TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri, Bahagiakanlah Diri Sendiri & Beli Apa Yang Anda Mahu, Carilah Waktu Untuk Berehat

4 min bacaan
Isteri, Bahagiakanlah Diri Sendiri & Beli Apa Yang Anda Mahu, Carilah Waktu Untuk Berehat

Wanita ini hatinya sangat lembut, sampaikan rasa letih pun sukar untuk dituturkan dari mulutnya. Malah kadang-kadang, mereka terlupa untuk mencintai dirinya sendiri dan sanggup berkorban apa sahaja.

Sudah banyak orang perempuan korbankan untuk suami dan anak-anak, sampai kadang-kadang terlupa untuk diri sendiri. Ia selari dengan jiwa orang perempuan yang halus dan kadang-kadang sukar untuk digambarkan. Namun, mencintai diri sendiri itu juga penting. 

Menurut Puan Diyana Tahir semasa di dalam kelas ‘Kembali Bercinta, beliau ada menerangkan agar orang perempuan memberi fokus pada diri sendiri dan lupakan buat seketika suami dan anak.

Bukan lama mana untuk dilupakan tapi sekejap sahaja dan biarkan diri juga ada sisi bahagia.

Mencintai diri sendiri, tidak salah berkorban untuk orang lain

Isteri, Bahagiakanlah Diri Sendiri & Beli Apa Yang Anda Mahu, Carilah Waktu Untuk Berehat

Walaubagaimanapun menurut Pn Diyana, tidak ada salahnya untuk kita berkorban demi kepentingan orang lain tapi pastikan kita juga menunaikan untuk diri sendiri sama.

Hal ini kerana, Allah SWT perintahkan supaya kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri terlebih dahulu kemudian barulah orang lain.

Apa yang Allah ajar ini adalah tepat sekali kerana orang yang bertanggungjawab dengan diri sendiri dan menghargai dirinya, tentulah orang itu seorang yang bahagia menjalani kehidupannya.

Sekaligus kebahagiaan yang dikecapi oleh sang isteri itu, akan terpancar keluar kepada suami, anak dan seluruh keluarga. Ini kerana hanya orang bahagia sahaja yang mampu memberikan kebahagiaan itu.

“Ada ketikanya kita merasakan, oh tidak mengapa hari ini saya mengorbankan masa untuk menyiapkan suami smart-smart pergi ke tempat kerja.

“Kemudian baju anak pula diperkemaskan dengan rapi siap ada  brand yang pelbagai.

mencintai diri sendiri

“Tapi pernah atau tidak, anda tunduk dan lihat pakaian sendiri, bagaimanakah rupanya?

“Adakah ia sudah sempat bergosok atau sebaliknya dan bilakah kali terakhir anda membeli baju baru? Pernah tanya tak pada diri sendiri?

“Kemudian lihat pula, adakah baju kita dengan baju suami setaraf?

“Lihat pula meja solek anda, adakah bedak compact sudah kehabisan? Adakah anda sudah sempat menggantikannya dengan yang baru?

“Itu belum masuk lagi waktu tidur, cukup tak tidur setiap hari? ditambah pula anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian lebih daripada ibu mereka ini.

“Bagaimana pula dengan makanan kegemaran kita, bila kali terakhir kita menjamahnya?

“Atau sejak dah beranak pinak ini, tak terfikir makanan kegemaran sendiri hanya ikut selera suami dan anak-anak sahaja.

Inilah antara sebab mengapa kadang-kadang seorang isteri itu boleh tertekan, stres, dulu lawa sekarang tidak dan ada ketikanya tidak kenal siapa diri mereka lagi.

Apa yang mereka tahu segalanya demi suami dan anak-anak. Hal diri sendiri tolak ketepi dulu.

3 Tips mencintai diri sendiri

Isteri, Bahagiakanlah Diri Sendiri & Beli Apa Yang Anda Mahu, Carilah Waktu Untuk Berehat

#1. Menulis perkara yang diimpikan

Menurut Pn Diyana, pertamanya setiap daripada wanita perlu menulis apa perkara yang sangat mereka impikan di dalam sekeping kertas.

“Sebagai manusia, tentu kita ada cita-cita dan impian, bukan? Jadi, ambil sekeping kertas dan tulis impian anda itu.

“Tulis sahaja, tidak kira logik ataupun tidak. Sebabnya apa yang kita tulis ini boleh menjadi satu doa hingga satu masa ia akan bermain difikiran atau mungkin anda akan mencapainya tak lama lagi.

Stories Rakan Kongsi
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why the third trimester of pregnancy is crucial
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines

Kemudian, tuliskan perkara yang mampu membuatkan kita rasa bahagia contohnya memasak, menanam bunga, melancong, tidur di hotel mewah atau dapat pergi gym untuk turun berat badan.

Bayangkan kalau kita mampu tulis dalam masa 30 hari, tentu emosi kita akan bertambah baik hingga anak-anak pun nampak ibunya lebih ceria dari sebelumnya.

#2. Meraikan diri sendiri

Seterusnya, raikan diri sendiri dengan membeli apa saja barang yang anda sukai. Contohnya kalau minat barangan elektrik, belilah yang baru kalau nampak lama yang lusuh.

Sekurang-kurangnya beli hadiah untuk diri sendiri ini sebulan, seminggu atau sehari sekalipun.

Kalau rasa minum kopi setiap hari itu menyeronokkan, buat saja kerana emosi positif waktu pagi dapat menaikkan momentum sepanjang hari.

“Seperti saya, lebih suka bersendirian bersama Al-Quran setiap pagi, walaupun satu ayat sahaja yang sempat baca. Itu pun sudah cukup rasa berguna pada hari tersebut.

#3. Menjaga spiritual

“Spritual ini maksudnya bagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah SWT. Jika dahulu, saya pun sama lebih kejar kuantiti ibadah berbanding kualitinya.

“Namun semuanya tidak memberikan impak positif dalam hati. Tapi bila tukar kepada kualiti ibadah walau sikit, hidup ini akan rasa lebih bererti,” ujarnya. 

Justeru, bagaimana pula cara anda membahagiakan diri sendiri? Jom kongsikan dengan kami.

Isteri, Bahagiakanlah Diri Sendiri & Beli Apa Yang Anda Mahu, Carilah Waktu Untuk Berehat

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Nurulain Ahmad 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comhadiah-hari-jadi-isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri, Bahagiakanlah Diri Sendiri & Beli Apa Yang Anda Mahu, Carilah Waktu Untuk Berehat
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham