TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Senarai Maksud Nama Dalam Islam Yang Baik Untuk Anak Lelaki & Perempuan

6 min bacaan
Ini Senarai Maksud Nama Dalam Islam Yang Baik Untuk Anak Lelaki & Perempuan

Pemberian nama anak bukan sekadar sedap disebut. Sebaliknya, penting untuk ibu bapa mengetahui maksud nama dalam islam yang baik.

Kehadiran ahli baru dalam keluarga membuatkan ramai yang tidak sabar. Tidak kiralah ia merupakan anak kedua ataupun ketiga, perasaan teruja itu boleh dikatakan tetap sama seperti anak pertama. Namun sudahkah anda memilih dan menyemak maksud nama anak dalam islam?

Selain menyediakan keperluan bayi baru lahir, nama anak juga perlu dipilih awal. Biasanya kebanyakan ibu ayah akan mengambil nama bayi daripada perkataan Arab mahupun al-quran kerana memiliki makna yang baik.

Sebaiknya pilihlah nama yang mudah disebut dan diingati supaya tidak mendatangkan kesusahan kepada anak.

Isi Kandungan

  • Senarai berserta maksud nama dalam Islam 
  • Makna nama anak perempuan Islam yang unik

Senarai berserta maksud nama dalam Islam 

Selain memberi nama yang cantik, ibu ayah juga hendaklah teliti dalam memastikan maksud nama anak adalah baik di sisi agama. 

Berikut kami kongsikan maksud nama anak dalam islam untuk panduan anda.

maksud nama anak dalam islam

  • Afiq: Yang mulia
  • Aqeel: Bijak berakal
  • Aidan: Pemuda yang bersemangat
  • Altamis: Ketua, panglima
  • Ammar: Yang memakmurkan
  • Ashraf: Mulia, luhur
  • Aatik: Pemurah, Yang murni
  • Aazad: Bebas
  • Abadi: Yang Kekal
  • Abhar: Yang bergemerlapan, yang berseri
  • Abid: Yang beribadat, beribadah
  • Abir: Haruman
  • Abrar: Golongan yang berbuat kebajikan
  • Absyar: Bergembira
  • Adam : Nama nabi, ikutan, teladan
  • Adeeb : Berpengetahuan, beradab
  • Adel : Adil
  • Adham: Yang cantik, tali rantai
  • Adib : Berpengetahuan, beradab
  • Adw: Cahaya
  • Adwan: Ketenangan
  • Afdhal: Lebih utama, terbaik
  • Bilal: Nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W
  • Bahri: Kegemilanganku
  • Bakri: Kemudaanku
  • Bunyamin: Nama saudara Nabi Yusuf A.S
  • Bahauddin: Cahaya agama
  • Caleb: Setia
  • Cal: Kuat berusaha
  • Chams: Matahari
  • Chakir: Terpilih
  • Caden: Pejuang
  • Danish: Bijak, berpengetahuan
  • Daiyyan: Penjaga, pelindung, hakim
  • Dani: Dekat
  • Danial: Nama Nabi Allah S.W.T
  • Darris: Pelajar, pembaca
  • Ehsan: Kehebatan
  • Eidlan: Keadilan
  • Eiman: Keimanan
  • Elman: Ilmu
  • Emir: Ketua
  • Emran: Kemajuan prestasi
  • Fareed: Permata, istimewa, tiada bandingan
  • Fareeq: Leftenan jeneral
  • Firaz: Yang indah
  • Firdaus: Syurga
  • Fadhil: Orang yang membuat kebaikan
  • Fudail: Kelebihanku
  • Ghadi: Singa, keberuntungan
  • Ghaffar: Sedia mengampuni, lembu hati
  • Ghaisan: Rupawan
  • Ghulam: Anak muda
  • Ghanimi: Kejayaanku
  • Ghazali: Nama ahli sufi dan fisiologi muslim

maksud nama anak

  • Hafidz: Penjaga
  • Hakeem: Bijaksana
  • Halim: Lemah-lembut, penyantun
  • Hamas: Berani
  • Hamdan: Pemuji Allah
  • Hanif: Suci, benar, teguh
  • Ikhwan: Persaudaraan
  • Ilham: Isyarat yang baik
  • Imad: Sokongan
  • Imtiyaz: Pilihan
  • Iqbal: Kejayaan
  • Ibnu: Anak lelaki
  • Idlan: Keadilan
  • Idraki: Pengetahuanku, kefahamanku
  • Iffat: Kesucian, kemurnian, kesopanan, kesederhanaan, kehormatan
  • Iftikhar: Kehormatan, pembawa kehormatan, kebanggaan
  • Iftiqar: Keperluan
  • Ifwat: Yang terbaik
  • Ihsan: Kebaikan
  • Jamaluddin: Keindahan agama
  • Jameel: Ketampanan
  • Jamri: Perhimpunanku
  • Jazli: Fasih
  • Kamal: Kesempurnaan
  • Kamarul: Bulan
  • Kareem: Mulia
  • Khairuddin: Yang baik agamanya
  • Khadrim: Sukarelawan
  • Luqman: Bijaksana, jalan yang jelas
  • Luthfi: Keramahan
  • Lutfan: Lemah lembut
  • Luzman: Tetap
  • Mansir: Pemenang yang dapat bantuan
  • Manan: Pemurah
  • Marzuki: Rezekiku
  • Miftah: Pembuka
  • Muaz: Yang terpelihara
  • Nabeel: Terkenal, terbilang
  • Nadeem: Sahabat
  • Naveed: Berita gembira
  • Nadhmi: Teratur, berdisiplin
  • Omar: Panjang umur
  • Omran: Struktur yang kukuh
  • Osama: Singa
  • Omari: Keberuntungan
  • Parvez: Kejayaan
  • Paiman: Janji
  • Qarizh: Terpuji, mulia
  • Qashid: Yang menuju kemudahan
  • Qasim: Orang yang memberi
  • Qayyim: Tetap, lurus
  • Qadir: Kemampuan
  • Rayyan: Pintu syurga
  • Reza: Hajat
  • Rafiqi: Pendampingku
  • Rafiuddin: Pendukung agama
  • Raidi: Pelopor
  • Raihan: Bunga syurga, tumbuhan yang harum
  • Ramli: Penelitianku
  • Raihan: Wangi, harum
  • Ramzi: Lambangku
  • Rana, Rania = Kesukaan, kesenangan
  • Raqilla: Yang selalu berbuat kebajikan
  • Rashad: Kedewasaan, berperasaan baik
  • Rashin: Yang bagus, yang tetap
  • Rasin: Yang mantap
  • Rasuli: Wakilku, utusanku
  • Rasyad: Memperoleh petunjuk
  • Rasydan: Mendapat petunjuk
  • Rasyid: Petunjuk, cerdas, mendapat petunjuk
  • Rauf: Pengasuh, bermurah hati
  • Soleh: Yang baik
  • Suhail: Mudah, senang
  • Sulaiman: Sejahtera, nama Nabi
  • Syazwan: Haruman kasturi
  • Thahir: Bersih, suci
  • Thalib: Penuntut ilmu, yang mencari
  • Uqasyah: Sahabat nabi Muhammad S.A.W
  • Ulwan: Ketinggian, jelas
  • Umran: Kemakmuran, ramai penduduk
  • Umair : Maju
  • Umran: Kemakmuran
  • Umron: Pembangunan, ramai penduduk
  • Usaid : Berani, singa
  • Waazin: Pengajaran
  • Wa’adi: Janjiku
  • Wabil : Pemurah, hujan lebat
  • Wadhoh: Wajahnya bagus, kulit putih
  • Wadi, Wadi’: Aman, tenteram, tenang
  • Wadihan: Cantik
  • Wadud: Penyayang, cinta, dicintai
  • Wafdan: Perutusan yg terhormat
  • Wafi: Sempurna
  • Wafiq: Berjaya
  • Yasir: Yang senang
  • Ya’sub: Pemimpin kaum
  • Yasykur: Bersyukur
  • Yatim: Yang sangat berharga, tidak bandingannya
  • Yawar: Pengawal peribadi
  • Yazdan: Belas kasihan
  • Yazid: Berkat, bertambah, lebih
  • Zahil: Yang tenang
  • Zahin: Yang cerdik
  • Zahir: Yang cantik, berseri, cemerlang, warna cerah
  • Zahirul Haq: Pendukung Hak
  • Zahiruddin: Pembela agama
  • Zahran: Bunga, Keindahan, berseri, cantik
  • Zahwan: Sedap dipandang
  • Zaid: Pertambahan, kelebihan
  • Zafran: Kejayaan
  • Zahar: Sangat bergemerlapan
  • Zahidi: rendah diri
  • Zaim: Pemimpin

Makna nama anak perempuan Islam yang unik

nama bayi 2022

  • Aafiya: Seorang yang memiliki kesihatan sempurna
  • Aafsha: Perempuan yang lengkap dan berkuas
  • Bashirah: Pembawa khabar gembira
  • Baheera : Cantik, berseri, elok, indah
  • Baiduri :Permata
  • Bashirah :Bijaksana, berakal
  • Daisha: Hidup
  • Delisha: Gembira dan membahagiakan orang lain
  • Dayana :Yang gagah perkasa
  • Deeba : Sutera
  • Faatima: Perempuan yang sempurna
  • Fadheela: Memiliki akhlak mulia, berbudaya dan cemerlang
  • Fathiya: Seorang yang mengecapi kemenangan
  • Fawziya: Berjaya
  • Haadiyah: Hadiah dari tuhan; wanita soleh
  • Hafsha: Wanita muda, garang
  • Iffa: Seorang yang setia
  • Inara: Anak perempuan yang dihantar ke syurga, seorang bersinar cahaya
  • Jameela: Indah, cantik, anggun
  • Jazmina: Bunga wangi
  • Kameela: Paling sempurna
  • Karimah: Mulia, pemurah
  • Latifah: Menyenangkan, baik dan lembut
  • Laylaa: Dilahirkan waktu malam
  • Maimuna: Seorang yang dipercayai
  • Maryam: Cantik, tercinta
  • Naadira: Jarang berlaku, seorang yang berharga
  • Nabihah: Bijak cerdas
  • Naimah: Nikmat, kegembiraan
  • Qasira: Wanita sabar dan tenang
  • Rafa: Kebahagiaan dan kesejahteraan
  • Safa: Kesucian, ketenangan
  • Taletha: Seorang gadis muda
  • Waafiyah: Seorang yang setia dan taat
  • Zahirah : Berkilau
  • Zubaidah : Tokoh wanita kerajaan Abbasiyah
  • Zulaikha: Cantik

Islam sangat menitikberatkan adab menyambut kelahiran bayi, salah satunya disunatkan menamakan bayi selepas hari ketujuh kelahirannya. 

Hukumnya menjadi makruh apabila ibu ayah meletakkan nama anak yang pelik dan mempunyai makna tidak elok. Ini kerana nama bukanlah sekadar simbolik, tetapi nama itulah juga yang akan diseru di akhirat kelak.

Jadi pemberian nama yang baik untuk anak-anak adalah perkara yang mula-mula sekali perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.

Selain itu, kebaikan meletakkan nama anak yang baik dalam islam dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat seseorang.

Apabila nama yang baik dipanggil dan sering disebut-sebut, seseorang itu akan timbul rasa malu untuk melakukan perkara yang memburukkan nama baiknya.

Dan dari situlah mereka akan berusaha untuk memperbaiki akhlak dan keperibadian menjadi insan yang berguna sampai bila-bila agar nama baiknya terjaga.

Hakikatnya, setiap anak mempunyai haknya sendiri yang wajib ditunaikan oleh kedua-dua ibu dan ayah. Dan memberi nama anak yang baik termasuk dalam haknya juga.

Anda pasti tidak mahu bermusuh atau dipersalahkan oleh anak yang dikasihi apabila ia besar kelak apabila mengetahui namanya membawa makna yang tidak baik.

Oleh itu, tunaikanlah haknya dengan sebaiknya agar hubungan antara anak dan kedua-dua ibu bapa terjaga dan diredhai Allah SWT.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Kredit foto: Muabellaz

Inspirasi Nama Bayi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

Baca juga:  Pilihan Nama Anak Lelaki Huruf A Hingga L Islam Yang Modern & Popular Tahun 2022

Baca juga:  Daftar Nama Anak Lelaki Di JPN, Lelaki Terkejut Tengok Ada ‘Binti’ Pada Sijil Lahir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ini Senarai Maksud Nama Dalam Islam Yang Baik Untuk Anak Lelaki & Perempuan
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham