X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Situasi Kecemasan Ketika Bersalin: Jika Tali Pusat Terkeluar Dulu, Nyawa Bayi Dalam Bahaya

4 min bacaan
Situasi Kecemasan Ketika Bersalin: Jika Tali Pusat Terkeluar Dulu, Nyawa Bayi Dalam Bahaya

Tali pusat adalah satu-satunya talian hayat bayi yang menghubungkannya kepada uri dalam rahim. Bagaimana jika tali pusat terkeluar dulu sebelum bayi?

Tali pusat adalah satu-satunya talian hayat bayi yang mana ia menghubungkan bayi kepada uri dalam rahim. Bagaimana jika tali pusat terkeluar dulu sebelum bayi?

Salur darah dalam tali pusat ini mengandungi darah yang kaya dengan oksigen dan nutrisi kepada bayi dalam masa sama membawa bahan perkumuhan metabolism bayi ke uri dan kembali semula kepada darah ibu.

Selepas bayi dilahirkan, tali pusat ini akan di clamp dan dipotong, sebelum uri dikeluarkan.

Tetapi apa akan jadi jika tali pusat terkeluar dulu sebelum bayi dilahirkan? Adakah ia berbahaya dan boleh mengancam nyawa?

Baca juga: Cara Penjagaan Tali Pusat Bayi, Elakkan Memakai Lampin Menutupi Tali Pusat Kalau Nak Cepat Gugur

Tali pusat terkeluar dulu tanda bayi perlu dikeluarkan cepat

tali pusat terkeluar

Kredit foto: bumbumcak

 

 

Menurut Dr Muhammad Izzat, apa akan jadi bila air ketuban sudah pecah, tetapi tali pusat yang terjulur keluar mendahului bayi?

Bila air ketuban pecah, tali pusat ini ada potensi dengan lajunya terkeluar dari pintu rahim setelah melepasi kepada bayi. Selalunya ia boleh berlaku apabila sudah hampir bersalin atau bila air ketuban pecah

Kejadian ini sangat jarang berlaku iaitu 1 dalam 200 dan 1 dalam 1000 kelahiran. Jika berlaku ia berlaku pada penghujung kehamilan yang lazimnya pada minggu ke-37 dan ke atas.

Bukan main-main, bayi perlu dilahirkan segera

tali pusat terkeluar

Kredit foto: bumbumcak

 

Perkara ini bukan main-main kerana ia berkaitan hal hidup dan mati bayi anda. Ia adalah perkara kecemasan dan bayi perlu dilahirkan segera!

Katany Dr Muhammad Izzat, ia berkait rapat dengan soal hidup dan mati bayi kerana apabila tali pusat terkeluar, tali pusat itu akan terhimpit oleh kepala bayi atau ditekan bersama-sama kontraksi rahim.

Salur darah yang membawa oksigen untuk bayi boleh tersekat dan berlakunya kurang oksigen untuk sampai kepada bayi. maka bayi perlu dikeluarkan dari rahim dengan serta merta untuk mengelakkan komplikasi akibat kurangnya oksigen.

Kejadian ini boleh disamakan dengan analogi jika seseorang itu dicekik. Apabila seseorang itu dicekik perjalanan oksigen untuk sampai ke otak akan terganggu dan boleh mati akibat tercekik.

Selain itu, menurut Dr Muhammad Izzat, situasi seperti ini tidak boleh dijangka malah melalui imbasan pun tidak boleh kerana kedudukan bayi dan tali pusat sentiasa berubah-rumah pada pada pelbagai peringkat kehamilan. 

Keadaan berisiko tinggi tali pusat terkeluar

tali pusat terkeluar

Ada beberapa keadaan yang mana dikenal pasti sebagai berisiko tinggi untuk terjadinya kes tali pusat terkeluar terlebih dulu sebelum bayi:

  1. Bayi dalam keadaan songsang atau bayi dalam keadaan melintang.
  2. Air ketuban pecah awal atau hampir bersalin tetapi tidak cukup bulan pecah awal atau dah nak bersalin tak cukup bulan
  3. Kehamilan kembar
  4. Air ketuban lebih banyak dari biasa
  5. Bayi kecil dari biasa
  6. Bila air ketuban dipecahkan untuk memulakan sakit bersalin (ARM) oleh doktor atau jururawat perbidanan. Ia boleh berlaku lebih-lebih lagi apabila kepala bayi masih tinggi terapung di atas tulang pinggul. Doktor atau jururawat selalunya akan memecahkan air ketuban ini bila baby benar-benar sudah masuk dalam ruang pelvis. 

Tanda tali pusat sudah terkeluar

#1. Tali pusat keluar dari faraj

Menurut Dr Muhammad Izzat, lazimnya doktor atau jururawat berasa ‘sesuatu’ yang pelik dalam faraj ataupun nampak sendiri tali pusat tu menjulur keluar dari faraj.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Biasanya bila terjadi tanda ini, dewan bersalin akan menjadi hiruk-pikuk sementara menyediakan pesakit untuk ke dewan bedah. 

Suasana yang sunyi sepi akan bertukar menjadi gegak gempita.

#2. Degupan jantung bayi jadi sangat perlahan

Degupan jantung bayi tetiba menjadi sangat perlahan selepas air ketuban pecah.

Namun, katanya ada juga kes yang mana tali pusat dah terkeluar tapi tiada apa-apa tanda langsung. 

Apa yang doktor akan lakukan jika tali pusat terkeluar?

Nama pun kecemasan, doktor akan berusaha supaya bayi dapat dilahirkan dengan segera. Dalam hiruk pikuk suasana pesakit akan diterangkan dengan pantas apa yang berlaku. Lazimnya pesakit sendiri pun keliru dengan apa yang berlaku dan tergamam. tapi percaya lah mereka-mereka ni sedang melakukan sehabis baik untuk menyelamatkan nyawa bayi.

Jari dimasukkan ke dalam faraj, untuk menolak kepala bayi supaya tidak menghimpit dan menekan tali pusat itu. Tiub kencing di masukkan dan air dimasukkan ke pundi kencing ibu melalui tiub ini supaya pundi kencing yang penuh dengan air dapat menolak kepala bayi ke sisi, jauh dari tali pusat terkeluar itu.

Oksigen diberikan kepada ibu melalui topeng muka oksigen agar cukup oksigen sampai kepada bayi dalam saat genting ini.

Dengan sepantas kilat, semua ini berlaku serentak. Ibu akan diberikan bius penuh, supaya pembedahan dapat dilakukan dengan kadar segera.

Selalunya doktor dan jururawat akan tidak menang tangan ketika ini kerana bayi selalunya akan keluar kurang dari dua minit sejurus ibu diberikan bius penuh. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Situasi Kecemasan Ketika Bersalin: Jika Tali Pusat Terkeluar Dulu, Nyawa Bayi Dalam Bahaya
Kongsikan:
  • Elak Buat 5 Perkara BAHAYA Ini Semasa Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir, Alert Ya Ibu!

    Elak Buat 5 Perkara BAHAYA Ini Semasa Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir, Alert Ya Ibu!

  • Nampak Seperti Seekor Ular, Tapi Sebenarnya Ia Tali Pusat Yang Membelit Leher Bayi

    Nampak Seperti Seekor Ular, Tapi Sebenarnya Ia Tali Pusat Yang Membelit Leher Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Elak Buat 5 Perkara BAHAYA Ini Semasa Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir, Alert Ya Ibu!

    Elak Buat 5 Perkara BAHAYA Ini Semasa Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir, Alert Ya Ibu!

  • Nampak Seperti Seekor Ular, Tapi Sebenarnya Ia Tali Pusat Yang Membelit Leher Bayi

    Nampak Seperti Seekor Ular, Tapi Sebenarnya Ia Tali Pusat Yang Membelit Leher Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.