Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

Keputihan merupakan perkara normal tetapi keputihan pada wanita boleh membawa kepada masalah iritasi yang boleh mengganggu aktiviti seharian!
Keputihan atau nama saintifiknya, Fluor Albus atau Leukore ialah satu keadaan apabila cairan atau lendir yang berlebihan keluar dari vagina, dan keputihan pada wanita adalah normal.
Namun, jika anda mengalami gejala seperti faraj terasa gatal atau pengeluaran lendir yang berlebihan dan berbau, anda mungkin mengalami jenis keputihan yang tidak normal.
Cara Mengatasi Keputihan: Masalah Keputihan Pada Wanita
Keputihan tidak mengenal usia dan status perkahwinan. Walaupun ramai mengadu mengalami keputihan ketika hamil, ramai juga wanita muda yang dijangkiti penyakit ini.
Walaupun keputihan pada wanita adalah normal, tapi keputihan yang berlebihan bakal mengundang banyak masalah. Malah, ia juga bergantung kepada bau dan warna keputihan anda itu.
Keputihan Pada Wanita: Kenapa Keputihan Boleh Terjadi?
Antara penyebab keputihan adalah:
- Jangkitan kulat
- Sistem imun yang lemah
- Masalah kebersihan
- Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
- Pengambilan antibiotik atau steroid
- Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
- Pil perancang keluarga
- Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
- Diabetes
- Sabun wangi, losyen atau mandian buih
- Penyakit radang pelvik
- Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
- Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
Gaya Hidup Yang Menyumbang Masalah Keputihan Pada Wanita
Bakteria, penyakit atau masalah lain yang menyebabkan keputihan boleh disebabkan oleh gaya hidup yang diamalkan oleh seseorang wanita juga.
Berikut merupakan senarai gaya hidup yang mempengaruhi masalah keputihan pada wanita:
- Diet yang tidak teratur
- Kurang makan makanan sihat
- Merokok
- Kurang bersenam
- Kurang rehat
- Tidak mendapat tidur yang cukup
- Stress
- Mengenakan seluar atau seluar dalam terlalu ketat
Cara Mengatasi Keputihan: Apa Yang Anda Boleh Buat Untuk Menghilangkan Keputihan?
Jika anda merasa keputihan anda perlukan rawatan, ada beberapa cara yang anda boleh usahakan bagi menghilangkan keputihan.
#1 Rawatan Keputihan di Klinik dan Hospital
Doktor akan melakukan pemeriksaan pelvik dengan menggunakan alat yang dipanggil spekulum. Semasa pemeriksaan ini, sampel keputihan akan diambil dan dikenalpasti faktor penyebab keputihan bagi mengesyorkan rawatan yang sesuai.
Jika ia adalah jangkitan, ia akan dirawat dengan mengambil antibiotik. Tetapi sekiranya doktor mengesyaki anda dijangkiti bakteria, anda akan diberi preskripsi untuk sejenis antibiotik yang dipanggil metronidazole.
Manakala jika ia dikenalpasti sebagai penyakit kelamin, biasanya anda diberi suntikan antibiotik sebelum keputusan ujian di makmal boleh mengesahkannya.
#2 Ubat Tanpa Preskripsi
Jika anda ada jangkitan kulat yang berulang dan anda kenal dengan simptom-simptom jangkitan kulat tersebut, anda boleh gunakan krim anti-kular yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi.
#3 Perubahan Hormon
Bagi atrofi faraj pula, ia disebabkan perubahan hormon yang kebiasaannya berlaku sewaktu kehamilan, semasa mengambil pil perancang atau selepas menopaus.
Jika anda sedang mengambil pil perancang kehamilan, dos yang lebih kuat mampu mengatasi keputihan. Manakala jika anda menopaus pula, terapi penggantian hormon adalah rawatan yang sesuai.
#4 Masa Untuk Ubah Gaya Hidup Anda
- Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih wanita berasaskan sabun yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Kerap menukar tuala wanita/pad ketika datang bulan
- Gunakan panty liner pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
- Kurangkan pengambilan makanan yang manis.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas melakukan hubungan kelamin.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Siraplimau/9herbs
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Gatal Di Kemaluan Saat Hamil, Normal Ke? Ini Sebab Kegatalan Berlaku & Cara Merawatnya
3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!