Melangkah masuk usia 30 minggu ke atas, sesetengah ibu merasakan baby kurang gerak, atau kurang aktif berbanding biasa. Umum mengetahui ini perkara normal kerana bayi semakin membesar dan ruang mulai sempit untuk bergerak.
Pergerakan janin biasanya dirasakan oleh ibu kali pertama antara 18-22 minggu, dan seawal 14-16 minggu bagi yang hamil kali kedua dan seterusnya. Selepas minggu ke 26, pergerakan janin perlu dirasakan setiap hari.
Disebabkan itulah doktor akan menasihati ibu hamil untuk mencatat kiraan jumlah gerakan janin yang boleh dicapai dalam tempoh 12 jam, atau sebaik-baiknya cukup 10 gerakan.
Baby kurang gerak mungkin petanda bahaya
Walaupun baby kurang gerak pada akhir kehamilan adalah normal, tetapi harus diberi lebih perhatian sekiranya ibu mengalami masalah kesihatan semasa hamil.
Menurut perkongsian oleh Dr Ummu, seorang ibu hamil yang hampir kehilangan nyawa bayinya akibat lambat ke hospital.
Menurut si ibu, pergerakan anak dalam kandungannya dirasakan tidak aktif daripada kebiasaan. Namun dia hanya merujuk kepada rakannya yang mengatakan bayi dalam keadaan baik-baik sahaja.
Hakikatnya, leher bayi terjerut 3 kali dan berisiko untuk mati dalam kandungan! Ini perkongsian Dr Ummu:
[#KISAH_BENAR] CORD AROUND NECK X 3
Setiap hari oncall, sudah biasa dengan ibu-ibu mengandung datang mengadu baby kurang gerak. Dan selalunya ibu-ibu ini, jarang datang lepas pukul 12 tengah malam.
Tapi, ada satu malam (awal pagi pukul 2), baru tengah tengok last round dalam labour suite sebelum nak masuk merehatkan mata. Staff nurse triage panggil, “CTG ada decel la doktor.”
Houseman present case, postdate bayi kurang gerak. Gerakan bayi terakhir adalah pukul 5pm. Tiada tanda-tanda bersalin.
Manakala CTG dapati ada longkang yang besar. Saya periksa bukaan pintu rahim, belum buka. Call boss, post for ceaserean section.
Bila dibuka rahimnya, nampak warna air ketuban kehijauan. Bayi sudah terberak di dalam. “Meconium stain!” Saya inform Paediatric team yang sedang standby.
Karung ketuban dipecahkan, dan saya cuba keluarkan baby. Ternampak tali pusatnya melilit 3 pusingan dengan ketat dileher baby. Ya Allah, entah apa akan jadi kalau ibu ini terlewat datang tadi.
Satu sahaja soalan saya pada ibu berkenaan: Kenapa lambat datang puan?
Jawapanannya: “Kawan saya kata memang normal baby kurang gerak bila dah cukup bulan, sebab ruang kat dalam sempit untuk dia gerak.”
Kata-kata kawan lebih dipercayai daripada nasihat professional. Walau bagaimanapun syukur ibu dan anak selamat. Itulah matlamat kami sebagai petugas perubatan.
Ciri gerakan janin terlilit tali pusar
Ibu mengandung kali pertama pastinya perlu banyak membaca mengenai kehamilan. Anda mungkin sudah tahu apakah itu tali pusat.
Tali pusat bayi adalah struktur seperti laluan sempit yang menghubungkan bayi dengan plasenta.
Dengan adanya tali pusat, janin akan memperoleh nutrisi serta oksigen yang diperlukan untuk berkembang seiring usia kehamilan. Setelah bayi dilahirkan, tali pusat akan dipotong dan hanya sedikit bahagian sahaja ditinggalkan.
Antara perkara penting yang ibu perlu waspada ketika kehamilan adalah bayi kurang gerak disebabkan oleh terlilit tali pusar. Masalah ini terjadi apabila bayi terlalu aktif bermain dengan tali pusat dan menyebabkan lehernya terlilit berkali-kali.
Ada beberapa ciri gerakan janin terlilit tali pusar:
- Bayi tiba-tiba bergerak kuat, kemudian kurang: Jika situasi ini terjadi, kemungkinan bayi sedang berusaha melepaskan lilitan tali pusar dan cuba meringankan tekanan tersebut.
- Bayi kurang bergerak: Jika pergerakan kurang direkodkan selepas 37 minggu kehamilan, boleh jadi ada tali pusat di sekitar leher bayi. Dalam tempoh ini juga sepatutnya, bayi menendang sekitar lima hingga 30 minit.
- Kadar denyutan jantung tidak normal: Semasa kelahiran kadar denyutan bayi dipantau secara konsisten. Sekiranya terdapat sebarang kelainan pada kadar denyutan jantungnya kemungkinan tanda bayi terlilit tali pusat.
- Ultrasound: Ultrasound sukar mendedahkan tanda bayi terlilit tali pusat. Walau bagaimanapun, sekitar 70% doktor boleh mengesannya jika terdapat sebarang kemusykilan semasa melakukan imbasan kehamilan.
Sekiranya ibu merasakan perubahan pada gerakan bayi yang begitu ketara dan anda tidak sedap hati, segeralah ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Punca lain bayi kurang bergerak
Namun terdapat keadaan tertentu yang boleh membuat pergerakan janin sukar seperti plasenta yang anterior (pada permukaan uterus) atau masalah obesiti.
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu tidak merasakan bayi bergerak selama 12 hingga 24 jam selepas minggu 26, jumpa doktor dengan segera.
Bayi yang tidak mendapat apa yang mereka perlukan dari plasenta (oksigen atau nutrien) juga menyebabkan pergerakan bayi berkurang. Selain itu, kekurangan air ketuban juga menyebabkan bayi tidak dapat bergerak dengan aktif.
Cara merangsang pergerakan bayi dalam kandungan
Ibu boleh ikhtiar beberapa cara untuk merangsang pergerakan bayi dalam kandungan, antaranya:
- Makan makanan ringan atau minum segelas jus buah. Kenaikan gula dalam darah boleh memberikan si manja tenaga.
- Lakukan aktiviti melompat atau berjoging di tempat untuk 1-2 minit. Pergerakan yang mimimal itu mungkin mengejutkan bayi yang mengantuk atau menggalakkannya untuk bergerak ke kedudukan baru.
- Tujukan lampu ke perut anda. Bayi dapat melihat cahaya dan gelap dari sekitar minggu ke-22, dan dia boleh bertindak balas terhadap isyarat visual.
- Tekan atau tepuk lembut benjolan di kawasan di mana anda boleh merasakan bayi sedang berehat. Anda mungkin mendapat tindak balas sebagai tindak balas.
- Berbaring tanpa bantal juga kadangkala membuatkan bayi melakukan gerakan untuk ubah kedudukan.
Ciri-ciri bayi menendang dan gerakan normal
Ciri-ciri bayi menendang dan gerakan yang dirasakan oleh ibu adalah bergantung kepada usia perkembangannya. Setiap bayi adalah berbeza, ada yang begitu aktif dan ada juga menendang secara perlahan.
Antara ciri-ciri bayi menendang atau bergerak secara normal adalah:
- Rasa janin seolah-olah berpusing
- Tendangan dari kaki yang kecil
- Bergerak dari kiri ke kanan perut
- Rasa sensasi sehingga membuatkan ibu tidak boleh bernafas
- 10 gerakan (tendangan atau pusingan) dalam tempoh kurang dua jam
Kedudukan bayi dalam kandungan
Semasa trimester pertama dan kedua, baby dalam kandungan mampu untuk bergerak ke seluruh tempat di dalam rahim.
Kebanyakan ibu mula merasai pergerakan bayi menjelang trimester kedua. Malah pada awal trimester ketiga juga, kedudukan bayi dalam kandungan turut akan berubah.
Janin akan terus mengubah kedudukannya sehinggalah penghujung trimester ketiga iaitu pada usia kehamilan 36 minggu.
Pada waktu ini, kedudukan bayi dalam kandungan adalah tetap sebagai persediaan proses kelahiran kelak. Di mana bahagian kepalanya akan berada di bahagian bawah.
Meskipun rahim membesar untuk menampung saiz janin, tetapi disebabkan ia semakin besar, ruangan kosong yang terdapat di dalam rahim selama ini sudah menjadi penuh.
Kedudukan bayi dalam perut pada ketika ini terbahagi kepada dua iaitu kedudukan anterior dan juga kedudukan posterior.
- Kedudukan bayi dalam perut: Anterior- Dagu bayi terletak elok di dada di mana kepala mereka bersedia untuk memasuki pelvis. Bahagian kepala yang ketat dapat menekan bahagian serviks dan membuatkannya terbuka untuk proses kelahiran
- Posterior- Kedudukan bayi dalam perut ini akan mengambil masa yang lama dan berpotensi untuk kelahiran yang sukar. Malah, kadang-kala ia turut memerlukan kaedah vakum, forcep atau cesarean.
Bagaimana kedudukan bayi lelaki dalam kandungan?
Bagi anda yang mengandung anak lelaki, kebiasaannya perut akan kelihatan sedikit ke bawah. Kandungan akan berada pada paras rendah berbanding bayi perempuan.
Manakala kedudukan bayi lelaki dalam kandungan sering kali dirasakan pergerakannya di bahagian kanan perut. Selain itu, anda juga cenderung untuk tidur secara mengiring ke sebelah kiri.
Baby sedu dalam perut
Sedu bayi atau bayi sedu dalam perut adalah perkara biasa dan tidak ada sebab untuk anda berasa bimbang atau panik ketika bayi sedu. Anda mungkin merasakan bayi dalam perut sedu atau juga boleh memerhatikannya semasa ultrasound pada trimester kedua.
Bayi anda mungkin mula sedu lewat pada trimester pertama atau awal pada trimester kedua. Terdapat juga kemungkinan anda tidak akan sama sekali merasakan baby sedu dalam perut seawal itu.
Antara salah satu punca bayi sedu adalah disebabkan oleh bayi mengawal jumlah cecair dalam kantung amniotik.
Tekanan daripada pengumpulan cecair amniotik sebenarnya mendorong bayi untuk sedu dan kemudian menelan lebihan tersebut.
Teori lain menjelaskan bahawa baby sedu dalam perut dapat membantu kematangan paru-paru serta sebagai latihan pernafasan apabila dilahirkan nanti.
Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa jika sedu bayi terjadi secara berlebihan, terutamanya pada peringkat seterusnya semasa kehamilan, ia boleh menjadi isyarat kecemasan.
Punca air ketuban banyak ketika hamil
Selain masalah pergerakan dan kedudukan janin dalam kandungan, jumlah air ketuban yang banyak turut merisaukan para ibu.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus, kekurangan atau berlebihan air ketuban boleh mendatangkan komplikasi kepada janin. Ia biasanya dikaitkan dengan diabetes yang menyebabkan bayi besar dan jangkitan kuman.
Selain itu ada beberapa punca air ketuban banyak yang lain:
- Kandungan kembar apabila kedua-dua bayi atau salah satu bayi mendapat semua nutrisi daripada kembar yang dipanggil sindrom transfusi kembar-ke-kembar (sindrom TTT ).
- Kecacatan fizikal bayi yang menyebabkan bayi tidak boleh menelan atau mempunyai masalah buah pinggang.
- Punca air ketuban banyak ketika hamil: Masalah kencing manis yang tidak terkawal.
- Jenis darah tidak serasi antara ibu dan bayi. Ketidakserasian darah ibu dan bayi boleh menyebabkan bayi membengkak dan mengumpulkan banyak air di sekelilingnya.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kenapa Tiada Alahan Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal & Bayi Akan Baik-Baik Sahaja?
Baca juga: Ikhtiar Ambil Overnight Oat & Anggur, Bayi Lahir Bebas Jaundice, Ibu Lega Tidak Perlu Ulang Alik Klinik!
Baca juga: Bahayanya Kuman GBS Kerana Mampu Membunuh Bayi! Ini Apa Yang Ibu Hamil Perlu ‘Alert’
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!