X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bagaimanakah Cara Untuk Mengira Tendangan Bayi & Mengapa Ia Sangat Penting?

5 min bacaan
Bagaimanakah Cara Untuk Mengira Tendangan Bayi & Mengapa Ia Sangat Penting?

Tahukah ibu akan kepentingan menghitung pergerakan bayi pada waktu yang sama? Ia mampu memberikan petanda berlaku sesuatu masalah terhadap kandungan, tau!

Momen sensasi yang dirasai oleh kesemua ibu adalah pergerakan bayi buat pertama kali di bahagian perut. Tendangan perlahan yang kadang-kadang kuat menggunakan siku serta kaki kecil ini menjadi kenangan kehamilan paling berharga.

Walau bagaimanapun, anda perlu mengira seberapa kerap tendangan ini bagi mengawasi pergerakan bayi setelah memasuki usia kandungan trimester ketiga. Hal ini adalah untuk mengesan setiap perubahan yang berlaku kepada bayi dan petanda awal sekiranya kandungan mengalami sebarang masalah tidak diingini.

Mengira pergerakan bayi semasa mengandung: Mengapa ia penting?

#1. Pencegahan kelahiran mati

kepentingan mengira pergerakan bayi

Kehilangan bayi dalam kandungan menjadi sebuah mimpi ngeri bagi setiap ibu ayah. Bayangkan sudah berbulan-bulan anda berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang perjalanan kehamilan, akhirnya tamat dengan sebuah tragedi.

Kematian bayi (stillbirth) adalah sesuatu yang tidak dijangka. Ia kadang-kadang boleh dicegah dengan menghitung setiap pergerakan bayi, terutamanya pada trimester ketiga dan menjelang detik bersalin bagi mengurangkan risiko meninggal dunia.

 Menurut kempen pencegahan kematian bayi, Count the Kicks, menyatakan kira-kira 24 000 bayi telah meninggal dunia setiap tahun di Amerika Syarikat. Ia bermakna satu daripada setiap 167 kehamilan akan berakhir dengan kematian. Manakala bagi para ibu di Afrika Amerika, jumlah tersebut amat membimbangkan iaitu 1 daripada 94 kematian!

Berdasarkan sebuah laporan, sebanyak 50% wanita yang kehilangan bayi (stillbirth) menyedari bahawa pergerakan janin mula menurun secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa hari sebelum kandungan disahkan tidak lagi bernyawa.

Ini menunjukkan bahawa banyak kes kelahiran mati tidak berlaku secara tiba-tiba dan anda mungkin dapat menyelamatkan kandungan secara lebih awal dengan mengetahui tanda-tanda amaran dan peka terhadap perkara tidak normal dalam pergerakan bayi.

Sebenarnya, perubahan degupan jantung adalah salah satu perkara yang berlaku ketika bayi berada dala kesusahan dan ia adalah petanda awal untuk menyedarkan ibu.

Memantau pergerakan bayi sekaligus membolehkan anda mengesan perubahan yang menunjukkan berlakunya masalah terhadap janin. Sekiranya ibu mendapati waktu antara pengesanan penurunan pergerakan dan kadar denyutan jantung berkurang, perlulah segera mendapatkan rawatan doktor.

Bukan itu sahaja, para ibu yang menghitung tendangan bayi dan menyedari bahawa terdapat perubahan yang menunjukkan ancaman mampu menyelamatkan bayi dengan lebih awal.

Oleh itu adalah penting bagi ibu hamil untuk mengawasi dan memerhatikan corak pergerakan bayi sepanjang tempoh kehamilan anda.

#2. Menjalinkan hubungan dengan kandungan

mengira pergerakan bayi

firstcry parenting

Selain membantu mencegah kelahiran mati (stillbirth), menghitung tendangan bayi juga mampu membantu ibu menjalinkan hubungan dengan kandungan.

Hal yang paling istimewa anda dengan bayi sebelum lahir adalah merasai tendangan bayi. Ibu-ibu pastinya memanfaatkan waktu ini kerana ia adalah detik paling berharga dan akan dirindui sepanjang hayat.

Bukan itu sahaja, suami juga berasa seronok ketika mengusap lembut bahagian perut dan melihat bayi dalam kandungan aktif memberikan respon.

Mengira tendangan semasa hamil: bagaimana mengawasi pergerakan bayi anda

Ibu mengandung dinasihatkan untuk mula mengira tendangan pada minggu ke-28 atau ke-26 sekiranya anda mempunyai komplikasi atau hamil anak kembar.

Perjalanan kehamilan anda semestinya bukanlah sesuatu yang mudah dan kadang-kadang bayi terlalu aktif juga boleh mengalami masalah. Ia boleh berlaku secara cepat dan tanpa tanda-tanda amaran lain.

Rekod setiap pergerakan bayi pada setiap hari ini mampu memberikan amaran kepada anda sekiranya kandungan normal dan aktif secara tiba-tiba berubah menjadi perlahan.

Petua mengira tendangan bayi dengan mudah

cara menghitung tendangan bayi

#1. Gunakan aplikasi dalam talian untuk mengawasi pergerakan bayi dan rakaman digital ini membolehkan anda mengakses semula bagi tujuan pihak perubatan. Anda boleh memuat turun aplikasi theAsianparent Malaysia di google playstore.

#2. Melangkah sahaja usia kandungan ke-28 minggu, anda perlu hitung pergerakan bayi setiap hari (lebih baik pada masa yang sama).

#3. Setiap bayi adalah berbeza dan maa yang anda pilih perlulah aktif dan merakam peningkatan pergerakan.

#4. Bayi perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 kali gerakan.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

#5. Duduk dengan selesa. Kaki ke atas atau berbaring secara mengiring untuk mengira setiap gerakan bayi termasuklah tendangan, gulungan atau tusukan.

#6. Dalam kebanyakan kes, ia memerlukan masa kurang dari setengah jam secara purata untuk merakam 10 pergerakan. Namun, setiap bayi adalah berbeza.

#7. Pemantauan pergerakan secara berkala membolehkan anda segera membentuk corak atau gambaran apa yang normal bagi bayi (berapa lama masa untuk 10 gerakan), sekiranya berlaku sebarang keadaan yang mencurigakan, segera mendapatkan rawatan di hospital.

#8. Pastikan anda mengira pergerakan bayi setiap hari tanpa gagal.

Bilakah perlu menghubungi doktor?

Sekiranya berlaku perkara luar biasa, ia dianggap sebagai masalah dan anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya:

  • Berlaku perubahan dalam corak pergerakan (mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk 10 tendangan)
  • Jika ibu merasakan pergerakan bayi mula lemah atau tiba-tiba kuat. Jangan melengahkan diri untuk menunggu perubahan ketara bagi mengelakkan risiko kehilangan nyawa bayi anda.
  • Segala perasaan bahawa ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan pergerakan bayi. Jika dilanda rasa tidak sedap hati, anda perlu segera mendapatkan nasihat di hospital berdekatan.

Sumber: Penulis asal Shabnam Muzammil. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengira Tendangan Bayi & Mengapa Ia Sangat Penting?

Baca juga:

https://my.theasianparent.composisi-tidur-yang-betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bagaimanakah Cara Untuk Mengira Tendangan Bayi & Mengapa Ia Sangat Penting?
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham