X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!

7 min bacaan
"Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!

Semua suami isteri wajib mengetahui 16 cara mencegah kehamilan yang dikongsi ini. Tidaklah terjadi kehamilan mengejut lagi selepas ini!

Jenis perancang keluarga itu sememangnya penting untuk dilihat keberkesanannya. Ya, benar anak itu memang kurniaan rezeki daripada Tuhan dan kehadirannya sentiasa akan dinanti-nantikan setiap pasangan suami isteri.

Namun, pada masa yang sama pasangan suami isteri juga harus tahu cara-cara untuk mencegah kehamilan dan jenis perancang keluarga yang ada di pasaran.

Bukan apa, kehamilan yang terlalu rapat boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan masalah kekeluargaan kerana ada yang sampai menjadi punca keruntuhan rumah tangga dan ketegangan dalam keluarga!

Jenis Perancang Keluarga Yang Pasangan Boleh Cuba

perancang keluarga, pil perancang terbaik,  perancang keluarga jenis tampal

Jadi, seelok-eloknya, pasangan suami isteri bijak merancang dan tahu cara mencegah kehamilan demi kestabilan dan kekuatan psikologi keluarga.  Tapi perlu diingat, kadang-kadang, kita hanya mampu berikhtiar, Tuhan juga yang menentukan segala-galanya.

#1. Cara semulajadi – mengira waktu subur wanita

Mengira dan mengenali waktu subur adalah 76-88 peratus berkesan sebagai cara mencegah kehamilan. Namun, cara ini tidak mampu melindungi anda dari penyakit STD. Dalam cara ini, anda perlu mengelak berhubungan seksual ketika waktu subur.

Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid biasa seperti 28 hari adalah pada hari ke-8 hingga ke-24. Selain itu, cara lain untuk mengesan waktu subur adalah melihat cecair yang keluar dari faraj. Ketika subur, cecair biasanya lebih jernih seperti putih telur.

#2. Perancang keluarga jenis implan

Perancang keluarga jenis implan mengandungi progesterone. Progesterone ini akan menebalkan mukus servik dan menghalang sperma dari berenang masuk.

Ia akan dimasukkan ke bawah kulit di bahagian lengan. Kaedah perancang keluarga ini 99 peratus berkesan dan boleh bertahan sehingga 4 tahun.

#3. Perancang keluarga jenis tampal

Perancang jenis ini antara yang paling mudah dan murah untuk didapatkan. Ia mampu menghalang sperma bersenyawa dengan telur.

Sama seperti perancang keluarga yang lain, cara mencegah kehamilan ini berfungsi dengan merembeskan hormon estrogen dan progestin yang akan menghentikan penghasilan telur. Anda boleh menampal ia di perut, lengan, punggung atau bahagian belakang. Ia terbukti 91 peratus berkesan.

#4. Kaedah pil perancang keluarga

Cara mencegah kehamilan ini pula paling popular. Pil perlu dimakan setiap hari bermula pada hari pertama kitaran haid, hinggalah ke hari-21.

Kemudian, anda tidak perlu makan pil tersebut selama 7 hari. Jika dimakan dengan betul, tahap keberkesannya adalah 99 peratus. Ramai wanita memilih untuk menggunakan reminder bagi memakan pil ini agar tidak lupa.

#5. Suntikan

Kaedah suntikan pula menggunakan hormon progesterone. Anda perlu disuntik selama 2 bulan sekali dan perlu mendapatkan suntikan baru selepas 2 bulan.

Suntikan ini akan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari malah menghasilkan lendir yang pekat agar sperma tidak berjaya berenang. Namun, ramai wanita yang mengadu mereka mengalami pendarahan yang tidak menentu gara-gara kaedah perancang ini.

#6. Span

Di Malaysia, kaedah perancang ini mungkin tidak terlalu popular. Ia adalah sejenis perancang keluarga yang menggunakan span untuk dimasukkan ke dalam vagina sebelum seks.

Span ini akan menjaga serviks dan mengandungi pembunuh sperma untuk mengelak kehamilan. Ia disertakan dengan tali untuk mudah ditarik selepas itu. ia hanya 76-88 peratus berkesan.

#7. Perancang keluarga jenis cincin

Perancang keluarga jenis cincin atau NuvaRing adalah sejenis perancang yang perlu dimasukkan ke dalam vagina juga. Ia kecil dan mampu menghalang kehamilan dengan merembeskan hormon. NuvaRing mampu menghentikan sperma dari bertemu dengan telur. 

#8. Menyusu badan

Memang menyusu mampu mencegah kehamilan selama 6 bulan, namun anda perlu melakukannya dengan betul. Cara yang betul ialah dengan menyusu badan secara eksklusif tanpa susu formula langsung, tidak datang haid dan mengambil pil mini dari klinik kesihatan.

#9. Cervical cap

Cervical cap adalah sejenis mangkuk kecil yang dibuat dari silikon lembut dan berbentuk topi. Ia harus dimasukkan ke dalam vagina untuk melindungi serviks. Perlindungan akan diberi pada serviks agar tidak disertai sperma.

Untuk lebih berkesan, anda juga diminta untuk menggunakan pembunuh sperma atau spermisida.

#10. Kondom

Kondom antara pilihan yang paling mudah dan paling murah juga. Namun, kaedah ini tidak terlalu efisyen kerana keberkesannya hanya sebanyak 60 – 80% sahaja, itupun jika diguna dengan betul.

#11. Diafram

Seakan sama seperti perancang keluarga jenis span, cincin dan cervical cap, diafram adalah sejenis bekas kecil yang perlu dimasukkan ke dalam vagina. Ia melindungi serviks. 

#12. IUD

Alat ini akan dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih. Ia boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis. Kaedah ini mampu menghalang kehamilan sebanyak 98 peratus. 

#13. Kondom wanita

Jangan terkejut kalau anda baru tahu tentang kondom wanita. Ya, kondom ini khas untuk wanita.

#14. Spermisida

Spermisida atau pembunuh sperma dijual dalam bentuk krim, aerosol, atau tablet. Ia memiliki bahan kimia yang boleh membunuh, merencatkan pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur.

Spermisida perlu dibiar dalam faraj selama 6 hingga 8 jam tanpa dibasuh selepas seks. Ini agar memastikan sperma mati. 

#15. Sterelisasi

Sterelisasi adalah satu kaedah kekal bagi wanita dan lelaki. Untuk wanita, saluran fallopio akan diikat atau dipotong bagi mengelak perjalanan ovum. Bagi lelaki pula vasektomi akan dilakukan di mana saluran vas deferens yang membawa sperma akan dipotong dan diikat.

#16. Pancut luar

Pancut luar antara pilihan ramai pasangan suami isteri. Namun, cara mencegah kehamilan ini tidak terlalu berkesan. Ramai wanita yang mengadu “termengandung” walaupun selepas tembak luar. Sebenarnya, pancut luar memerlukan plan B untuk berjaya.

Kenapa Perlunya Perancang Keluarga?

perancang keluarga, pil perancang terbaik,  perancang keluarga jenis tampal

Untuk pengetahuan umum, merancang keluarga bermaksud anda menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan juga berapa bilangan anak yang diinginkan oleh pasangan suami isteri. Perlu diketahui juga bahawa masa yang sesuai untuk wanita hamil adalah di antara 20 sehingga 35 tahun.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Antara faedah merancang keluarga ini adalah dapat meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak. Selain itu ia juga dapat membantu dalam merancang jarak kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik.

Merancang keluarga juga bagi mengelakkan kehamilan yang tidak diingini, menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dan memperbaiki kesejahteraan keluarga.

Keberkesanan pil perancang yang digunakan semasa kecemasan ialah 75 peratus manakala keberkesanan alat dalam rahim pula adalah 99.9 peratus  untuk mengelak kehamilan.

Bagaimana Merancang Keluarga Dengan Berkesan?

perancang keluarga, pil perancang terbaik,  perancang keluarga jenis tampal

Selalunya, langkah perancang keluarga ini dilakukan semasa lawatan check-up bayi dan yang sering ditawarkan oleh doktor adalah pil perancang, suntik, IUD, dan lain-lain cara yang kami jelaskan di atas. Tetapi, tahukah anda ada lagi cara lebih berkesan untuk merancang kehamilan tanpa penggunaan sebarang ubat-ubatan?

Contohnya seperti:

#1. Mencatat suhu badan setiap hari

Cara merancang kehamilan ini memerlukan wanita menyukat suhu badan setiap hari. Ini kerana kesuburan seseorang wanita kebiasaannya dapat dijangka melalui kenaikan suhu badan.

Termometer khas iaitu ‘Basal Body Thermometer’ boleh digunakan bagi menyukat suhu badan dengan tepat kerana perbezaan suhu sememangnya tak begitu banyak.

Pasangan yang menggunakan kaedah ini perlu mengelakkan hubungan seks sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.

#2. Kenalpasti perubahan cecair pada faraj

Apabila cecair faraj muncul wanita boleh mengenalpasti tekstur dan warna untuk mengetahui sama ada tubuh sedang subur atau sebaliknya.

#3. Kaedah beritma

Kaedah beritma ini dikenali sebagai kaedah kalendar wanita perlu merekodkan kitaran haid selama enam bulan. Kitaran haid selalunya selama 28 hari, tetapi julatnya boleh juga di antara 23 hingga 35 hari dan ia masih dikira sebagai normal.

Kitaran haid dari hari pertama pendarahan sehingga hari pertama haid yang berikutnya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah kalendar kerana wanita perlu merekodkan kitaran haid selama enam bulan.

Setelah mendapat kitaran yang tetap, anda boleh membuat sedikit pengiraan untuk mendapatkan waktu subur.

Cara mengira adalah seperti berikut:

  • Untuk kitaran haid yang ‘terpendek’, tolak harinya sebanyak 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.
  • Untuk kitaran haid yang ‘terpanjang’, tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir kesuburan.

Berikut antara perkongsian dan panduan penuh untuk cara mencegah kehamilan yang boleh diamalkan oleh semua pasangan di Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

  1. Plannedparenthood (n.d) Birth Control. www.plannedparenthood.org/learn/birth-control

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Cara Untuk Hamil, Dengan Cara Mudah Hamil Ini, InsyaAllah Berkesan!

Baca juga: Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Baca juga: Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • "Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!
Kongsikan:
  • 7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

    7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

  • Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

    Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

    7 cara mencegah kehamilan di luar kandungan - ibu hamil wajib tahu!

  • Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

    Tidak Datang Haid Ketika Menyusu Anak, Tapi Bolehkah Saya Mengandung?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.