TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Benjolan Di Kemaluan & Gatal -Gatal Saat Hamil, Normal Ke? Ini Punca & Cara Merawatnya

4 min bacaan
Benjolan Di Kemaluan & Gatal -Gatal Saat Hamil, Normal Ke? Ini Punca & Cara Merawatnya

Wanita hamil kerapkali menghidapi masalah gatal di kemaluan saat hamil. Apakah penyebab keadaan ini dan apa yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya?

Salah satu masalah kerap dihidapi wanita hamil adalah keputihan yang banyak. Masalah keputihan bukan sahaja mengganggu keselesaan, malah menjadi-jadi pula apabila terdapat benjolan di kemaluan yang mengakibatkan kegatalan.

Bagi wanita yang tidak mengalami keputihan sebelum hamil, pasti akan terkejut dan tertanya-tanya adakah ini normal bagi wanita hamil? Hakikatnya, wanita hamil lebih kerap terjadi keputihan dan ini adalah perkara normal, namun berisiko sekiranya ia menyebabkan kegatalan.

Benjolan di Kemaluan Mengakibatkan Kegatalan

Apakah yang menyebabkan terjadinya benjolan tersebut? Adakah daripada keputihan yang banyak? Ada juga kemungkinan. Apabila ibu hamil mengalami keputihan yang banyak kemudian panty liner pula tidak disalin dengan kerap ia akan menyebabkan pengumpulan bakteria. Lantas mengakibatkan iritasi pada kemaluan. Mulalah timbul benjolan di kemaluan yang cukup gatal!

Apa Itu Keputihan?

gatal di kemaluan saat hamil

Keputihan atau dikenali sebagai “leucorrhea” ialah cecair atau lendir berlebihan yang keluar dari faraj wanita. Cecair atau lendir merupakan bakteria normal yang bertekstur nipis, tidak berwarna atau putih susu, dan berbau ringan.

Dalam maksud lain, ia merupakan sisa buangan dari rahim dan faraj, dan sel-sel yang telah mati dari dinding faraj.

Keputihan berfungsi untuk:

  • Bertindak sebagai pencuci semula jadi dalam membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini supaya dilindungi daripada jangkitan dan iritasi. Mengimbangkan pH dan bakteria semulajadi (normal flora) di sekeliling faraj wanita.
  • Jika pH faraj menjadi tidak seimbang, maka ia mudah bagi bakteria atau kulat untuk menjangkiti faraj menyebabkan pertukaran warna, ketul-ketulan dan bau yang amat tidak menyenangkan kepada keputihan.

Keputihan Tidak Normal Menyebabkan Kegatalan Semasa Hamil

keputihan semasa hamil

Keputihan yang bermasalah (keputihan patologi) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, menunjukkan petanda penyakit seperti lelehan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan gatal di sekitar kemaluan dan selangkangan. 

Jangkitan kuman menjadi penyebab utama gatal pada kemaluan wanita remaja dan gatal pada kemaluan saat hamil. pH pada bahagian faraj wanita tidak seimbang semasa kehamilan dan secara tidak langsung ramai wanita berdepan dengan masalah keputihan saat hamil.

Antara mikroorganisma yang menyebabkan keputihan bermasalah ialah Gardnerella vaginalis (bakteria), Trichomonas vaginalis (parasit), Candida albicans (kulat) dan lain-lain lagi.

Tambahan lagi,  wanita hamil yang menghidapi penyakit kencing manis, lebih terdedah kepada penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang menggalakkan pertumbuhan kulat yang banyak di bahagian faraj.

Rawatan Bagi Gatal Di Kemaluan Saat Hamil

gatal di kemaluan saat hamil

Rawatan bagi keputihan bermasalah bergantung kepada punca yang menyumbangnya, sama ada faktor pemakanan, gaya hidup atau rutin kebersihan.

Anda boleh melakukan beberapa perkara berikut bagi mengelakkan benjolan di kemaluan dan mengurangkan kekerapan gatal di kemaluan saat hamil:

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
  • Untuk mengelak daripada sebarang jangkitan di kawasan kemaluan, lap bahagian kemaluan dari depan ke belakang untuk menghalang bakteria dari dubur masuk ke dalam vagina, setiap kali selepas buang air di tandas.
  • Salah satu petua yang boleh digunakan ialah jika gatal-gatal kemaluan tersebut disebabkan oleh alergen atau perengsa, anda haruslah mengenal pasti dan mengelak daripada alergen itu.
  • Elakkan seks tanpa perlindungan, terutamanya jika anda bimbang bahawa anda atau pasangan anda mungkin mengalami jangkitan.
  • Dapatkan preskripsi ubat yang bersesuaian untuk wanita hamil dari doktor yang berdaftar, supaya tidak mengganggu kehamilan anda.
  • Jika anda ada kencing manis semasa hamil, hentikan pengambilan makanan manis.
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat dari kapas, dan pastikan anda menukar panty liner dengan kerap. 
  • Basuh seluar dalam menggunakan sabun pencuci yang ringan, elok jika anda gunakan sabun basuh baju bayi.
  • Sentiasa pastikan kemaluan anda kering sebelum memakai seluar dalam.
  • Elakkan mencukur bulu ari-ari, trim sudah memadai. Benjolan di kemaluan juga mungkin berpunca daripada bulu ari-ari yang tersumbat (ingrown hair). 

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Benjolan Di Kemaluan & Gatal -Gatal Saat Hamil, Normal Ke? Ini Punca & Cara Merawatnya

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: SehatQ, doctoroncall

Baca juga: Vagina Gatal-Gatal, Semak Tanda-Tanda Ini Ia Mungkin Serius!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Benjolan Di Kemaluan & Gatal -Gatal Saat Hamil, Normal Ke? Ini Punca & Cara Merawatnya
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham