Durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata, berasal dari bahagian Selatan dan Amerika dan kini boleh dijumpai dalam pasaran dengan mudah. Khasiat durian belanda amat penting untuk kesihatan terutamanya bagi ibu hamil.
Isi durian belanda dimakan ketika sudah masak kerana lebih lembut berbanding yang masih muda dengan rasa menyegarkan. Anda boleh menikmatinya secara segar atau diolah menjadi jus. Namun dinasihatkan untuk memasak buah ini dalam tempoh yang lama agar kandungan nutrisinya tidak terjejas.
Khasiat durian belanda untuk ibu hamil
Kredit: FashionLady
Berdasarkan artikel Alodokter, Dr. Arnold Fernando mengatakan sebenarnya buah durian belanda tidak dilarang untuk ibu hamil jika anda berpada-pada ketika mengambilnya.
''Khasiat buah durian belanda adalah mengandungi pelbagai vitamin dan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Sekiranya anda mengambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan terjadinya masalah sakit perut dan pedih ulu hati,'' jelas Dr. Arnold.
Berikut adalah beberapa khasiat durian belanda yang disokong oleh kajian-kajian sains:
#1. Mengenyangkan ibu hamil
Kredit: Freepik
Memang tiada makanan yang dapat menggantikan nasi. Buah durian belanda mengandungi karbohidrat, serat dan gula. Jika anda mengambil sebanyak 100 gram, ia adalah bersamaan 16.4 gram karbohidrat, 3.3 gram serat dan 13.5 gram gula.
Sebab inilah yang membuatkan buah durian belanda cukup mengenyangkan dan berupaya menjadi pelengkap sebelum mengambil makanan berat. Ingat, anda dinasihatkan makan buah terlebih dahulu sebelum hidangan utama.
#2. Meningkatkan kekebalan tubuh
Manfaat durian belanda adalah kaya dengan vitamin C. Ia berupaya menjadi agen antioksida dalam mengawal radikal bebas dari sinaran matahari atau asap kenderaan.
Para ibu dicadangkan untuk mengambil buah durian belanda seminggu sekali sebagai pencuci mulut.
#3. Melancarkan sistem pencernaan
Kredit: Freepik
Tidak dinafikan, masalah yang kerap dihadapi oleh ibu mengandung adalah kesukaran untuk membuang air besar atau dikenali sebagai sembelit.
Situasi ini dapat diredakan dengan pengambilan buah durian belanda kerana ia tinggi serat dan sekaligus melancarkan sistem pencernaan ibu hamil
#4. Mencegah rasa mual
Durian belanda memiliki rasa sedikit masam dan manis yang amat sesuai untuk diambil ketika anda berhadapan masalah mual pada trimester pertama kehamilan.
Rasa unik yang terkandung di dalam buah ini mampu merangsang pengeluaran air liur sehingga membuatkan rasa mual terus hilang.
Selain itu, rasa manis dari sirsak juga bisa meningkatkan nafsu makan. Bila Bunda termasuk bumil yang kerap merasakan mual dan kehilangan nafsu makan, konsumsi buah sirsak dapat membantu mengatasinya.
#5. Memperbanyakkan susu badan
Kredit: Pexels
Buah durian belanda dapat merangsang pengeluaran susu badan lebih banyak pada ibu hamil. Sekiranya anda ingin membekalkan susu ibu kepada bayi tanpa sebarang masalah, amalkan sahaja memakan buah ini ketika berada trimester akhir kehamilan.
#6. Mengandungi pelbagai vitamin
Bagi ibu yang tidak tahu, buah durian belanda mengandungi vitamin C dan juga vitamin B seperti thiamin, riboflavin dan niacin.
Buah ini turut terdiri daripada 67.5 peratus pulpa, 8.5 biji, 20 peratus kulit dan 4 peratus kerak. Dengan mengambilnya, wanita hamil turut memperoleh manfaat mineral seperti kalsium, fosforus dan juga zat besi.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!