X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nasihat Daripada Si Ibu: Pentingnya Mengira Gerak Bayi Dalam Kandungan!

5 min bacaan
Nasihat Daripada Si Ibu: Pentingnya Mengira Gerak Bayi Dalam Kandungan!

Dalam keterujaan bakal menjadi ibu, semestinya dalam masa yang sama wujud rasa bimbang akan keselamatan kandungan dan resah menanti tibanya saat bersalin.

Dalam keterujaan bakal menjadi ibu, semestinya dalam masa yang sama wujud rasa bimbang akan keselamatan kandungan dan resah menanti tibanya saat bersalin.

Itu semua adalah normal. Dan ya, penting untuk wujud rasa risau itu agar anda peka dengan perkembangan bayi dalam kandungan.

Selain daripada menjaga pemakanan, mengawal berat badan, tidak melakukan aktiviti lasak, mengira gerak bayi juga adalah antara faktor yang perlu dititikberatkan! 

Grace Tan, ibu kepada dua orang anak berkongsi pengalaman kehamilan pertama dan bagaimana dia mengira gerak bayi setiap hari.

Kehamilan Pertama

mengira gerak bayi

Kehamilan pertamanya memang satu pengalaman yang sukar dilupakan. Dia berbincang bersama suami untuk mencuba hamil dan suami pun turut bersetuju. “Waktu saya mengandung anak pertama, saya rasa cukup teruja. Saya dan suami berjaya hamil sebaik kami memutuskan untuk mencuba!,” kata Grace.

Tanda awal kehamilannya cukup ketara, dia tidak mendapat periodnya pada bulan itu. “Period saya sangat konsisten, sama ada saya akan datang haid akhir bulan atau awal bulan. Jadi saya telah lewat bulan pertama dan dari situ sudah dapat agak,” kata Grace.

Lantas saya segera membuat ujian kehamilan di awal pagi, kerana saya dapat tahu pada waktu itulah hormon hamil (HCG) sangat tinggi. Sedang suaminya menunggu di luar bilik air, dia menunggu keputusan ujian kehamilan dengan penuh debaran, 5 minit kemudian dua garisan tertera! 

“Saya sangat gembira, ia bermakna saya hamil! Saya segera memberitahu suami saya dan tanpa berlengah kami membuat temujanji dengan doktor,” katanya. 

Selepas beberapa minggu kehamilan, jururawat di klinik memberikan saya buku berwarna pink. Dan di situ dia menyuruh saya rekodkan pergerakan bayi.

“Jururawat memberitahu saya mengapa pengiraan gerak bayi adalah wajib. Ia sangat penting di mana, segala abnormaliti bayi boleh diketahui dari pergerakan bayi,” pesan Grace.

5 perkara mesti tahu dalam mengira gerak bayi

mengira gerak bayi

#1. Buku pink atau aplikasi kehamilan
Lebih selamat jika anda punyai rekod di klinik kesihatan pada awal kehamilan anda. Sekurang-kurangnya sehingga kandungan anda berusia 6 hingga 7 bulan sebelum anda meneruskan pemeriksaan rutin bersama pakar atau di hospital yang anda ingin bersalin. Ini kerana mereka akan memberi anda buku pink untuk anda rekodkan segala perkembangan bayi. Jika tidak anda juga boleh mengesan perkembangan bayi melalui aplikasi hamil/bayi yang tersedia.

#2. Mesti 10 pergerakan dalam 12 jam sehari
Grace teringat bahawa dia akan mula mencatat pergerakan bayinya pada waktu pagi dalam pukul 9 pagi hingga 9 malam, Sentiasa sediakan pen di dalam buku pink agar mudah untuk anda tandakan di dalam buku sebaik bayi bergerak.

“Apabila cukup 10 pergerakan saya akan rekodkannya dengan masa akhir gerakan. Sekiranya tidak cukup 10 pergerakan apabila tiba jam 4 petang saya akan mulai risau dan terus berjumpa doktor,” kata Grace.

#3. Ikut nasihat doktor dan jururawat
Grace masih teringat waktu dia dimarahi jururawat apabila dia lupa untuk mengira pergerakan bayi. “Saya selalu pastikan memang cukup 10 pergerakan dalam 12 jam. Jika tidak saya dinasihat untuk segera ke hospital. Saya akan mengira di pejabat dan di mana saja. Sekiranya saya lupa, jururawat akan marah saya,” jelas Grace sambil ketawa. 

#4. Penting untuk mempunyai sistem sokongan
Sekiranya anda terlupa untuk mengira gerak bayi, pastikan pasangan anda atau keluarga sentiasa mengingatkan anda. “Selalunya memang saya kira sendiri, tapi sebaik suami pulang dari kerja, dia pun akan turut menyentuh perut saya untuk merasa pergerakan bayi,” tambah Grace.

#5. Lebih pergerakan, tanda bayi lebih aktif?
Tidak juga, cuba perhatikan polar pergerakan bayi anda dalam seminggu. Kebiasaannya bila dia bergerak. Jika baru masuk jam 11 atau 12 tengahari bayi sudah lengkap bergerak 10 kali, ia juga membimbangkan. Jadi dinasihatkan juga untuk segera berjumpa doktor.

Nasihat Daripada Si Ibu: Pentingnya Mengira Gerak Bayi Dalam Kandungan!

Grace Tan bersama suaminya Jayson Yong dan dua anak mereka – Yong Heston dan Yong Jacob.

Tip mengira gerak bayi

#1. Duduk posisi selesa
Tidak kiralah apa jua posisi anda untuk ambil waktu mengira gerak bayi, pastikan anda dalam keadaan selesa. Elakkan menjadi terlalu aktif hanya untuk merasa pergerakan bayi yang lebih. Selalunya bayi akan bergerak waktu anda selepas makan, atau ketika baring.

#2. Sentiasa peka dengan waktu pergerakan rutin
Jika anda sudah tahu pergerakan rutin bayi anda ini lebih mudah. Atau jika pergerakan bayi adalah berbeza-beza setiap hari sentiasalah ‘ekstra’ peka untuk mengira.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

#3. Elakkan stres
Terlalu risau juga tidak elok untuk emosi anda dan bayi dalam kandungan. Ambil semuanya secara sederhana, baik positif atau negatif. Jangan terlalu obses akan sesuatu sehingga anda stres dan lupa untuk menikmati waktu kehamilan.

#5. Teruskan monitor pergerakan bayi waktu malam
Walaupun telah lengkap 10 gerakan, tengah malam ibu masih lagi kena awasi gerak anak. Kebiasaannya ibu-ibu akan cakap anak terlebih aktif waktu malam sampai menyukarkan ibu untuk tidur.

Mengapa perlu cukup 10 pergerakan?
Kerana ada ketika bayi pun tidur dalam tempoh setengah jam ke satu jam. Dan pada ketika itu ibu tak merasai pergerakan bayi. Ibu tetap juga kena awasi untuk jam kedua, jika bayi tidak bergerak langsung dalam tempoh 3 jam berturut atau lebih, perlulah segera pergi ke hospital atau klinik jika klinik masih beroperasi. Tetapi adakalanya ibu tidak merasai pergerakan bayi pada ketika ibu melakukan aktiviti atau sedang bekerja kerana fokus ibu pada bayi kurang ketika itu. Ibu akan merasai pergerakan aktif bayi ketika ibu sedang berehat atau waktu malam ketika mahu tidur kerana tumpuan ibu ketika itu tidak diganggu oleh hal pekerjaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Baby Kurang Gerak Bukan Perkara Normal, Ibu Jangan Sedapkan Hati! Ada Risiko Terbelit Tali Pusat

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Nasihat Daripada Si Ibu: Pentingnya Mengira Gerak Bayi Dalam Kandungan!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham