memudaratkan. ia hanya memerlukan tempoh yang lebih lama untuk hati bayi untuk membersihkan bilirubin. jadi anda tak perlu risau dan sila teruskan penyusuan.

Bolehkah Ibu Menyusu Ambil Jamu Herba Ketika Bayi Kuning?

Jawapan: Ibu menyusu badan digalakkan memberi lebih perhatian terhadap diet pemakanan atau pengambilan ubat traditional kerana sesetengah kajian mendapati ubat traditional boleh menyebabkan baby dapat jaundice.

Benarkah Susu Kambing Untuk Bayi Lebih Berkesan Berbanding Susu Lembu Dalam Merawat Penyakit Kuning?

Jawapan: Susu kambing untuk bayi atau susu lembu tidak membantu dalam penurunan paras bilirubin.

Cadangan Produk Susu Kambing Untuk Bayi Yang Terbaik

Jawapan: Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan susu tambahan. Ibu hanya perlu menyusu mengikut permintaan si kecil.

Jika Bayi Tidak Serasi Dengan Susu Kambing, Adakah Cara Lain Turunkan Kuning Bayi?

susu kambing untuk kuning bayi, susu kambing untuk bayi, khasiat susu kambing, cara turunkan kuning bayi, cara hilangkan kuning bayi, bacaan kuning bayi normal, bayi kuning, jaundice

Jawapan: Bayi kuning atau jaundis boleh dikurangkan dengan berkesan menerusi phototherapy ( jikalau paras bilirubin terlalu tinggi) atau menerusi penyusuan secara kerap setiap 2 hingga 3 jam untuk memastikan bayi kencing / berak 4 hingga 5 kali setiap hari.

Benarkah Jika Ibu Atau Bapa Dengan Darah O, Bayi Mereka Berisiko Mendapat Jaundis?

Jawapan: Ibu dengan kumpulan darah O dengan bayi yang kumpulan darah A ada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jaundice teruk.

Cara Turunkan Kuning Bayi Secara Tradisional Seperti Mandi Dengan Air Herba Atau Sirap, Berkesankah Turunkan Bacaan Kuning Bayi?

Jawapan: Cara turunkan kuning bayi secara tradisional yang disebutkan tidak dapat menurun paras bilirubin dengan berkesan. jikalau bayi didapati ada jaundice, saya masih menasihatkan ibu bapa membawa bayi ke klinik bagi pemeriksaan tahap bilirubin dan doktor akan memutuskan kaedah rawatan seterusnya.

Benarkah Tidak Elok Beri Susu Kambing Untuk Bayi Baru Lahir?

Jawapan: Susu kambing tidak digalakkan untuk bayi berumur 1 tahun ke bawah. susu kambing yang “fresh” yang tidak diproses dengan betul mungkin membawa jangkitan kuman kepada bayi.

Bolehkah Jaundice Pulih Tanpa Rawatan?

Jawapan: Bacaan kuning bayi yang rendah biasanya boleh pulih sendiri.

Bagaimana Cara Nak Elak Bayi Kuning?

Jawapan: Kuning bayi tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku secara physiological.

Stories Rakan Kongsi
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Sesi Tanya Pakar: Pengambilan Susu Kambing Untuk Bayi Kuning/ Jaundice, Adakah Berkesan?
Kongsikan:
  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham