Ada makanan dilarang semasa hamil? Aduh!
Bila mengandung ini, semua nampak sedap. Semua nampak menyelerakan dan hampir semua ingatan nak makan macam-macam bermain di fikiran wanita yang mengandung. Nak makan itulah, nak makan inilah. Orang kata pembawakan budak tetapi itulah. Ikutkan gaya si ibu hampir semua benda nak ditelan. Maklumlah, makan untuk dua orang. Tetapi, nampak gayanya tak semua makanan si ibu boleh makanan dan banyak makan dilarang ketika hamil sebenarnya.
Ibu-ibu kalau dah mengidam memang tak boleh buat apa. Semua rasa nak dibedal. Mungkin ibu-ibu dah mengetahui bahawa memang ada beberapa makanan dilarang semasa hamil. Tetapi, mungkin ada juga yang tidak mengetahui bahawa ada makanan yang memang tak boleh dijamah langsung.
Untuk perkongsian kali ini, kami akan memberitahu anda informasi mengapa agaknya ibu kerap rasa nak makan itu ini dan juga apa jenis makanan yang dilarang semasa hamil untuk ibu. Jadi, ibu-ibu kenalah berjaga-jaga dan jangan makan sebarangan tau.
Perasaan mengidam sewaktu mengandung
Kredit: Pexels
Ibu yang benar-benar mahu makan sesuatu mengandung adalah dipanggil mengidam menurut kata orang-orang tua. Tapi, tahukah anda? Sebenarnya, istilah mengidam ini tidak wujud pun dalam bidang perubatan. Ianya cuma wujud dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai kepercayaan bahawa kalau ibu-ibu mengandung ini tidak dapat apa yang mereka nak, nanti anak yang lahir akan keluar air liur sahaja.
Betul ke tidak agak-agak anda? Mungkin ada diantara anda yang merasakan bahawa perkara ini betul dan mungkin juga ada yang merasakan benda ini sebagai satu mitos sahaja. Ini mungkin bergantung kepada penilaian anda.
Mengidam ini sebenarnya kalau kita ikutkan perubatan tak ada kena mengena pun dengan apa yang anak nak. Jangan salahkan anak pula kalau ibu yang mengandung ini teringin macam-macam. Sebab itulah, penting sangat ibu-ibu tahu bahawa mengidam ini tiada sebarang kesan pun pada anak apabila anak lahir nanti. Ini fakta sainslah ya! Jadi tepuk dada tanya selera.
Punca rasa mengidam ini seringkali dikaitkan dengan peningkatan hormon progresteron. Anda janganlah risau kalau tidak dapat melayan rasa mengidam anda.
Makanan ini dilarang semasa hamil sama sekali!
Kredit: Pexels
Sesetengah makanan memang nampak menyelerakan, baunya apatah lagi. Melambai-lambai pulak anda dari jauh.Adalah lebih baik jika ibu tidak mengambil langsung makanan-makanan ini ketika hamil kerana dikhuatiri ia akan menjejaskan kandungan.
Jadi, makanan apakah agaknya tu? Jom kita baca.
#1 Ikan tinggi kandungan merkuri
Ada sesetengah ikan yang mengandungi kuantiti merkuri atau raksa yang tinggi dan tidak selamat dimakan untuk ibu-ibu yang mengandung. Kenapa agaknya? Kandungan raksa atau merkuri yang tinggi dalam ikan sebenarnya boleh membuatkan saraf bayi rosak sewaktu dalam kandungan.
Merkuri ini banyak terkumpul pada lemak ikan dan merupakan bahan yang berbahaya untuk perkembangan saraf bayi. Tidak kiralah sama ada mengandung atau sedang menyusukan anak, lebih baik anda tidak ambil langsung ikan-ikan ini. Contoh ikan adalah ikan jerung, ikan tuna, ikan todak, ikan tenggiri, ikan oren kasar
#2 Ikan kurang masak atau mentah
Kredit: Pexels
Ala, ikan lagi? Sesetengah ikan tidak boleh dimakan iaitu ikan yang tinggi kandungan raksa. Namun, jika ikan yang boleh dimakan adalah kurang masak dan mentah lagilah ibu-ibu mengandung tak boleh makan. Agak-agak anda boleh teka tak ikan mentah apa yang anda tak boleh makan? Kalau siapa teka sushi, anda betul!
Masalah dengan ikan mentah ataupun ini satu sahaja ia boleh mengakibatkan beberapa jangkitan seperti jangkitan virus, bakteria, atau parasit, seperti norovirus, Vibrio, Salmonella, dan Listeria. Bukan sahaja boleh kena pada si ibu tetapi juga pada anak dalam kandungan. Bahaya tu.
#3 Daging mentah dan daging kisar
Kalau anda adalah peminat daging mentah, daging kisar dan sebagainya, bawak-bawaklah berhenti makan. Ini kerana ia adalah antara makanan yang dilarang ketika hamil. Daging mentah boleh mengakibatkan jangkitan E.Coli, sejenis jangkitan parasit. Jangkitan ini juga boleh merebak kepada kandungan dalam janin.
Malah, daging separuh masak juga boleh mengakibatkan jangkitan Toxoplasma. Apa yang berlaku apabila bayi mendapat jangkitan ini? Besar kemungkinan anda akan mendapat kecacatan janin, janin gugur atau pun teruk, kematian.
#4 Makanan laut
Makanan laut pun tidak boleh tau ibu-ibu. Dan dalam kes ini, anda tidak boleh ambil makanan laut yang telah disejukkan dan telah diasapkan. Contoh, kalau anda nampak makanan laut yang dilabelkan sebagai lox, jerky, gaya nova dan kippered. Tidak payahlah anda ambil kerana ia mengakibatkan jangkitan listeriosis yang mana anda boleh muntah-muntah dan cirit-birit.
Makanan laut mentah seperti kerang dan tiram pun anda perlu elakkan buat masa sekarang. Nanti lepas anda melahirkan anak, anda bolehlah makan puas-puas. Makanan laut tersebut mengandungi toksin berbahaya yang boleh menyebabkan anda keracunan makanan.
#5 Telur mentah
Kredit: Pexels
Telur boleh dimakan oleh ibu mengandung dengan syarat ianya tidak mentah dan sudah dimasak terlebih dahulu. Telur mentah banyak didapati dalam mayonis, telur kurang masak, telur rebus, icing kek dan banyak lagi yang menjadi punca kepada bakteria Salmonela.
Kesannya? Ibu akan mendapat keracunan makanan dan menyebabkan sistem imun ibu lemah.
#6 Buah dan sayuran yang tidak dibasuh
Ibu mengandung memang digalakkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tetapi, jangan sesekali anda makan buah-buahan dan sayuran yang tidak dibasuh kerana ia membahayakan. Apabila buah dan sayuran ini tidak dibasuh, ia membawa kepada bakteria yang diberi nama Toxoplasma yang mengganggu pembesaran bayi.
#7 Keju
Keju pun sama? Ya betul! Segala jenis keju lembut seperti keju biru, keju cottage dan banyak lagi keju adalah tidak dibenarkan. Begitu keju daripada susu yang tidak melalui proses pasteur. Ini kerana keju-keju ini mengandungi bakteria Listeria dan boleh membahayakan bayi. Jangan ambil sebarang produk berasaskan keju lembut ini sewaktu hamil.
#8 Makanan lain yang dilarang ketika hamil
Kredit: Pexels
- Minuman berkafein dan alkohol: Boleh mempengaruhi pembesaran bayi di samping tidak memberikan khasiat pada ibu. Pengambilan minuman alkohol ini menyebabkan asid folik tidak dapat diserap dengan baik dan pengurangan kalsium pada tulang.
- Minuman bergas: Boleh sebabkan anak lahir pramatang dan juga anak menghadapi penyakit obesiti apabila ibu hamil meminum air gas.
- Makanan tinggi dengan MSG (Monosodium Glutamate) dan bahan pengawet: Boleh mengakibatkan sakit perut dan sakit kepala.
Sumber: WebMD
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Ibu hamil jangan ambil 7 makanan ini, ia MEMUDARATKAN bayi anda…
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!