X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Lahir Mati: Kisah Benar Kesakitan Dihadapi Ibu, Proses Penyembuhan & Cuba Hamil Lagi

5 min bacaan
Lahir Mati: Kisah Benar Kesakitan Dihadapi Ibu, Proses Penyembuhan & Cuba Hamil Lagi

Setiap kehamilan tidak semuanya berakhir kebahagiaan. Ada ibu berdepan kisah pilu dengan anak meninggal ketika dalam kandungan, hingga dia hampir putus asa

Sebaik sahaja mendapat tahu positif hamil, pastinya anda dilanda pelbagai perasaan kerana benih cinta yang disemai membuahkan hasil. Namun, ia tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran indah. Ada ibu berdepan anak meninggal dalam kandungan dan ada juga bayi meninggal setelah beberapa jam selamat dilahirkan.

Pada tahun 2018, kadar kelahiran mati (stillbirth) di Malaysia adalah kira-kira 5.5 per seribu kelahiran. Bagaimanapun, kelahiran mati tetap menjadi topik yang mempunyai “pantang larang” untuk dibincangkan kerana atas alasan ingin menjaga perasaan ibu yang menderita kematian bayi dan trauma akan takdir telah ditetapkan.

Anak meninggal dalam kandungan

bayi meninggal dalam kandungan

Bagi seorang ibu, Jolene Lai, pengalaman dilaluinya pada tahun 2015 adalah sesuatu yang dirasai sehingga kini. Setiap kali mengingatnya, air mata akan jatuh mengimbau kembali detik dia disahkan hamil anak pertama selama 26 minggu.

Kisahnya bermula apabila dia merasai pergerakan bayi yang semakin perlahan dengan hanya satu tendangan sahaja ketika kandungan memasuki 23 minggu.

”Ada yang mengatakan bahawa kehamilan pertama sukar untuk mengesan pergerakan bayi. Jadi, saya telah membiarkannya sahaja dan setelah minggu ke-26, barulah saya menyedari tidak ada sebarang pergerakan bayi,” kongsinya.

Mengikut naluri hati, dia segera ke hospital dan mengatakan bahawa tidak merasai sebarang pergerakan buat beberapa waktu. Kemudian, Jolene terus dibawa ke bilik bersalin. Imbasan bayi telah memberikan berita paling sedih buat beliau yang menyatakan anak meninggal dalam kandungan.

Sekelip mata sahaja dirinya seperti kegelapan mendengar kehilangan cahaya mata tersebut. Para jururawat sedia memberikan sokongan emosi untuk dia pulih dari kesedihan ini.

Detik hitam berkenaan dilaluinya seorang diri memandangkan suaminya bekerja di Singapura. Setelah mendapat khabar duka berkenaan, suaminya terus ke stesen bas untuk pulang ke Johor Bahru.

“Doktor sudah melakukan beberapa ujian darah dan memantau bayi saya setelah dia dibuang dari rahim. Tidak ada masalah dengan plasenta. Mungkin sudah lama dia berada di rahimku ( seminggu atau lebih), dia terkurung,” luahnya.

Setiap wanita pasti ingin memberikan zuriat buat suami tercinta. Begitu juga dengan Jolene. Hatinya mengakui dia begitu inginkan kehamilan berakhir dengan kisah gembira. Namun, perasaan mulai kosong.

Kesan kehilangan, serangan tekanan emosi

kesan anak meninggal dalam kandungan

Keluarga terdekat Jolene menyaksikan betapa teruk tekanan emosi yang dihadapi olehnya selepas mengetahui bahawa anak meninggal dalam kandungan berkenaan, namun dia terlalu ingin meneruskan perjalanan kehamilan ini.

”Saya sentiasa dihubungi oleh ahli keluarga. Namun ketika mereka bercakap, saya seolah-olah tidak dapat mendengarnya. Terasa seperti dihalang oleh pintu kaca yang tidak dapat menghampiri. Saya terus mengasingkan diri,” kongsinya.

Setelah melakukan penelitian, Jolene mendapati bahawa kelahiran mati berlaku satu peratus pada trimester kedua setiap wanita.

”Saya rasa saya hanya sebahagian daripada satu peratus yang tidak beruntung,” katanya.

Ketika emosi mengambil alih, keselesaan mula datang dari suaminya, Chee Kiang. Mereka berdua saling menceriakan, sambil berusaha untuk tidak kekal berada dalam kesedihan.

”Saya berpegang kepadanya untuk sokongan emosi. Tidak perlu berkata apa-apa. Baru pulang pada waktu malam dan menemani sudah cukup. Dia adalah sebahagian bayi yang telah hilang,” katanya.

Tidak bersendirian, cari jalan untuk mendapatkan sokongan komuniti

Menyedari bahawa masalah yang dihadapinya terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka kehilangan anak secara kejam seperti dibunuh atau kemalangan, Jolene bangkit mendapatkan bantuan dari kumpulan sokongan.

“Suami menjumpai kumpulan sokongan di Singapura yang disebut CBSS (Child Bereavement Support Singapore) dan ia dipenuhi oleh ibu bapa yang kehilangan anak dari pelbagai peringkat umur.” Jelasnya.

Bukan itu sahaja, Jolene memperoleh ketenangan melalui forum dalam talian, di mana wanita membincangkan keguguran dan kelahiran mati yang dihadapi mereka.

Ingin mencuba lagi

cara berdepan bayi mati dalam kandungan

Doktor mengatakan kepadanya tiga bulan setelah kelahiran mati, Jolene boleh mencuba untuk hamil. Namun beberapa doktor lain percaya enam bulan lebih baik untuk menyokong kesihatan emosi.

“Saya berusaha mempelajari bagaimana cara ingin mendapatkan anak lebih cepat. Adakah ia dibolehkan? Saya tidak tahu. Tetapi keperluannya sangat penting. Mana-mana ibu yang kehilangan bayi akan faham.

“Saya memuat turun aplikasi kesuburan, mengetahui ovulasi, membincangkannya secara terbuka kepada sesiapa sahaja yang mendengar, memeriksa lendir serviks, mengambil suhu pada waktu pagi, menggunakan ujian ovulasi namun semuanya mengecewakan,” katanya.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Namun, takdir telah menyebabkan Jolene diserang demam denggi dan ovulasinya sedikit terganggu yang pada mulanya dianggap mungkin kerana keadaan kesihatan. Namun, haidnya tidak pernah datang.

”Saya mengalami ovulasi sangat lewat. Pada hari ke-31, saya cuba buat ujian kehamilan. Tidak ada apa-apa sebarang petunjuk walaupun selepas 10 minit. Tetapi setengah jam kemudian, terdapat dua garisan samar.”

”Keesokan harinya saya cuba lagi dan garisannya menjadi semakin jelas. Setelah menjalani pelbagai ujian, saya akhirnya mengandung!” luahnya.

Selepas 5 bulan berdepan kehilangan anak pertama, saya menganggap diri sangat bertuah kerana mampu merasainya sekali lagi.

Tidak dapat bayangkan setiap penantian yang harus dilalui oleh beberapa rakan yang lain. Ia adalah kesakitan yang berbeza. Malah kami berempati kerana tahu betapa seksanya untuk memiliki anak sendiri,” katanya.

Jolene kemudian melahirkan seorang anak perempuan, Liselle, dan kini dia hamil dengan anak keempat!

stillbirth story jolene lai

Bersama suami saya, Chee Kiang dan anak perempuan kami, Liselle, 4 tahun. Bunga matahari itu simbolik kepada anak lelaki kami, Cooper yang telah pergi. Semasa menghantarnya di laut, kami turut mengirim bunga matahari bersamanya.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-tidur-yang-betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Lahir Mati: Kisah Benar Kesakitan Dihadapi Ibu, Proses Penyembuhan & Cuba Hamil Lagi
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham