X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Vena Varikos Semasa Mengandung, Masalah Urat Simpul Di Bahagian Kaki Hingga Vagina

6 min bacaan
Vena Varikos Semasa Mengandung, Masalah Urat Simpul Di Bahagian Kaki Hingga Vagina

Vena varikos atau urat simpul boleh menganggu perjalanan kehamilan anda. Ada beberapa punca dan cara bagi mengatasinya dengan berkesan

Varicose vein vagina atau vena varikos vagina boleh terjadi kepada mana-mana wanita. Bagi mereka yang hamil atau memiliki sejarah keturunan menghidap masalah ini, risikonya mungkin adalah lebih tinggi.

Vena varikos merupakan masalah urat simpul, membesar atau bengkak. Ia boleh terjadi di mana-mana bahagian badan dan tempat yang paling biasanya adalah di kaki.

Isi Kandungan

  • Masalah vena varikos semasa mengandung
  • Bahagian tubuh yang sering mengalami urat simpul
  • Punca vena varikos atau varicose veins
  • Tanda atau gejala vena varikos semasa mengandung
  • Cara mengatasi masalah vena varikos atau urat simpul
  • Cara mengelakkan urat simpul atau varicose veins terjadi 

Masalah vena varikos semasa mengandung

vena varikos vagina

Vena varikos berlaku apabila injap dalam urat anda menjadi lemah atau rosak. Semasa badan mengepam dan mengalirkan darah melalui urat, injap ini berfungsi untuk memastikan peredaran darah menjadi lancar.

Walau bagaimanapun aliran darah boleh terganggu jika injap tidak berfungsi, menyebabkannya terkumpul, membengkak dan urat kelihatan timbul.

Vena varikos pula terjadi apabila urat varikos telah berkembang dalam vulva anda. Vulva adalah bahagian luar alat kelamin wanita.

Masalah urat simpul di betis ini boleh menyebabkan anda berasa sakit, tekanan dan rasa tidak selesa pada bahagian yang terkesan.

Sebenarnya ramai wanita mengalami masalah vena varikos semasa mengandung. Hal ini kerana berlakunya perubahan dalam aliran darah serta peningkatan paras hormon yang menyebabkan urat dalam vulva membesar.

Masalah ini biasanya akan hilang tanpa rawatan sebaik sahaja selepas bersalin. Namun jika ia tidak hilang atau anda mengalaminya ketika tidak mengandung, terdapat beberapa pilihan rawatan yang tersedia untuk membantu meminimumkan gejala anda.

Bahagian tubuh yang sering mengalami urat simpul

Lokasi yang paling biasa untuk vena varikos semasa kehamilan ialah betis kaki, buku lali dan kawasan alat kelamin luar (vulva). Buasir, iaitu vena varikos yang berlaku di rektum anda atau di sekitar dubur anda, juga biasa berlaku semasa kehamilan.

Urat labah-labah boleh berlaku bersama-sama dengan urat varikos. Ini adalah garis biru atau merah halus yang boleh lihat melalui kulit anda tetapi tidak berketul.

Ibu mengandung mungkin alami sedikit kerengsaan dan ketidakselesaan apabila muncul gejala masalah ini di betis kaki atau bahagian tubuh lain, tetapi ia biasanya hilang selepas bersalin.

Punca vena varikos atau varicose veins

Semasa mengandung, perubahan hormon dan berat bayi anda yang sedang membesar menjadikan anda berisiko mengalami urat simpul atau vena varikos semasa mengandung. Ini adalah kerana:

  1. Tahap hormon yang lebih tinggi, progesteron, yang melegakan dinding saluran darah dan mengurangkan fungsi injap.
  2. Peningkatan jumlah darah dalam badan anda.
    Tekanan daripada bayi anda pada saluran darah di pelvis anda yang boleh mengubah aliran darah di kawasan pelvis dan kaki anda.
    Semua daya ini menyukarkan perjalanan darah melawan graviti dari kaki anda ke jantung anda.
  3. Sembelit juga biasa berlaku dalam kehamilan dan boleh menyebabkan buasir.

Faktor lain boleh meningkatkan risiko anda mengalami vena varikos semasa mengandung termasuklah: 

  • Diet: Terlalu banyak natrium atau tidak cukup serat atau air boleh menyebabkan anda mengekalkan air dan meningkatkan risiko vena varikos dan buasir.
  • Genetik: Anda mungkin lebih berkemungkinan mengalami vena varikos semasa hamil jika ibu atau nenek anda juga menghidapinya.
  • Berat: Vena varikos adalah lebih biasa jika anda memiliki berat badan berlebihan.

Tanda atau gejala vena varikos semasa mengandung

Anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala urat simpul ini. Biasanya ia boleh menjadi lebih teruk apabila melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda duduk atau berdiri dalam tempoh masa yang lama.

Antara tanda vena varikos atau gejala urat simpul ini adalah:

  • Rasa berat di betis kaki.
  • Gatal-gatal di sekitar urat.
  • Kaki kejang.
  • Sakit, berdenyut atau kelembutan di bahagian bawah kaki anda.
  • Bengkak (edema) pada kaki dan buku lali.

Buasir juga boleh menyebabkan kesakitan dan kegatalan. Meneran semasa membuang air besar dan mengelap boleh menyebabkannya berdarah. Anda mungkin melihat darah merah terang pada tisu tandas apabila ini berlaku.

Cara mengatasi masalah vena varikos atau urat simpul

masalah vagina wanita

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2017, dianggarkan 18 hingga 22 peratus wanita mengandung dan 22 hingga 34 peratus wanita mengalami masalah urat simpul.

Walau bagaimanapun kebanyakannya tidak pernah didiagnosis sebagai varicose vein vagina kerana mereka tidak dapat melihat atau merasakan urat varikos dalam vulva mereka. Bukan itu sahaja, ada yang memilih untuk tidak berjumpa dengan doktor disebabkan oleh rasa malu.

Bagi anda yang mengalaminya, jangan risau kerana ada beberapa pendekatan awal boleh dilakukan di rumah. Antaranya:

#1. Pergerakan dan ketinggian

Kekal aktif dan bergerak pada siang hari. Elakkan daripada berada dalam kedudukan yang sama untuk tempoh masa panjang.

Apabila anda ingin tidur pada waktu malam, angkat kaki atau pinggul dengan bantal bagi memastikan darah mengalir dan tidak berkumpul.

#2. Pakaian mampatan

Stoking mampatan boleh meningkatkan jumlah alirah darah pada bahagian kaki anda. Ia memastikan darah bergerak lancar dan bukannya berkumpul dalam urat.

Dalam hal ini, bincang bersama pembekal penjagaan kesihatan ketika memilih produk yang sesuai untuk diri terutamanya jika anda mengandung.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pakaian sokongan varikos vulvar yang dipakai bersama seluar dalam anda. Ia berupaya mengehadkan rasa tidak selesa disebabkan oleh vena varikos sekitar vulva atau perineum anda.

#3. Penggunaan pek ais

Sapukan pek ais di sekitar vulva dapat mengurangkan rasa bengkak, kebas, kegatalan dan ketidakselesaan disebabkan oleh masalah varicose vein vagina atau betis kaki ini.

#4. Sabun bertekstur lembut

cara merawat masalah varikos vena

Doktor mungkin mengesyorkan anda untuk gunakan hanya sedikit sabun lembut bagi membersihkan kawasan vagina. Selain itu sapukan krim kortikosteroid topikal selepas mandi untuk melegakan rasa kegatalan.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

#5. Makan makanan seimbang

Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat boleh membantu anda. Kebanyakan wanita mengalami peningkatan berat badan semasa mengandung, tetapi masalah obesiti adalah faktor risiko vena varikos.

Justeru, cuba kekalkan kuantiti pemakanan harian bagi mengelakkan masalah urat simpul di betis menjadi lebih teruk.

#6. Pakaian selipar atau kasut yang selesa

Tidak dinafikan bagi mereka yang tidak begitu tinggi, anda mungkin cenderung memilih kasut bertumit. Meskipun kelihatan lebih cantik, namun ia boleh menyebabkan urat bersimpul. 

Justeru, elakkan dari menggunakan kasut tumit tinggi atau tidak selesa ketika anda keluar rumah. Pastikan juga anda tukar posisi badan dengan kerap.

#6. Rawatan yang lebih agresif

Sekiranya anda mengalami gejala urat simpul di betis atau lain bahagian tubuh yang teruk dan tidak mengandung, kaedah rawatan yang lebih agresif mungkin boleh dipertimbangkan. 

Antaranya:

  • Phlebectomy: Rawatan ini membuang urat yang terjejas, ia memerlukan beberapa hirisan kecil dibuat pada permukaan kulit
  • Echosclerosis: Ia adalah versi skleroterapi yang diperluas dengan panduan ultrasound

Cara mengelakkan urat simpul atau varicose veins terjadi 

Bagi ibu mengandung yang berisiko mengalami varicose veins ini, anda boleh melakukan beberapa perkara bagi mencegah ia terjadi. Sebagai contoh:

  • Tukar kedudukan anda untuk mengelakkan duduk atau berdiri lama.
  • Jangan duduk dengan kaki bersilang.
  • Angkat kaki anda beberapa kali sehari.
  • Tidur mengiring
  • Pakai pantyhose bersalin atau stokin mampatan.

Kesimpulannya, varicose vein vagina selalunya membuatkan anda berasa tidak selesa. Bagi ibu hamil, ia akan hilang selepas bersalin dan tidak menyebabkan komplikasi serius.

Very Well Family, Cleveland Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanya Sis Min: Saya Mengandung Luar Nikah & Nak Buang Kandungan Ni, Apa Perlu Saya Buat?

Baca juga: Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Vena Varikos Semasa Mengandung, Masalah Urat Simpul Di Bahagian Kaki Hingga Vagina
Kongsikan:
  • Kebaikan Labu Air Bukan Sahaja Bagus Untuk Cegah Penyakit, Boleh Perbanyakkan Susu Badan Untuk Ibu Menyusu!

    Kebaikan Labu Air Bukan Sahaja Bagus Untuk Cegah Penyakit, Boleh Perbanyakkan Susu Badan Untuk Ibu Menyusu!

  • Elak Berkongsi Barang Peribadi, Kudis Buta Atau Scabies Boleh Berjangkit!

    Elak Berkongsi Barang Peribadi, Kudis Buta Atau Scabies Boleh Berjangkit!

  • Apa Itu Virus RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Punca Penyakit RSV, Gejala & Risiko Bahaya

    Apa Itu Virus RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Punca Penyakit RSV, Gejala & Risiko Bahaya

  • Kebaikan Labu Air Bukan Sahaja Bagus Untuk Cegah Penyakit, Boleh Perbanyakkan Susu Badan Untuk Ibu Menyusu!

    Kebaikan Labu Air Bukan Sahaja Bagus Untuk Cegah Penyakit, Boleh Perbanyakkan Susu Badan Untuk Ibu Menyusu!

  • Elak Berkongsi Barang Peribadi, Kudis Buta Atau Scabies Boleh Berjangkit!

    Elak Berkongsi Barang Peribadi, Kudis Buta Atau Scabies Boleh Berjangkit!

  • Apa Itu Virus RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Punca Penyakit RSV, Gejala & Risiko Bahaya

    Apa Itu Virus RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Punca Penyakit RSV, Gejala & Risiko Bahaya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham